Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (Ubat) bahan beracun yg dihasilkan oleh bakteria dlm organisma hidup atau mati yg boleh menyebabkan penyakit tertentu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ist racun yg dihasilkan oleh bakteria. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata TOKSIN


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
endotoxinendotoksinBioteknologiTiadaToksin yang terbentuk di dalam protoplasma sel, misalnya di dalam Salmonella, Vibrio cholerae dan Shigella dysentriae. Apabila toksin-toksin ini disuntik di bawah kulit, gerak balas keradangan akan dihasilkan. bd. eksotoksin.
toxinstoksinVeterinarTiadaRacun yang dibebaskan oleh organisma hidup, terutamanya bakteria dan kulat. Pada amnya, bahan ini yang juga dikenali sebagai biotoksin tidak dapat diklasifikasikan dengan jelas secara kimia. Bergantung kepada sumbernya, toksin boleh digolongkan kepada fitotoksin (toksin daripada tumbuhan), mikotosin (toksin daripada kulat) dan toksin bakteria (toksin yang dibebaskan oleh sel-sel bakteria). Toksin bakteria boleh dibahagikan kepada dua iaitu endotoksin yang dibebaskan apabila bakteria mati atau terurai dan eksotoksin yang dirembeskan oleh bakteria hidup ke persekitarannya. Dalam badan, racun ini bertindak sebagai antigen yang menghasilkan tindak balas imun. Contoh bahan ini ialah aflatoksin yang dihasilkan oleh Aspergillus flavus.
toxin theoryteori toksinBiologiPatologiTeori yang diajukan oleh Wheeler & Luke (1963) untuk memastikan penglibatan toksin dalam menyebabkan sesuatu penyakit, iaitu: i. toksin dalam kepekatan tertentu boleh menyebabkan gejala khas bagi sesuatu penyakit pada perumah yang rentan, ii. patogen dan toksin mempunyai kekhususan perumah yang sama, dan iii. terdapat korelasi positif antara jumlah toksin yang dihasilkan dengan keparahan penyakit. Walau bagaimanapun, perkara (ii) tersebut hanya benar bagi toksin perumah khusus sahaja.
toxintoksinPerubatanTiadaSuatu bahan yang dibentuk oleh mikroorganisma, yang boleh meracuni organisma lain. Toksin terbahagi kepada dua jenis, iaitu endotoksin dan eksotoksin. Misalnya, toksin botulinum yang dihasilkan oleh bakteria Clostridium botulinum dan toksin difteria oleh Corynebacterium diphtheriae.
antitoxinantitoksinBiologiMikrobiologiAntibodi yang dihasilkan oleh badan sebagai gerak balas terhadap toksin yang dikeluarkan oleh agen jangkitan atau patogen. Antitoksin akan bergabung dengan toksin, dan seterusnya meneutralkan toksin itu.
antitoxinantitoksinKimiaTiadaAntibodi yang dihasilkan oleh tubuh sebagai gerak balas terhadap toksin yang dikeluarkan oleh agen jangkitan atau patogen. Antibodi ini akan bergabung dengan toksin dan seterusnya meneutralkan toksin tersebut.
bacteriotoxinbakteriotoksinPerubatanTiada1. Sebarang toksin yang dihasilkan oleh bakteria. 2. Toksin yang meracuni bakteria. Sin: toksin bakteria
nonhost-specific toxintoksin perumah tak khususBiologiPatologiToksin yang boleh bertindak atau menyebabkan gejala yang tidak khas pada banyak jenis tumbuhan selain daripada yang menjadi perumah kepada patogen yang menghasilkannya. Contohnya asid fusarik yang dihasilkan oleh Fusarium spp. bd. toksin perumah khusus.
host-specific toxintoksin perumah khususBiologiPatologiToksin yang boleh bertindak atau menyebabkan gejala pada tumbuhan yang menjadi perumah kepada patogen yang menghasilkannya. Contohnya viktorin yang dihasilkan oleh Cochliobolus victoriae yang hanya berkesan terhadap oat var. viktoria dan menyebabkan hawar viktoria. bd. toksin perumah tak khusus.
aflatoxinaflatoksinPerubatanTiadaToksin yang dikeluarkan oleh kulat Aspergillus flavus yang biasanya terdapat pada bijirin. Toksin ini sering kali dikaitkan dengan keracunan makanan apabila bijirin yang tercemar dimakan, dan seterusnya mungkin boleh membawa maut. Toksin ini mungkin juga mengakibatkan ketoksikan atau kanser pada hati.
12345678910...

Kembali ke atas