Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Singapura

Puisi
 

Singapura dilanggar todak,
     Mari kubu batang pisang;
Orang tua mengambil budak,
     Macam bulan dengan bintang.


Lihat selanjutnya...(27)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MOHD. EUNOS ABDULLAH
 
MOHD. EUNOS ABDULLAH (1876-1933), pengarang akhbar dan aktivis masyarakat Singapura. Dua lahir di Singapura . Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Gelam, Singapura. Kemudian dia melanjutkan pelajaran di Raffles Institution hingga berjaya dalam bidang perdagangan (1893-1894). Selepas tamat persekolahannya, dia bertugas di pejabat Master Attendant di Singapura dan kemudiannya memegang jawatan sebagai Syahbandar di Muar, Johor.
SASTERATokoh
SINGAPURA

SINGAPURA, kerajaan Melayu yang kini menjadi sebuah negara republik.  Nama asalnya ialah Temasik.  Singapura mempunyai 64 buah pulau kecil dan terletak di selatan Semenanjung Malaysia.  Pulau Singapura sepanjang 42 km dan selebar 23 km, dengan kawasan keseluruhannya (termasuk pulau-pulau kecilnya) seluas 647.5 km persegi.  Menurut banci penduduk 1995, terdapat 2 986 500 penduduk tetap Singapura.  Masyarakat Cina berjumlah 77.4 peratus, Melayu 14.2 peratus, India 7.2 peratus dan golongan lain 1.2 peratus.  Bunga anggerik Vanda Miss Joaquim ialah bunga kebangsaan Singapura, manakala lagu kebangsaan Singapura ialah Majulah Singapura ciptaan Zubir Said.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
PERISTIWA NATRAH

Peristiwa Natrah ialah peristiwa rusuhan yang

berlaku di Singapura pada tahun 1950 berikutan

bantahan orang Islam Singapura terhadap

keputusan Mahkamah Tinggi Singapura yang

membatalkan keislaman Natrah, seorang gadis

Belanda yang telah menganut agama Islam.

UMUM 
JABATAN PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI NASIONAL SINGAPURA

JABATAN PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI NASIONAL SINGAPURA, jabatan yang ditubuhkan untuk memajukan pengajian Melayu pada tahun 1952 di Universiti Nasional Singapura (dahulunya dikenal sebagai Universiti Malaya). Jabatan ini diketuai oleh Haji Zainal Abidin bin Ahmad (Za’ba). Pada tahun 1960, Jabatan Pengajian Melayu Universiti Nasional Singapura (JPMUNS) telah dipindahkan ke Kuala Lumpur apabila kampus baharu Universiti Malaya dibuka. Oleh itu, di Universiti Malaya, Singapura tidak ada Jabatan Pengajian Melayu hingga tahun 1967 apabila sebuah jabatan baharu ditubuhkan dan diketuai oleh Profesor Syed Hussein Alatas.

BAHASAInstitusi/Organisasi
KEGIATAN BAHASA DI SINGAPURA

KEGIATAN BAHASA DI SINGAPURA, kegiatan sambutan Bulan Bahasa yang mula diadakan pada bulan Ogos 1982. Kegiatan ini dianjurkan oleh Majlis Pusat Pertubuhan-pertubuhan Budaya Melayu Singapura (Majlis Pusat) dengan kerjasama Angkatan Pelukis Aneka Daya, Angkatan Sasterawan ’50 (ASAS ’50), Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu, Taman Bacaan Pemuda Pemudi Melayu dan Persatuan Bahasa Melayu Singapura, Kesatuan Guru-guru Melayu Singapura dan Dewan Perniagaan Melayu Singapura.

BAHASAKegiatan
MELAYU SINGAPURA

MELAYU SINGAPURA, sebahagian daripada rumpun Melayu Nusantara yang mendiami Pulau Singapura sejak dahulu kala, serta mereka daripada pelbagai suku kaum Melayu yang berhijrah ke sana dari pelbagai tempat di Alam Melayu selepas British mengambil alih Singapura daripada kerajaan Johor-Riau pada tahun 1819.  Hari ini, orang Melayu Singapura adalah golongan minoriti.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum
PERTUBUHAN ISLAM DI SINGAPURA

PERTUBUHAN ISLAM DI SINGAPURA, beberapa pertubuhan Islam yang wujud pada awal abad ke-20 di Singapura.  Agama Islam telah lama bertapak di Singapura sebelum penjajahan British (1819).  Walau bagaimanapun, kegiatan keislaman yang bercorak lebih teratur dan lebih berkesan hanya berkembang semenjak akhir abad ke-19 dengan tertubuhnya beberapa pertubuhan Islam setempat.  Singapura merupakan pusat penting penyebaran Islam di Nusantara ketika itu.  Ramai guru dan pelajar Islam dari Asia Tenggara mengunjungi Singapura untuk mendalami pengetahuan mereka tentang pelbagai aspek Islam.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPersatuan
KONGRES BAHASA DI SINGAPURA

KONGRES BAHASA DI SINGAPURA, kongres yang telah diadakan pada 12 April 1952 anjuran Angkatan Sasterawan ’50 dengan kerjasama Kesatuan Guru-guru Melayu Singapura, Lembaga Bahasa Melayu, Persatuan Pemuda Pemudi Melayu Singapura dan Trengkas Melayu Institut. Sebanyak 21 badan penulis dan bahasa di seluruh Tanah Melayu menghadiri persidangan ini di Dewan Khas Hotel Sea View, Singapura.

BAHASABahasa
BAHASA MELAYU SINGAPURA

BAHASA MELAYU SINGAPURA, nama lain bagi bahasa Melayu di Singapura apabila Negara itu diwujudkan pada bulan Ogos 1965. Sebelum itu, bahasa Melayu tetap dikenal di Persekutuan Tanah Melayu, Singapura dan Brunei sebagai satu bahasa yang sama, baik dari segi istilah mahupun tatabahasa, kosa kata, ejaan, sebutan dan istilahnya.

BAHASAKonsep
KESATUAN MELAYU SINGAPURAKESATUAN MELAYU SINGAPURA, sebuah badan yang memperjuangkan hak orang Melayu. Kesatuan Melayu Singapura (KMS) ditubuhkan pada tahun 1926 dengan Mohd. Eunos Abdullah sebagai presiden yang pertama. Keanggotaan KMS terdiri daripada pegawai kerajaan, guru dan wartawan. Mereka ialah Embok Sooloh, Tengku Kadir, Abdul Samad Pagak, Daud Md. Shah, Manan Ali, Yusof Ishak, Ishak Haji Muhammad dan Abdul Hamid Jumat.SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
12345678910...

Kembali ke atas