Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Sri Lanka


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SRI LANKA

Sri Lanka ialah negara pulau di Lautan Hindi. Ia

terletak kira-kira 32 kilometer dari pinggir laut

tenggara India. Nama rasminya ialah Republik

Sosialis Demokratik Sri Lanka. Negara ini

dahulunya dikenali sebagai Ceylon.

UMUM 
SASTERA SRI LANKASastera yang diamalkan oleh masyarakat Sri Lanka.SASTERAKonsep
BAHASA MELAYU SRI LANKABAHASA MELAYU SRI LANKA, bahasa yang dituturkan oleh orang keturunan Melayu di Sri Lanka. Walaupun disebut bahasa Melayu, bahasa ini sebenarnya tidak sama seperti bahasa Melayu baku yang digunakan di Malaysia atau di IndonesiaBAHASAKonsep
WAJAH SELONG

WAJAH SELONG, akhbar Melayu yang diterbitkan di Colombo, Sri Lanka.  Akhbar ini dicetak dalam tulisan Jawi dan diterbitkan pada bulan April 1895.  Wajah Selong diterbitkan pada masa yang sama dengan akhbar Jawi Peranakan (1876-1895) dan Pemimpin Warta (1897) yang menghentikan percetakannya.  Penerbit dan pengedar Wajah Selong ialah Baba Ounus Saldin, seorang sasterawan Melayu yang terkenal di Sri Lanka.  Dia juga bertanggungjawab menerbitkan akhbar Alamat Langkapuri yang juga bertulisan Jawi di Sri Lanka.  Baba Ounus Saldin menulis dan mengatur semua kandungannya,  Wajah Selong dicetak dengan cap batu dan litograf di pejabat percetakan kepunyaannya sendiri.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPenerbitan
MINYAK SERAI WANGI

Minyak serai wangi ialah minyak kuning pucat

yang dibuat daripada rumput serai wangi. Serai

wangi tumbuh di China, Guatemala, Indonesia,

Malaysia, Sri Lanka, Taiwan, dan negara-negara lain.

Minyak serai wangi mengandungi citronellal dan

geraniol. Kedua-dua bahan ini mempunyai takat

didih yang berbeza, dan ia terasing daripada serai

wangi apabila minyak ini disuling. Minyak serai

wangi digunakan untuk membuat ramuan minyak

wangi sintetik. Geraniol berbau seperti bau ros dan

digunakan dalam pembuatan minyak wangi.

UMUM 
KAYU HITAM

Kayu hitam ialah kayu keras berwarna hitam.

Kayu ini boleh digilap sehingga merelap kilatnya.

Pokok kayu hitam tumbuh di Jepun, Filipina, Hindia

Timur, India, Sri Lanka, Madagascar, Afrika,

Amerika Utara dan Amerika Selatan.

UMUM 
BANDARANAIKE,SIRIMAVO

Bandaranaike, Sirimavo (1916-2000), Perdana Menteri Sri Lanka (1960-1965), (1970-1977) dan (1994-2000).

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
TEMIAR

TEMIAR, suku kaum Orang Asli daripada rumpun Senoi. Masyarakat ini dikenal juga dengan Tumior, Tummeor dan Tumia, dan dipercayai mempunyai pertalian dengan orang Sri Lanka dan India. Berasaskan bahasa Temiar yang merupakan salah sebuah bahasa Senoic dan serumpun dengan bahasa Mon-Khmer, ada pula pendapat yang mengatakan bahawa mereka berasal dari Indochina. Mengikut Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), orang Temiar berjumlah 12 949 orang pada tahun 1990. Masyarakat ini terdapat di negeri Perak, Pahang dan Kelantan.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum
KRIS

KRIS, pertubuhan politik semasa Perang Dunia Kedua. KRIS ialah singkatan Kesejahteraan Rakyat Indonesia Semenanjung. KRIS ditubuhkan pada tahun 1943 di Ceylon (kini Sri Lanka). Ahli KRIS terdiri daripada masyarakat Melayu Indonesia yang tinggal di sana. Mereka bekerja sebagai pelaut, pedagang kecil dan buruh di pangkalan tentera Belanda dan Inggeris. Pada pertengahan tahun 1945, cawangan KRIS ditubuhkan di Singapura. Walaupun panggilan ringkasnya tetap menggunakan akronim KRIS, tetapi nama pertubuhan ini sering berubah. Pada mulanya dikenal sebagai “Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung”, kemudian diubah menjadi ‘Kesatuan Rakyat Istimewa’, dan ‘Kesatuan Rakyat Indonesia Istimewa’.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
AGAMA BUDDHA

Agama Buddha, salah satu agama dan tradisi

falfasah yang utama di dunia. Agama ini bermula

sejak kira-kira 2000 tahun di timur laut India

apabila Siddhartha Gautama menyampaikan

ajaran agama ini kepada orang lain. Dia juga

dikenali dengan nama Buddha (pengasas). Agama

ini berkembang ke seluruh India dan kemudian

berkembang ke utara, iaitu ke pergunungan

Himalaya dan terus ke China, Tibet, Korea dan

seterusnya Jepun. Agama ini juga berkembang ke

selatan, iaitu Sri Lanka, Thailand, Burma, Kemboja

dan Vietnam. Pada tahun 1900-an, agama ini

berkembang ke Eropah, Amerika Syarikat dan

Australia.

UMUM 
12

Kembali ke atas