Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Switzerland


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Appenzell embroiderysulam AppenzellKesenianTiadaSulam tarik halus yang berasal dari Switzerland. Biasanya dijahit pada kain putih dengan menggunakan benang biru muda. Ia merupakan hasil industri desa di Switzerland.
Helvetic LegueLiga Protestan (Switzerland)SejarahTiadaTiada
yodelyodelMuzikTiada

Gaya vokal rakyat di Switzerland dan di Austria yang melibatkan perubahan pic rendah ke pic tinggi secara laju dan lancar. Pic rendah biasanya dinyanyikan dengan suara penuh atau suara dari dada manakala pic tinggi dinyanyikan dengan suara falsetto.

Hamburg edgingstrimin HamburgKesenianTiadaJenama utama trimin bersulam buatan Switzerland dan dieksport ke Amerika Syarikat melalui Hamburg, Jerman pada pertengahan abad ke-19. Untuk merahsiakan tempat asal pengeluaran trimin ini daripada pesaing-pesaing, maka nama trimin Hamburg digunakan sempena nama bandar Hamburg.
Swiss embroiderysulam SwissKesenianTiadaSulam tangan atau sulam mesin yang putih di atas fabrik putih, buatan Switzerland.
IDEA (international data encryption algorithm)IDEA (algoritma penyulitan data antarabangsa)Teknologi MaklumatTiadaAlgoritma kunci rahsia yang dibangunkan oleh Dr. X . Lai dan Profesor J.Massey di Switzerland untuk menggantikan DES(piawai penyulitan data). Algoritma jenis ini menggunakan kunci 128 bit.
CCITTCCITTTeknologi MaklumatTiadaSingkatan untuk Comite Consultatif International de Telegraphique et Telephonique. Juga dikenali sebagai International Telegraph and Telephone Consultative Committee. Organisasi ini berpusat di Geneva, Switzerland dan mencadangkan penggunaan piawai komunikasi yang dikenali di seluruh dunia.
International Organization for Standards (ISO)Organisasi Piawaian Antarabangsa (ISO)KomunikasiKorporatBadan bebas yang menentukan dan memberikan pengiktirafan standard kualiti piawai pengurusan organisasi dan barangan. Badan ini diwujudkan di Switzerland pada tahun 1947. Misi utamanya adalah untuk mempromosikan pembangunan pemiawaian dan aktiviti berkaitan dalam organisasi di seluruh dunia. Matlamat pertubuhan ini adalah untuk memastikan keluaran barangan dan perkhidmatan organisasi mempunyai standard yang sama dan diiktiraf. ISO akan memudahkan pertukaran barangan dan perkhidmatan pada peringkat antarabangsa dan membentuk kerjasama dalam bidang intelektual, saintifik, teknologi, dan aktiviti ekonomi. Di Malaysia, badan yang mempunyai fungsi yang sama dikenali sebagai SIRIM (Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia). Setiap organisasi yang mahu mendapatkan pengiktirafan piawaian terhadap barangan dan perkhidmatan, perlu melalui organisasi ini. Peringkat proses untuk mendapatkan pengiktirafan tersebut adalah dengan menetapkan standard yang dibentuk sendiri oleh organisasi berkenaan. Kemudian, standard tersebut dilaksanakan bagi mendapatkan pengesahan pematuhan standard daripada SIRIM. Sekiranya tidak mendapat pengesahan SIRIM, organisasi diminta mengulangi proses yang sama sehingga pengiktirafan diperoleh. Setelah pengiktirafan diperoleh, organisasi bertanggungjawab mengekalkan standard tersebut untuk memastikan standard yang ditetapkan itu dipatuhi. Pihak SIRIM akan melakukan pengauditan pematuhan dari semasa ke semasa. Sekiranya pematuhan itu gagal dilaksanakan, pengiktirafan yang diterima akan dilucutkan.
granite paperkertas granitPentadbiran PerniagaanTiadaKertas yang mengandungi serat atau gentian rami atau kapas yang menyerupai jalur-jalur halus atau urat-urat dalam granit yang pernah digunakan untuk mencetak setem di Austria, Switzerland dan beberapa negara lain pada zaman silam.
mushroom columntiang cendawanKesenianSeni BinaTiang berbentuk cendawan yang menyokong bahagian di atasnya. Tiang jenis ini direka bentuk menggunakan konkrit tetulang yang membenarkan sokongan maksimum dengan penggunaan ruang yang minimum. Jurutera awam Switzerland, Robert Maillart telah merevolusikan penggunaan konkrit bertetulang struktur dengan rekaannya untuk jambatan dan reka bentuk ruang dalam beberapa bangunan. Reka bentuk Maillart ini mengubah "estetika dan kejuruteraan pembinaan tiang dengan tiang yang berbentuk cendawan.
12

Kembali ke atas