Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : perbincangan intensif utk menyelesaikan masalah tertentu, men­dapatkan idea-idea baru, dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
saran
Kata Terbitan : saranan, menyarankan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
yang mana satu betul untuk digunakan dalam penulisan? 1) sumbang saran / sumbang-saran 2) kraftangan / kraf tanganEjaan yang betul ialah sumbang saran dan kraf tangan.Ejaan28.08.2014
Apakah maksud sumbangsaranEjaan yang betul ialah "sumbang saran".  Sumbang saran bermaksud perbincangan intensif untuk menyelesaikan masalah tertentu, men­dapatkan idea-idea baru, dan sebagainya.
Makna05.08.2016
Salam dan terima kasih kerana sedia membantu. Bolehkah perkataan "bersumbang saran" diterima sebagai kata kerja untuk perbuatan menyertai sesuatu sesi sumbang saran?Untuk makluman, perkataan sumbang saran sudah memadai bagi menunjukkan wujudnya aktiviti atau sesi sumbang saran.Tatabahasa22.04.2020
---- dapat mengesan kekuatan dan kelemahan diri seseorang. A Penilaian diri B Refleksi diri C Sumbang saran. Saya NANDHANA ingin mohon penjelasan.Untuk makluman, maksud ketiga-tiga perkataan tersebut ialah:

Penilaian diri = perbuatan atau hal menilai
Refleksi diri = Gambaran diri
Sumbang saran = Perbincangan intensif untuk menyelesaikan masalah tertentu, men­dapatkan idea-idea baru, dan sebagainya

Sehubungan dengan itu perkataan yang paling tepat digunakan ialah "penilaian diri". Ayat lengkap, Penilaian diri dapat mengesan kekuatan dan kelemahan diri seseorang
Lain-lain17.10.2015
apakah terjemahan yang tepat bagi 'brainstorming' di dalam bahasa melayuPadanan yang tepat ialah sumbang saran.Istilah02.12.2009
Minta traslate 'Crash workshop' dalam Bahasa Melayu, adakah 'bengkel rintis' boleh digunakan. Terima Kasih.Cadangan padanan yang sesuai ialah Bengkel Sumbang Saran.Istilah19.06.2020
JEMPUTAN BAGI MENGHADIRI SESI "BRAINSTORMING" BERSAMA PENGURUSAN KOLEJ DAN JAWATANKUASA PERWAKILAN KOLJ KEDIAMAN TERATAIAyat yang betul ialah: JEMPUTAN MENGHADIRI SESI SUMBANG SARAN BERSAMA-SAMA PENGURUSAN KOLEJ DAN JAWATANKUASA PERWAKILAN KOLEJ KEDIAMAN TERATAITatabahasa09.04.2013
what is the translation for "ice-breaker" in the context of meeting for the first time and getting to know each other better.Padanan yang boleh diberi bagi "ice-breaker" dalam konteks ini ialah "sesi sumbang saran".Penyemakan dan penterjemahan25.10.2007
Apakah istilah bahasa melayu yang paling tepat untuk istilah 'preloved' dan 'brainstorming'

Padanan bagi istilah preloved ialah barang kenangan, barang kesayangan dan barang terpakai. Manakala padanan bagi brainstorming ialah perah otak, percambahan minda dan sumbang saran.

Penyemakan dan penterjemahan28.08.2020
Saya ingin mendapatkan nama yang sesuai untuk menggantikan nama Bilik Jamuan VIP, Bilik Makan Guru, Bilik Gerakan dan Bilik Wawasan. Bilik Gerakan dan Bilik Wawasan di sekolah saya digunakan untuk mengadakan mesyuarat. Jika ada nama yang seerti atau klasik saya berharap mendapat respons daripada DBP.Terima kasih.Cadangan kami bagi bilik jamuan atau bilik makan guru, boleh digunakan bilik rehat sahaja atau sudut selera. Bagi bilik gerakan dan bilik wawasan boleh digunakan bilik kegiatan, bilik sumbang saran, bilik perbincangan, atau bilik gagasan. Bilik gerakan dan bilik wawasan juga boleh dinamakan sempena nama tokoh terkenal dalam organisasi saudara.Lain-lain08.01.2009

Kembali ke atas