Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : perubahan bentuk (sifat, rupa, keadaan, dll): satu ~ asas perlu dibuat utk melaksanakan hukum-hukum al-Quran; mentransformasikan melakukan (mening­galkan dsb) transformasi, mengubah bentuk (sifat, rupa, keadaan, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : perubahan rupa, bentuk, sifat dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata TRANSFORMASI


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
CHOMSKY, NOAMChomsky, Noam (1928– ), ahli linguistik
Amerika yang memperkenalkan tatabahasa
transformasi. Tatabahasa transformasi adalah
sistem yang menerangkan dengan tepat undangundang
yang menentukan semua ayat yang boleh
dibentuk dalam satu-satu bahasa.
UMUMUmum
METAMORFOSIS

Metamorfosis ialah perkataan Yunani yang

bermakna transformasi. Ahli biologi menggunakan

perkataan ini untuk menjelaskan perubahan nyata

pada bentuk dan rupa yang berlaku pada haiwan

peringkat rendah antara fasa pembesaran dengan

fasa dewasa.

UMUM 
ZARAH BETA

Zarah beta ialah elektron yang dibebaskan oleh

nukleus atom radioaktif apabila terjadi

transformasi nuklear. Kebanyakan zarah beta

bercas negatif dan terbentuk apabila neutron

bertukar kepada proton.

UMUM 
ZARAH ALFA

Zarah alfa ialah zarah tenaga tinggi, bercas

positif yang dikeluarkan oleh nukleus atom

radioaktif apabila ia mengalami transformasi

nuklear.

UMUM 
LIE, MARIUS SOPHUS

Lie, Marius Sophus (1842–1899) ialah ahli

matematik Norway yang terkenal kerana usahanya

dalam teori kumpulan dan geometri bezaan.

Selepas belajar di University of Christiana di Oslo,

dia ke Paris pada tahun 1870. Di Paris dia bersama

ahli matematik Jerman, Felix Klein melakukan

penyelidikan tentang kumpulan transformasi.

UMUM 

Kembali ke atas