Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Switzerland


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SWITZERLAND

Switzerland ialah negara Eropah yang kecil dan

terkenal kerana keindahannya, gunung-ganang yang

diliputi salji dan penduduknya yang cintakan

kebebasan. Pergunungan Alps dan Pergunungan Jura

meliputi lebih separuh Switzerland. Namun

kebanyakan orang Switzerland tinggal di penara yang

terbentang merentasi di bahagian tengah negara ini

di antara kedua-dua buah banjaran gunung tersebut.

Di kawasan ini terletak kebanyakan industri

Switzerland dan tanah ladangnya yang paling subur.

Ibu negara Switzerland, Bern, dan Zurich, bandar

yang terbesar juga terletak di sini.

UMUM 
PENGAWAL SWITZERLAND UMUM 
TELL, WILLIAM

Tell, William ialah wira legenda Switzerland. Dia

mewakili semangat gerakan kemerdekaan

Switzerland dari Habsburgs Austria pada tahun

1300-an. Mengikut legenda, Tell ialah pemanah yang

paling mahir di seluruh canton (negeri) Uri. Seorang

bailif Austria bernama Gessler mengarahkan semua

rakyat Switzerland memanah topi yang diletakkannya

di atas tiang di dataran utama Altdorf. Tell yang

tidak mahu memanahnya kemudiannya ditangkap.

Gessler berjanji akan membebaskannya jika dia

dapat memanah buah epal yang diletakkan di atas

kepala anaknya. Tell memanah epal tersebut dan

berkata andainya anaknya tercedera, dia pasti

membunuh Gessler. Gessler mengarahkan Tell

ditangkap dan dirantai.

UMUM 
TASIK CONSTANCE

Tasik Constance, dalam bahasa Jerman

dikenali sebagai Bodensee, terletak di hujung

bahagian timur penara Switzerland di sempadan

Jerman , Switzerland dan Austria. Tasik tersebut

meliputi kawasan seluas 539 kilometer persegi.

Panjangnya kira-kira 72 kilometer dan lebarnya

kira-kira 16 kilometer.

UMUM 
TEROWONG LÖTSCHBERG

Terowong Lötschberg ialah terowong

landasan kereta api yang menembusi Bernese Alps

di selatan tengah Switzerland berdekatan dengan

Jungfrau (lihat Switzerland [peta]). Terowong ini

yang dibuka pada tahun 1913, berukuran 14.6

kilometer panjang. Ia sebahagian daripada

landasan kereta api Swiss Lötschberg, yang

sepanjang 74 kilometer dan menghubungkan Spiez

dan Brigue. Sebelum landasan ini sampai di

Kandersteg, iaitu jalan masuk ke terowong ini di

sebelah utara, ia menyeberangi banyak jambatan

dan jejambat dan melalui 38 terowong. Di

Göppenstein, iaitu hujung terowong ini di sebelah

selatan, landasan tersebut menurun ke Rhône

Valley, dan dari situ ia bersambung dengan

Terowong Simplon yang menghala ke utara Itali.

UMUM 
TASIK LUCERNE

Tasik Lucerne, menjadi latar beberapa

pengembaraan patriot Swtizerland yang menjadi

legenda, William Tell (lihat Tell, William ). Ia

terletak di tengah Switzerland. Untuk lokasi Tasik

Lucerne, lihat Switzerland (peta). Nama Jerman

untuk tasik ini ialah Vierwaldstätter See , atau Tasik

Empat Kanton Hutan . Empat buah kanton (negeri)

yang berhutan – Lucerne, Schwyz, Uri dan

Unterwalden – mengelilinginya. Tasik Lucerne

meliputi kawasan seluas 114 kilometer persegi. Ia

berbentuk seakan-akan salib. Tasik ini panjangnya

39 kilometer dan lebarnya tiga kilometer.

UMUM 
PICCARD

Piccard ialah nama keluarga ahli sains

Switzerland yang sangat terkenal dalam bidang

aeronautika (penerbangan) dan kajian lautan dengan

mereka bentuk dan menguji belon beraltitud tinggi

yang baru dan juga kapal selam laut dalam. Auguste

dan Jean Piccard, dua saudara kembar lahir di Basel,

Switzerland dan mendapat pendidikan di Zurich.

Jacques Piccard, anak lelaki Auguste lahir di Brussel,

Belgium , dan memperoleh ijazah dari University of

Geneva .

UMUM 
TASIK THUN

Tasik Thun, terletak 558 meter di atas aras laut

di Alp Bern, iaitu sebuah kawasan pelancongan

yang popular di barat tengah Switzerland.

Interlaken terletak tidak jauh dari situ. Untuk lokasi

Tasik Thun, lihat Switzerland (peta). Tasik ini

terbentuk oleh Sungai Aare dan menerima air dari

Sungai Simme di sebelah baratnya. Panjang Tasik

Thun ialah 16 kilometer dan purata lebarnya lebih

kurang tiga kilometer. Ia meliputi keluasan 47

kilometer persegi.

UMUM 
ORANG HELVETIA

Orang Helvetia ialah ahli suku kaum yang pernah

tinggal di satu tempat yang terletak di barat daya

Switzerland kini. Suku kaum Jermanik mengancam

orang Helvetia, dan sejumlah 263 000 orang Helvetia

cuba berpindah ke wilayah Rom di Gaul pada tahun

58 S.M. Tentera Julius Caesar membunuh ramai

orang Helvetia, dan mereka yang terselamat dipaksa

pulang. Semasa di bawah pemerintahan Maharaja

Augustus antara tahun 27 S.M. hingga tahun 14 M.,

kerajaan Rom menawan seluruh Switzerland.

Orang Helvetia pula mula menerima pakai adat

Rom dan bahasa Latin. Kadang-kadang

penduduk di barat Switzerland yang berbahasa

Perancis merujuk kawasan mereka sebagai

Helvetia.

UMUM 
AGASSIZ, LOUIS

Agassiz, Louis (1807–1873) ialah pengkaji alam

 kelahiran Switzerland yang mengkaji berjenis-jenis

haiwan di Eropah dan Amerika. Dia menjadi terkenal

kerana karyanya tentang bentuk ikan moden dan bentuk

fosil. Dia percaya bahawa spesies haiwan tidak

berubah, dan mengkritik teori evolusi Darwin.

Jean Louis Rodolphe Agassiz lahir di Motieren-

Vuly, Switzerland. Louis, Agassiz belajar di

Zurich, Heidelberg, dan Munich. Agassiz pindah

ke Amerika Syarikat pada tahun 1846 dan

menjadi profesor zoologi dan geologi di Harvard

University pada tahun 1848 (lihat Geologi).

UMUM 
12345

Kembali ke atas