Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Sweden


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Swedish lacerenda SwedenKesenianTiadaRenda biku ringkas buatan Sweden, yang seakan-akan renda torcon kasar.
kronekroneGeografiTiadaWang syiling perak negara Denmark, Sweden dan Norway.
asarasarGeologiTiadaKata jamak bagi as, iaitu istilah dalam bahasa Sweden untuk esker.
Lappsorang LapGeografiTiadaManusia pribumi yang menduduki kawasan utara Scandinavia termasuk Sweden, Norway dan Finland.
ploggingploging/larian kutipSukanTiadaAktiviti berlari/joging sambil mengutip sampah. Istilah plogging berasal daripada gabungan perkataan bahasa Sweden plocka up dengan perkataan jogging dalam bahasa Inggeris.
boat-axe culturekebudayaan kapal-perahuSejarahTiadaBudaya yang lahir daripada masyarakat yang menggunakan kapak-perang berbentuk kapal terbalik ditemui di Sweden, Finland, Bornholm dan timur Denmark.
agrarian partyparti agrariaSains PolitikPolitik PerbandinganParti yang mewakili kepentingan masyarakat tani. Parti ini amat dominan di negara Eropah khususnya negara seperti Norway, Denmark, Finland, Sweden, Hungary dan Poland pada pertengahan abad ke-20. Namun kepesatan perindustrian dan perbandaran telah menghakis perkembangan parti jenis ini. Contohnya, Parti Keskustapuolue di Finland.
panspermia hypothesishipotesis panspermiaMatematikTiadaHipotesis yang mengatakan bahawa hidupan dalam bentuk spora boleh wujud di angkasa lepas dan boleh dialihtumbuhkan dari satu jasad samawi ke jasad samawi yang lain melalui tekanan sinaran yang diajukan pada tahun 1906 oleh S. Arrhemius, berbangsa Sweden.
log constructionpembinaan logKesenianSeni BinaTeknik pembinaan bangunan yang menggunakan batang-batang kayu daripada pokok yang tegap dan mempunyai batang yang lurus. Batang kayu yang digunakan akan dilapik secara bertingkat-tingkat menggunakan teknik lidah-lurah. Teknik ini paling biasa digunakan hampir di keseluruhan Sweden, Finland, Norway, negara-negara Baltik dan Rusia, yang mempunyai banyak pokok konifer yang tinggi dan lurus seperti pokok pain dan cemara.
nationbangsaSains PolitikPolitik PerbandinganKelompok masyarakat yang besar dan memiliki satu tamadun, budaya, bahasa, seni, sejarah, adat, tradisi serta identiti yang dikongsi bersama. Bangsa ini menduduki kawasan yang jelas sempadannya, mempunyai sentimen dan kepentingan bersama untuk hidup dalam sebuah negara yang merdeka dan berdaulat seperti Jepun, Sweden, Norway dan Switzerland. Walaupun begitu, terdapat juga bangsa yang belum membentuk sebuah negara yang berdaulat seperti bangsa Kurdish. Bangsa ini terpisah dalam beberapa negara seperti yang terdapat di Iraq, Turki dan Mesir.
12

Kembali ke atas