Kurik Kundi Merah Saga | Singapura dilanggar todak, Orang berkubu batang pisang; Orang tua melawan budak, Ibarat aur ditarik songsang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Singapura dilanggar todak, Mari kubu batang pisang; Orang tua mengambil budak, Macam bulan dengan bintang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Singapura dilanggar todak, Mari bertikam di batang pisang; Orang tua mengasih budak, Bagai bulan dipagar bintang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Singapura serupa-rupa, Anak Bugis jalan bertiga; Hendak lupa tak boleh lupa, Hitam manis dikenang juga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Singapura negeri selat, Selat bernama Johor Bahru; Pura-pura tidak dilihat, Tapi hati bagai digaru. |
Kurik Kundi Merah Saga | Singapura gudang seratus, Hisis mari kain pelikat; Kalau cik abang menjadi putus, Nyawa di badan jadi pengikat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Singapura dipukul ribut, Tidak menyama tanah seberang; Di mulut naga lagi kurebut, Jangan dibilang di tangan orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Singapura dilanggar ribut, Ribut datang dari seberang; Di mulut naga lagi kurebut, Inikan pula di tangan orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Singapura bernama Selat, Kain sutera bercampur benang; Pura-pura hantap melihat, Dalam hati syukur mengenang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Singapura bandar baru, Kapten Light jadi raja; Bunga melur cempaka biru, Kembang sekuntum di mulut naga. |