Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : pengetahuan atau pelajaran ten-tang pembentukan perkataan dan proses pembinaan ayat (penyusunan kata dlm ayat) dll, nahu; ketatabahasaan (hal) yg berkaitan dgn tata-bahasa: kertas bahasa Malaysia hendaklah menekankan aspek ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : pengetahuan atau pelajaran ttg pembentukan kata dan ttg penyu­sunannya dlm ayat; nahu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tatabahasa (kata nama)
Bersinonim dengan nahu, jalan bahasa, sistem bahasa.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TATABAHASA

Tatabahasa ialah satu set prinsip yang dengannya

bahasa berfungsi. Tatabahasa menjadi panduan cara

perkataan boleh disusun dan diubah supaya kita

boleh berkomunikasi dengan mudah dan tepat.

Semua bahasa tidak berfungsi dengan cara yang

sama. Bahasa Latin amat bergantung pada perubahan

bentuk perkataan. Bahasa China menekankan nada

suara penutur. Bahasa Inggeris menekankan tertib

perkataan. Bagaimanapun, semua ciri ini, sedikit

sebanyak, termasuk dalam banyak bahasa.

UMUM 
CHOMSKY, NOAMChomsky, Noam (1928– ), ahli linguistik
Amerika yang memperkenalkan tatabahasa
transformasi. Tatabahasa transformasi adalah
sistem yang menerangkan dengan tepat undangundang
yang menentukan semua ayat yang boleh
dibentuk dalam satu-satu bahasa.
UMUMUmum
DIRI

Diri, dalam tatabahasa, ialah ciri bahasa yang

menunjukkan perbezaan antara penutur,

pendengar dan seseorang atau sesuatu yang

diperkatakan. Jika sesuatu kata adalah bagi

penutur, ia ialah diri pertama. Jika kata itu bagi

pendengar, ia ialah diri kedua. Jika kata itu bagi

orang atau benda lain, ia ialah diri ketiga.

UMUM 
MODUS

Modus ialah satu istilah menurut tatabahasa

yang digunakan dalam bentuk kata kerja yang

membezakan jenis kata kerja makna tertentu.

Misalnya, dalam “He is my brother” adalah bentuk

modus penunjuk : iaitu yang menyatakan fakta.

Tetapi kata kerja ‘were’ dalam “If he were my

brother” adalah modus subjuntif: iaitu, yang

menyatakan keadaan yang bertentangan dengan

fakta.

UMUM 
KATA SENDI

Kata sendi dalam tatabahasa ialah kata yang

memperkenalkan sesuatu kata atau frasa dan

menghubungkan kata itu dengan kata yang

diterangkannya.

UMUM 
KITAB SIBAWAYH

Kitab Sibawayh ialah kitab yang terawal ditulis

berkenaan dengan ilmu nahu dan saraf (tatabahasa

Arab). Kitab ini mengandungi banyak ilmu yang

berkaitan dengan bahasa. Ia ditulis oleh Abu

Bishr ‘Amru ibn ‘Uthman ibn Qanbar.

UMUM 
SOFIS

Sofis ialah ahli pergerakan pendidikan di negara

kota Greece pada separuh kedua tahun 400-an

S.M. Sofis ialah guru yang berpindah-randah

sambil mengajar tatabahasa dan pidato umum,

iaitu perkara yang penting bagi demokrasi zaman

kuno seperti Athens. Mereka tidak berminat

dalam bidang pemikiran falsafah tentang sifat

fizikal alam semesta. Sebaliknya, mereka

mengkritik amalan moral dan agama yang

menjadi kelaziman serta memerikan kebaikan

sebagai kejayaan di dunia.

UMUM 
SIBAWAYH

Sibawayh (148–188 H. / 769–804 M.), pelopor

nahu Arab dan pakar bahasa. Nama penuhnya ialah

Abu Bishr ‘Amru ibn ‘Uthman ibn Qanbar. Dia

merupakan antara orang terawal menyusun ilmu

tatabahasa Arab serta penulis buku ‘al-Kitab’.

Sebenarnya, ‘Sibawayh ‘ ialah perkataan Parsi yang

bermaksud ‘wangian epal‘. Ada pendapat yang

mengatakan bahawa ibunya memberi nama

timangan tersebut sewaktu dia masih kecil. Dia

berbangsa Parsi dan berasal dari bandar al-Baidha’

dan membesar di Basrah. Walaupun begitu, ulama

berselisih pendapat tentang tarikh kelahiran dan

kematiannya yang sebenar.

UMUM 
ASRAF

Asraf (1927–1999), ahli bahasa dan penulis. Nama

sebenarnya ialah Haji Mohd. Asraf bin Haji Abdul

Wahab. Dia ialah tokoh yang banyak memberi

sumbangan dalam pembinaan dan pengembangan

bahasa Melayu, khususnya dari aspek tatabahasa.

Memorandum yang dikemukakan oleh Asraf dalam

Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga

pada tahun 1956 yang bertajuk “Penyatuan Bahasa

Melayu dan Bahasa Indonesia” dan dua buah kertas

kerjanya yang bertajuk “Ejaan Bahasa Melayu

dengan Huruf Rumi” dan

“Bunyi Bahasa Melayu

dalam Ucapan“, telah

dijadikan pegangan

dalam mengasaskan

ejaan baru dan sebutan

baku bahasa Melayu.

UMUM 
RENCANA MELAYU

RENCANA MELAYU, buku tatabahasa Melayu karya Raja Haji Muhammad Tahir ibni Almarhum Mursyid, dari Riau. Buku ini siap diltulis pada 24 April 1915 (1 Jamadilakhir 1333 H.). Buku ini hanya dicetak dan diterbitkan  pada 12 Mei 1928 (20 Zulkaedah 1346 H.) oleh Maktabah Wa-Matbaah al-Ahmadiah, Singapura. Buku ini mengandungi 35 halaman dan menggunakan tulisan Jawi.

BAHASAKarya
123

Kembali ke atas