Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Singapura

Puisi
 

Singapura dilanggar todak,
     Mari kubu batang pisang;
Orang tua mengambil budak,
     Macam bulan dengan bintang.


Lihat selanjutnya...(27)

Pantun

PantunSumberTema
Singapura dilanggar todak, Orang berkubu batang pisang; Orang tua melawan budak, Ibarat aur ditarik songsang.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Singapura dilanggar todak, Mari kubu batang pisang; Orang tua mengambil budak, Macam bulan dengan bintang.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Singapura dilanggar todak, Mari bertikam di batang pisang; Orang tua mengasih budak, Bagai bulan dipagar bintang.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Singapura serupa-rupa, Anak Bugis jalan bertiga; Hendak lupa tak boleh lupa, Hitam manis dikenang juga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Singapura negeri selat, Selat bernama Johor Bahru; Pura-pura tidak dilihat, Tapi hati bagai digaru.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Singapura gudang seratus, Hisis mari kain pelikat; Kalau cik abang menjadi putus, Nyawa di badan jadi pengikat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Singapura dipukul ribut, Tidak menyama tanah seberang; Di mulut naga lagi kurebut, Jangan dibilang di tangan orang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Singapura dilanggar ribut, Ribut datang dari seberang; Di mulut naga lagi kurebut, Inikan pula di tangan orang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Singapura bernama Selat, Kain sutera bercampur benang; Pura-pura hantap melihat, Dalam hati syukur mengenang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Singapura bandar baru, Kapten Light jadi raja; Bunga melur cempaka biru, Kembang sekuntum di mulut naga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas