Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Somalia


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SOMALIA

Somalia ialah negara paling timur di tanah besar

Afrika. Garis pinggir lautnya dari sepanjang Teluk

Aden dan Lautan Hindi membentuk sempadan luar

benua Afrika yang berbentuk seperti “tanduk”.

Somalia meliputi kawasan seluas lebih daripada

637 000 kilometer persegi. Untuk jumlah

penduduk Somalia, lihat jadual Fakta ringkas dalam

rencana ini.

UMUM 
MOGADISHU

Mogadishu (pend. 750 000) ialah ibu negara dan

bandar terbesar di Somalia, negara di timur Afrika.

Mogadishu, kadangkala dieja Mogadiscio

(Muqdisho dalam bahasa Somali) juga adalah

pelabuhan utama. Bandar ini terletak kira-kira 225

kilometer ke utara garisan khatulistiwa di pantai

tenggara Somalia yang bersempadan dengan

Lautan Hindi. Untuk lokasi, lihat Somalia (peta).

UMUM 
SWAHILI

Swahili ialah nama yang diberi kepada orang

Islam Afrika yang berasal daripada keturunan

kacukan Bantu dan Arab. Perkataan Swahili

bermakna orang pantai dan sememangnya orang

Swahili tinggal di kawasan pantai timur Afrika, dari

Somalia hingga ke Mozambique. Bahasa Swahili

digunakan di seluruh kawasan Afrika Timur untuk

perniagaan dan komunikasi di kalangan pelbagai

puak. Malah ia merupakan bahasa rasmi Kenya dan

Tanzania.

UMUM 
SAHEL

Sahel ialah kawasan padang rumput kering di

Afrika. Sahel terletak di bahagian selatan Sahara,

dan merentangi sebahagian besar negara Senegal,

Mauritania, Mali, Burkina Faso, Niger, Nigeria, Chad

dan Sudan. Sesetengah ahli geografi juga mengambil

kira kawasan kering Ethiopia, Kenya dan Somalia

sebagai sebahagian daripada Sahel. Kemarau yang

teruk telah beberapa kali melanda Sahel. Kawasan itu

menjadi terlalu kering semenjak tahun 1968. Berjutajuta

penduduk di Sahel mati kerana tanaman musnah

disebabkan oleh kemarau.

UMUM 
SAYID ALWI TAHIR AL-HADDAD

SAYID ALWI TAHIR AL-HADDAD (1884-1962), ulama dan cendekiawan Islam.  Dia lahir pada 7 Ogos 1884 di Hadramaut, Yaman, Arab Saudi. Dia berasal daripada keturunan Arab Sayid Alawiyah.  Sayid Alwi terdidik dalam keluarga ulama yang disegani.  Bapanya, Tahir al-Haddad, adalah seorang tokoh ulama di Hadramaut. Sebelum sampai di Tanah Melayu, Sayid Alwi pernah menjadi kadi di Hadramaut.  Dari Hadramaut dia berhijrah ke Somalia dan Kenya.  Seterusnya, dia ke Nusantara bagi tujuan menyebarkan dakwah Islamiah.  Kedatangannya ke Nusantara adalah hasil dorongan rakan karib keturunan Sayid Alawiyah yang sudah berada di rantau Nusantara sejak beberapa abad sebelumnya.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas