Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sistem (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan aturan: peraturan, susunan, struktur, kaedah, prosedur, metode, teknik, cara, fesyen, stail, polisi, panduan, tertib, ketetapan, ketentuan,

2. Bersinonim dengan proses: metodologi, strategi, pendekatan, aliran, perjalanan, pelaksanaan, perancangan, penilaian, pemantapan, penerapan,

3. Rujuk undang-undang 2

Kata Terbitan : bersistem,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Planet Zuhal dan Musytari ditulis dalam huruf besar. Adakah planet bumi dan bulan ditulis dalam huruf besar juga?Bumi dieja dengan huruf besar jika merujuk kepada salah satu planet dalam sistem suria. Sekiranya merujuk kepada permukaan bumi atau tanah, dieja dengan huruf kecil. Bulan pula perlu dieja dengan huruf kecil.Ejaan14.04.2017
tuan, saya dapati perkataan "bumi" dieja dengan huruf kecil (kata nama am) tetapi nama planet lain, dieja sebagai kata nama khas.MOhon penjelasan tuan

Bumi dieja dengan huruf besar jika merujuk kepada salah satu planet dalam sistem suria. Sekiranya merujuk kepada permukaan bumi atau tanah, dieja dengan huruf kecil.

Ejaan21.09.2011
1. Manakah lebih gramatis/tepat? 'Lekatkan paku tekan pada rod kaca menggunakan lilin lebur atau lilin cair'? 2. Jika ingin menyatakan larutan akueus klorin tanpa perkataan akueus, yang manakah adalah tepat: 'air berklorin' atau 'larutan klorin berair'? 3. Apakah istilah bahasa melayu untuk 'gas giants' dan 'ice giants' (kedua-duanya merujuk kepada kumpulan planet dalam sistem suria). Terima kasih.1. Dalam pangkalan data DBP, frasa yang digunakan ialah lilin cair
2. Penggunaan yang tepat ialah larutan berair klorin jika merujuk kepada air yang mengandungi klorin. Akan tetapi, jika merujuk kepada klorin yang mengandungi air, frasa yang harus digunakan ialah larutan klorin berair.
3. Untuk soalan nombor 3, kedua-dua istilah tersebut tidak terdapat dalam pangkalan data DBP. Sungguhpun begitu, kami mencadangkan supaya digunakan frasa Planet Gas bagi istilah Gas Giant dan Planet Ais bagi merujuk Ice Giant.
Istilah25.10.2016

Kembali ke atas