Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Serbia


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
UN Protection Force (UNPROFOR))Pasukan Perlindungan Bangsa-Bangsa BersatuSains PolitikHubungan AntarabangsaPasukan perlindungan yang asalnya ditubuhkan untuk menyelia genjatan senjata Serbia-Croatia pada tahun 1992 dan misinya merangkumi kawasan Bosnia. Pasukan ini merupakan gabungan beberapa negara seperti Perancis, Britain, Sepanyol dan Belanda. Pasukan ini tidak berkesan kerana undang-undang yang menerangkan kepada tentera masa dan cara mereka boleh menembak balas adalah lemah dan kabur. Akibatnya pasukan ini tidak diendahkan dan menjadi bahan ketawa pasukan Serbia-Bosnia. Pada tahun 1995, askar Serbia telah membunuh ramai orang awam Islam di Sebrenica di depan pasukan Belanda UNPROFOR yang hanya melihat dan tidak mampu berbuat apa-apa. RO E bagi UNPRO FOR tidak menghendaki pasukan ini berperang dan askar Serbia telah mengambil kesempatan atas kelemahan ini dengan meneruskan keganasan mereka. Peranan UNPROFOR ini akhirnya diambil alih oleh IFOR di bawah NATO pada tahun 1996. Sinonim UNPROFOR.
Serbian chantcanta SerbiaKesenianTiadaTiada
ethnic cleansingpembersihan etnikUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPerbuatan ganas dan ancaman yang bertujuan untuk menyingkirkan sesuatu kumpulan. Contohnya, serangan terhadap penduduk awam di sesebuah kawasan untuk mengusir mereka dari kawasan tersebut. Serangan itu dilakukan supaya dapat diwujudkan sebuah wilayah yang dihuni oleh manusia yang sama dari segi etnik, agama, budaya atau sejarah. Pembersihan etnik merupakan jenayah terhadap kemanusiaan. Istilah ini asalnya digunakan oleh pelaku dalam Peperangan Balkan. Dalam kes Karadzic, Tribunal Jenayah Antarabangsa bekas Yugoslavia menentukan kewujudan polisi pembersihan etnik berdasarkan pemisahan secara sistematik lelaki dan wanita bukan Serbia, pemenjaraan lelaki dan wanita bukan Serbia dalam pusat-pusat tahanan, pengeboman sesebuah bandar untuk mengusir penduduk bukan Serbia, dan penubuhan kem-kem yang menumpukan kepada perbuatan merogol, kehamilan paksa dan pelacuran paksa terhadap wanita-wanita bukan Serbia.
tyranny of the majoritytirani majoritiSains PolitikPolitik PerbandinganPemerintahan sebuah kerajaan majoriti yang zalim. Walaupun pemerintahan ini mendapat legitimasi majoriti, namun pemerintahannya berlaku secara tidak adil. Pemerintah memberi kelebihan kepada golongan majoriti dan bertindak kejam terhadap golongan minoriti. Golongan minoriti tidak diberi hak yang sewajarnya dan ditindas dalam segala aspek. Contohnya, pemerintahan Kerajaan Serbia menjelang abad ke-21 dan pemerintahan Nazi Jerman terhadap minoriti Yahudi.
statehoodtaraf negaraSains PolitikPolitik PerbandinganKedudukan atau keadaan yang melayakkan sesebuah wilayah itu diterima sebagai sebuah negeri atau negara. Wilayah yang telah memiliki pemerintah, penduduk, sempadan dan kedaulatan layak diklasifikasikan sebagai sebuah negara. Sebuah negara yang merdeka akan memiliki taraf ini. Demikian juga keadaan sebuah negeri dalam sesebuah negara persekutuan yang turut memiliki taraf negeri dalam negara tersebut. Contohnya, taraf negara Yugoslavia pada awal dekad 1990-an menjadi tidak menentu kesan daripada perpecahan yang berlaku di negara tersebut. Perpecahan ini telah melahirkan beberapa negara kecil yang telah pasti taraf negaranya seperti Bosnia-Herzegovina, Serbia-Montenegro, Croatia dan Yugoslavia. Sinonim taraf negeri.
Berlin CongressKongres BerlinSains PolitikHubungan AntarabangsaKongres yang diadakan di Berlin pada tahun 1878, dihadiri oleh wakil tujuh negara, iaitu Jerman, Austria, British, Itali, Perancis, Rusia dan Empayar Uthmaniyah (Turki). Kongres ini diadakan bagi meninjau kembali syarat-syarat Perjanjian Damai San Stefano antara Rusia dengan Empayar Uthmaniyah (Turki) yang dimeterai pada tahun 1878. Perjanjian Damai San Stefano ditandatangani bagi menamatkan peperangan antara Rusia dengan Turki (1877�1878). Perjanjian ini dianggap berat sebelah dan merugikan Turki. Melalui perjanjian ini Bulgaria lahir sebagai negara baru dan pengaruh Rusia semakin meluas. Keadaan ini tidak disenangi oleh pihak British dan Austria. Ekoran perkembangan ini, Kongres Berlin dianjurkan dan dipengerusikan oleh Bismarck. Kongres Berlin membuat resolusi seperti yang berikut: i. Montenegro, Serbia dan Romania diiktiraf sebagai negara merdeka; ii. Bulgaria diletakkan di bawah pengaruh Turki; iii. Wilayah Rumelia Timur diletakkan di bawah autonomi Turki. Walau bagaimanapun, wilayah ini ditadbir oleh seorang gabenor Kristian; iv. Rusia mendapat wilayah Bessarabia dari Romania sebagai pertukaran dengan Dobruja; v. Austria ditugaskan mentadbir Bosnia dan Herzegovina; vi. Di Asia, Rusia mendapat wilayah Ardahan, Batum dan Kars dari Turki; dan vii. British mendapat hak pendudukan sementara di Cyprus.

Kembali ke atas