Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Sudan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PORT SUDAN

Port Sudan (pend. 206 727) ialah pelabuhan

utama Sudan. Ia terletak di Laut Merah, 402

kilometer dari timur laut Atbara. Untuk lokasi Port

Sudan, lihat Sudan (peta).

UMUM 
SUDAN

Sudan ialah negara yang terbesar di Afrika dari segi

keluasan. Ia terletak di bahagian timur laut benua

tersebut. Sudan mempunyai ciri geografi yang sangat

berbeza-beza. Wilayahnya berselerak merentasi

gurun yang luas di utara, dataran berumput di

kawasan tengah, hutan berbahang dan paya di

selatan. Sungai Nil adalah ciri geografi yang sangat

penting bagi Sudan. Khartoum, ibu negara Sudan,

dan Ondurman, bandar terbesar, terletak di tebing

Sungai Nil. Kebanyakan penduduk Sudan tinggal

berdekatan Sungai Nil atau salah satu daripada

cabangnya.

UMUM 
OMDURMAN

Omdurman (pend. 526 827) ialah bandar

terbesar di Sudan. Bandar ini terletak di tebing

barat Sungai Nil, bertentangan dengan sungai

dari Khartoum, ibu negara. Untuk lokasi, lihat

Sudan (peta).

UMUM 
NUBIA

Nubia ialah wilayah Afrika purba. Ia meliputi

sebahagian daripada Sudan kini. Nubia menganjur

di sepanjang Sungai Nil dari sempadan selatan

Mesir purba hingga hampir-hampir ke Khartoum,

iaitu di Sudan.

UMUM 
RUMPUT SUDANRumput Sudan ialah jenis rumput tahan

kemarau yang biasanya ditanam di Asia dan

Afrika.

UMUMUmum
DINKA

Dinka ialah kaum penternak lembu di Afrika

Tengah. Mereka merupakan kumpulan etnik

kulit hitam yang terbesar di Sudan. Lebih kurang

dua juta orang Dinka tinggal di dataran selatan

Sudan.

UMUM 
MAHDIY, MUHAMMAD AHMAD AL-

Mahdiy, Muhammad Ahmad al- (1260 H.–

1302 H./1844 M.–1885 M.), tokoh politik dan

pemimpin agama di Sudan. Nama sebenarnya ialah

Muhammad Ahmad ibn al-Sayyid ‘Abdullah yang

juga digelar al-Mahdiy. Dia lahir di Pulau Labab di

wilayah Danqala, di utara Sudan. Bapanya bekerja

dalam industri pembuatan kapal layar di Sungai

Nil, dan berasal daripada keluarga bangsawan. Dia

mempelajari al-Qur’an di Khartoum sambil berguru

kepada Syeikh Muhammad al-Khayr dalam bidang

fiqah. Dia cenderung kepada bidang tasawuf. Oleh

sebab itu, dia berguru dengan Syeikh Muhammad

Sharif Nur al-Da’im, guru tarekat sufi al-Samaniyyah

pada tahun 1273 H./1861 M. sehingga bertaraf

syeikh (imam/guru). Dia kemudiannya pergi ke

Pulau Aba lantas membina sebuah masjid untuk

tujuan ibadat dan pengajian. Dakwahnya mendapat

sambutan ramai di wilayah Jazirah yang terletak di

tengah Sudan. Sepanjang tahun 1295 H./1876 M.,

al-Mahdiy dan gurunya, Muhammad Syarif sentiasa

berselisih pendapat hinggakan mereka berpisah.

Selepas itu, dia bergabung dengan Syeikh al-

Qurshiy, salah seorang guru tarekat Samaniyyah

sehingga Syeikh al-Qurshiy meninggal dunia. Dia

diamanahkan untuk menggantikan tempat Syeikh

al-Qurshiy dan menjadi guru tarekat Samaniyyah.

Semasa berada dalam tarekat ini, dia berkenalan

dengan ‘Abdullah al-Ta‘ayushiy.

UMUM 
NUMEIRI JA'AFAR

Numeiri Ja’afar (1348 H.– / 1930 M.– ),

Jaafar Muhammad Numeiri ialah presiden

Republik Sudan dari bulan Mei 1969 hingga

April 1985. Dia lahir di Ummu Darman, belajar di

sekolah rendah dan menengah di sana.

Kemudian dia melanjutkan pelajaran di sekolah

Hantub Menengah yang sistemnya berdasarkan

kolej Ghurdun al-Tizkaryyah dan ramai gurunya

dari England.

UMUM 
ALGERIA

Algeria ialah negara besar yang terletak di utara

Afrika. Antara kesemua negara di Afrika hanya

Sudan lebih besar daripada Algeria.

UMUM 
ADDAKS

Addaks ialah kijang yang hidup di gurun Afrika

Utara. Ia merayau dari timur Algeria hingga ke

Sudan. Addaks menyerupai saudara rapatnya, orks.

UMUM 
123

Kembali ke atas