Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Sumatera


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SUMATERA

Sumatera ialah pulau yang kedua terbesar di

Indonesia selepas Kalimantan. Ia adalah pulau yang

keenam terbesar di dunia. Sumatera, berserta pulau-pulau

kecil yang berdekatan dengannya, terdiri

daripada lapan wilayah atau provinsi. Wilayah-wilayah

ini ialah Aceh, Bengkulu, Jambi, Lampung,

Riau, Sumatera Utara, Sumatera Selatan, dan

Sumatera Barat.

UMUM 
BAHASA MELAYU PADA PRASASTI DI SUMATERA

BAHASA MELAYU PADA PRASASTI DI SUMATERA, bahasa Melayu yang terpahat pada beberapa prasasti yang ditemui di Sumatera khususnya di Sumatera Selatan.

BAHASAKonsep
BAHASA MELAYU DI SUMATERABAHASA Melayu DI SUMATERA, bahasa Melayu yang dituturkan oleh penduduk di Pulau Sumatera, salah satu tempat asal bahasa Melayu (selain Semenanjung Tanah Melayu). BAHASAKonsep
SRIVIJAYA

Srivijaya ialah empayar Melayu yang kuat di

selatan Sumatera, Indonesia. Empayar ini muncul

pada akhir tahun 600-an M. dan berakhir sehingga

akhir tahun 1300-an.

UMUM 
BATANGHARIBatanghari, sungai yang terletak di Propinsi Jambi, Sumatera Barat, Indonesia. Lembah dan Kuala Batanghari merupakan salah sebuah kawasan yang terawal pernah diteroka oleh penduduk di Sumatera. SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
ADITYAVARMAN

Adityavarman ( ? –1375?) ialah raja Melayu yang

pertama di Sumatera Tengah yang kini ialah

Indonesia. Baginda memerintah dari kira-kira tahun

1356 hingga 1375.

UMUM 
MARSDEN, WILLIAM

Marsden, William (1754–1836), pegawai

Syarikat Hindia Timur di Sumatera, Indonesia,

salah seorang sarjana bahasa Melayu yang paling

terkemuka di rantau yang bertutur bahasa

Inggeris.

UMUM 
TEMBUSUTembusu atau juga dikenali sebagai tembusu padang ialah sejenis pokok bersaiz besar yang boleh ditemui di Malaysia, Thailand dan Sumatera.PERTANIANFlora dan Fauna
MEDAN

Medan (pend. 1 715 670 ) ialah bandar terpenting

di Sumatera dan bandar keempat terbesar di

Indonesia.

UMUM 
ORANG UTAN

Orang utan ialah beruk besar, berbulu kasar

kemerah-merahan yang tinggal di hutan hujan tropika

di Sumatera dan Borneo. Orang utan adalah mamalia

penghuni pokok yang terbesar. Orang utan tingginya

90 hingga 150 sentimeter. Yang jantan mungkin

beratnya dari 70 hingga 90 kilogram. Sesetengah

orang utan jantan mempunyai lengan sepanjang kira-

kira 2 meter. Yang betina saiznya kira-kira setengah

saiz yang jantan. Orang utan jantan yang matang

mempunyai pad pipi yang lebar yang terjojol dari sisi

mukanya dan mempunyai kantung kerongkong yang

besar. Yang betina tidak mempunyai pad pipi dan

hanya mempunyai kantung kerongkong yang kecil.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas