Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Singapura

Puisi
 

Singapura dilanggar todak,
     Mari kubu batang pisang;
Orang tua mengambil budak,
     Macam bulan dengan bintang.


Lihat selanjutnya...(27)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya hendak mengajarkan ayat songsang yang berikut kepada anak saya: 1.Memberitahu saya Ali bahawa dia akan ke Singapura. (Asalnya: Ali memberitahu saya bahawa dia akan ke Singapura.) 2. Diberitahu oleh Ali saya bahawa dia akan ke Singapura. (Asalnya: Saya diberitahu oleh Ali bahawa dia akan ke Singapura.) Adakah bentuk ayat songsang tersebut betul? Saya memohon jawapan segera kepada tuan.

Ayat asal : Ali memberitahu saya bahawa dia akan ke Singapura

Ayat songsang : Dia akan ke Singapura, Ali memberitahu saya.

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga , halaman 457. 

Tatabahasa20.01.2010
Bolehkah saya tahu yang mana lebih sesuai dan tepat : Perisytiharan Kemerdekaan Singapura atau Pemasyhuran Kemerdekaan Singapura? Apa perbezaan 'perisytiharan' dan 'pemasyhuran'?Perisytiharan ialah sesuatu yang diisytiharkan atau penryataan, manakala pemasyhuran ialah perbuatan atau hal memasyhurkan; atau perihal menyebarkan atau menyiarkan berita dan sebagainya. Berdasarkan makna yang tersebut, kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan, namun ungkapan yang paling tepat ialah Pemasyhuran Kemerdekaan Singapura.Tatabahasa22.07.2015
"...hubungan dua hala Malaysia - Singapura." atau "...hubungan dua hala Malaysia-Singapura."? (Penggunaan sempang)Penggunaan tanda sempang yang betul ialah ...hubungan dua hala Malaysia - Singapura, iaitu dijarakkan.Tatabahasa21.05.2013
Saya seorang penduduk Singapura yang minat dengan kesusasteraan Melayu klasik. Namun, koleksi hikayat-hikayat dan syair-syair lama yang terbesar tersimpan di Perpustakaan Kebangsaan Singapura, dan tidak boleh dipinjam. Kebanyakannya terbitan DBP. Masihkah DBP menerbit sastera Melayu klasik dan bolehkah mereka didapati di kedai-kedai buku Malaysia atau Singapura?Buku-buku lama dikenali sebagai Karya Agung Melayu diterbitkan semula oleh Yayasan Karyawan. Antara karya yang diterbitkan semula oleh oleh Yayasan Karyawan ialah Sulalat al-Salatin (Tun Seri Lanang), Hikayat Hang Tuah, Hikayat Merong Mahawangsa, Tuhfat al-Nafis (Raja Ali Haji), Hikayat Aceh, Hikayat Raja Pasai, Bustan al-Katibin (Raja Ali Haji), Taj al-Salatin (Bukhari al-Jauhari) dan banyak lagi. Buku-buku ada dijual di Kedai Buku DBP. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com.Lain-lain07.11.2015
Mohon penjelasan kepada tuan mengenai ayat di bawah: 1. Dia memberitahu saya bahawa dia akan ke Singapura. Mengapakah SAYA menjadi objek sipi dan BAHAWA DIA AKAN KE SINGAPURA sebagai objek tepat. Tatabahasa Dewan tidak menjelaskan perkara tersebut. 2. Bolehkah ayat di bawah disongsangkan bentuknya (dikedepankan pelengkapnya): Dia berpendapat bahawa perkara itu belum boleh diambil tindakan. Jawapan diperlukan segera. Sekian, terima kasih.

1. Dia memberitahu saya bahawa dia akan ke Singapura. - pada asalnya saya tidak hadir dalam ayat ini, ayat asal berbunyi (Dia memberitahu bahawa dia akan ke Singapura - objek: bahawa dia akan ke Singapura), apabila ada penambahan perkataan saya - perkataan tersebut menjadi objek sipi.

2. Boleh disongsangkan menjadi "Bahawa perkara itu belum boleh diambil tindakan, pendapatnya".

Untuk keterangan lanjut sila rujuk pakar-pakar bahasa.

Tatabahasa19.01.2010
Assalamualaikum, Apakah maksud "serkit2 tali-gerap", ayat penuh "Sharikat Cable dan Wireless Berhad dahulu-nya telah menjalankan segala serkit2 taligerap dari Iuar negeri yang penting ka-Singapura dan daripada Negeri Singapura ka-luar negeri sa-belum 1 haribulan Januari, 1965 dan ada-lah mustahak bagi kepentingan Negara semua perkhidmatan2 luar negeri itu di-letakkan dalam kawalan Kerajaan betul2." Ayat diambil dari Penyata Parlimen bertarikh 26 May 1965.Tiada maklumat tentang serkit2 tali-gerap dalam pangkalan data kami, juga tiada maklumat lain yang dapat membantu melalui carian di Google.Lain-lain17.04.2019
Ayat manakah yang betul? A) Dia datang dari Singapura? B) Dia datang dari Singapurakah?Jawapan yang betul ialah A) Dia datang dari Singapura?Lain-lain15.11.2010
Singapura dipisahkan dari/daripada Persekutuan Malaysia pada tahun 1965. Persekutuan Malaysia merujuk kepada tempat atau organisasi? Jadi bagaimana penggunaan dari dan daripada?

Ayat yang betul ialah Singapura dipisahkan daripada Persekutuan Malaysia pada tahun 1965. Perkataan Persekutuan Malaysia dalam konteks ayat yang diberikan merujuk kepada “organisasi”.

Untuk makluman, perkataan “dari” merupakan kata sendi yang digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu. Manakala kata sendi “daripada” hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda, unsur mujarad, sumber atau asal kejadian sesuatu benda dan perbezaan atau perbandingan.
Tatabahasa07.01.2021
Mohon semak penggunaan frasa kata dan susunan ayat ini:_ DILEMA KESELAMATAN MALAYSIA & SINGAPURA BERKAITAN PENAMBAKAN DAN PERTIKAIAN WILAYAHPenggunaan perkataan yang betul ialah "DILEMA KESELAMATAN MALAYSIA DAN SINGAPURA BERKAITAN DENGAN PENAMBAKAN DAN PERTIKAIAN WILAYAH."Lain-lain29.04.2022
Assalamualaikum Tuan/Puan Setahu saya nama Tokoh Anugerah Sasterawan Nusantara 1999 Singapura ialah Suratman Markasan bukan Suratan Markasan. Seperti yang dipaparkan, mungkin salah taip. Salam dan terima kasih.

Saudara, nama sebenar pengarang Singapura ialah Suratman bin Markasan (nama pena beliau antaranya ialah S. Markasan dan Suman Mali) dan bukannya Suratan Markasan sebagaimana tertera. Harap maklum.

 

Salam takzim

Lain-lain07.08.2010
12345678910

Kembali ke atas