Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : perbincangan intensif utk menyelesaikan masalah tertentu, menĀ­dapatkan idea-idea baru, dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
saran
Kata Terbitan : saranan, menyarankan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
brainstormingsumbang saranPentadbiranPentadbiran Awam

 Sesi perbincangan yang memberi ruang kepada perserta melontarkan idea masing-masing untuk mendapat sesuatu keputusan. Ia tidak menyekat perserta melahirkan apa sahaja idea bagi mengelak sebarang batasan pemikiran. Sumbang saran sering dilakukan untuk mendapat suatu jalan bagi mengadakan suatu projek yang besar. Sinonim percambahan minda.

brainstormingsumbang saranPengurusanPerancanganSalah satu kaedah dalam proses pembuatan keputusan dan komunikasi yang dilakukan dengan memberikan peluang kepada ahli memberikan pelbagai idea kecil atau besar untuk dipertimbangkan dalam proses penyelesaian masalah. Kaedah ini membolehkan keputusan dibuat dengan lebih cepat dan mudah. Sumbang saran boleh dilakukan dengan memfokuskan skop tajuk atau masalah tertentu dan menggalakkan kuantiti idea baharu dan saranan-saranan yang telah disampaikan melalui interaksi sesama ahli yang terlibat. Lihat juga pendekatan bawah-atas.
brainstormingsumbang saranPentadbiranPengurusan-
brainstormingpercambahan mindaPentadbiranPentadbiran Awam

 Lihat sumbang saran.

group training methodkaedah latihan kumpulanPentadbiranTiadaLatihan yang dibuat untuk sesuatu kumpulan yang melibatkan kaedah sumbang saran, perbincangan, kajian kes, ceramah, teknik peristiwa genting dan sebagainya supaya latihan menjadi lebih berkesan.
bottom-up approachpendekatan bawah-atasPengurusanPerancanganPendekatan komunikasi dalam pengurusan yang berkaitan dengan aliran maklumat dari lapisan bawah organisasi naik ke lapisan lebih atas. Matlamat akhir pendekatan ini adalah untuk merumuskan kemuktamadan maklumat berdasarkan interaksi di setiap peringkat. Contoh pendekatan bawah-atas adalah dengan cara sumbang saran. Lihat juga sumbang saran.

Kembali ke atas