Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (Ubat) bahan beracun yg dihasilkan oleh bakteria dlm organisma hidup atau mati yg boleh menyebabkan penyakit tertentu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ist racun yg dihasilkan oleh bakteria. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata TOKSIN


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ANTITOKSIN

Antitoksin ialah bahan yang terdiri daripada sel

hidup yang melawan penyakit yang disebabkan oleh

toksin. Toksin adalah racun yang dihasilkan oleh

organisma kecil seperti bakteria. Doktor

menggunakan antitoksin untuk merawat penyakit,

antara termasuk tetanus (kancing gigi) dan difteria.

Antitoksin adalah sejenis antibodi yang dapat

menyembuhkan atau menghalang penyakit, atau

menjadikannya kurang serius (lihat Sistem imun ).

UMUM 
KEMABUKAN

Kemabukan ialah suatu keadaan apabila badan

mengalami keracunan akibat toksin atau narkotik,

alkohol, ataupun dadah yang lain. Bahan tersebut

diserap ke dalam darah dan dibawa ke seluruh

bahagian badan.

UMUM 
STREPTOKOKUS

Streptokokus ialah genus (kumpulan) bakteria

yang berkongsi ciri-ciri tertentu. Di bawah

mikroskop, streptokokus kelihatan sebagai rantaian

organisma berbentuk sfera. Streptokokus

dikelaskan sebagai bakteria hemolitik. Bakteria ini

mengeluarkan toksin yang memusnahkan

seluruhnya atau sebahagiannya sel darah merah.

Pemusnahan ini dikenali sebagai hemolisis.

UMUM 
RACUN

Racun ialah sebarang bahan yang boleh

membunuh atau menyebabkan kesakitan kepada

benda hidup. Ia memasuki badan dengan cara

menelan, menyedut baunya, suntikan dan diserap

oleh membran kulit. Kajian tentang racun dikenali

sebagai toksikologi, dan banyaknya racun disebut

toksin.

UMUM 
BOTULISME

Botulisme ialah sejenis keracunan makanan. Ia

disebabkan oleh toksin (racun) yang dihasilkan

oleh bakteria yang dikenali sebagai Clostridium

botulinum.

UMUM 

Kembali ke atas