Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : negara-negara yg berhampiran dgn Terusan Suez (spt Mesir, Jordan, Syria, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : negara-negara yg letaknya berdekatan dgn Terusan Suez (spt Arab Saudi, Jordan, Mesir, Syria). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, perlukah contoh perkataan di bawah menggunakan huruf besar? 1) Tamadun China atau tamadun China 2) Orang India atau orang India 3) Negara Timur Tengah atau negara Timur Tengah dan seumpamanya Sekian, terima kasihEjaan yang betul ialah tamadun China, orang India dan negara Timur Tengah.Ejaan13.12.2011
Saya ingin pengesahan cara menulis acronim untuk translasi. Misalnya, jika saya translate sindrom pernafasan timur tengah (MERS-CoV, middle east respiratory syndrome)...perlukah saya menulis begini dalam dokumen dimana saya tulis translasi dahulu kemudiannya acronim dan huraian asalnya. Ini sebab acronim MERS-CoV tidak ada dalam bahasa Melayu. Bolehkah saya cipta acronim atsu abreviation sendiri?Cara penulisan akronim bagi nama virus perlu ditulis penuh dalam istilah bahasa Melayu dan diikuti dengan akronim, iaitu Virus Korona Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS-CoV)Tatabahasa05.10.2020
yang manakah betul, nasi pilau atau nasi pilafNasi pilau atau nasi pilaf merupakan hidangan yang berasal dari Timur Tengah dan Pakistan.  Kedua-duanya boleh digunakan sebagai nama masakan kerana ia berbeza dari segi variasi ejaan sahaja.  Kamus Inggeris-Melayu Dewan menggunakan istilah 'nasi pilau' untuk masakan jenis ini. 

Terima kasih.
Makna04.10.2017
kebelakangan atau belakangan ?

Kedua-dua kata tersebut ada mempunyai makna yang sama, selain maksud yang alain. 1. Belakangan ini =  pada waktu yang akhir-akhir ini; baru-baru ini: Belakangan  ini, banyak anak Melayu yang berminat untuk berniaga. 2. kesudahannya; akhirnya: Belakangan, dia mengaku bahawa dialah yang mengambil buku itu dari perpustakaan.

Kebelakangan ialah sejak masa-masa yang kemudian ini, akhir-akhir ini. Contoh ayat :  Pergolakan di Timur Tengah  kebelakangan ini berlaku sangat cepat sehingga amat susah untuk mengikutinya.

Makna16.09.2010
Assalamualaikum. Saya kurang jelas beza perkataan FORUM dan PERSIDANGAN. Mohon penjelasan. Terima kasih.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat  forum  ialah perjumpaan untuk perbincangan terbuka tentang perkara yang menjadi kepentingan awam: Berita Harian akan menganjurkan sebuah majlis dalam bahasa Kebangsaan; 2. perantaraan untuk perbincangan terbuka  3. tempat perjumpaan umum untuk perbincangan terbuka. Persidangan merujuk kepada perjumpaan (untuk membincangkan sesuatu), mesyuarat, rapat: masing-masing yang hadir dalam ~ tersebut mempunyai tafsir­annya tersendiri terhadap dasar itu; Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menangguhkan ~ yang sedang membahaskan krisis di Timur Tengah;Makna15.10.2015
apakah perbezaan perkataan kedudukan dan cabaran?

Makna kedudukan ialah 1. tempat tinggal (yg didiami); 2. tempat letaknya: ~ Singapura di tengah-tengah jalan laut yg menghubungkan Timur dan Barat menyebabkannya menjadi pelabuhan yg begitu penting di Asia; 3. keadaan atau selok-belok (hal) sesuatu perkara (terutama pd masa tertentu), situasi: sudah berkali-kali ia menerangkan ~ yg sebenarnya kpd penduduk-penduduk di situ; ~ politik (ekonomi dsb); 4. tingkatan taraf (martabat, darjat, dsb): tiap-tiap orang ada harapan utk mendapat pangkat dan ~ yg tinggi dlm negaranya;. Cabaran pula ialah 1. hasil mencabar (mempersoalkan, mempertikaikan); 2. ajakan (utk berlawan dsb); 3. sesuatu (unsur, faktor, dsb) yg mencabar (menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi dll): pekerjaan yg penuh dgn ~;. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

Makna27.06.2010
SALAM,SAYA PERLU MEMBUAT CARIAN BAGAIMANA TEATER BOLEH MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU.MUNGKIN PIHAK DBP BOLEH MEMBANTU DENGAN MEMBERI MAKLUMAT TENTANG DEFINISI TEATER MENURUT KAMUS DEWAN TERIMA KASIH.

Saudara,

Yang berikut ialah makna teater seperti yang dimohon.

i. Kamus Dewan Edisi Keempat 

 1. bangunan yg di dalamnya terdapat pentas tempat mempersembahkan drama, muzik, hiburan, dsb utk ditonton oleh orang ramai, panggung, pawagam; 2. seni pentas: mereka membicarakan perkembangan ~;

ii. Kamus Inggeris Melayu Dewan

1. building for performance of plays, operas, etc, teater, panggung: the town has a small ~, di pekan itu ada sebuah teater kecil; we arrived late at the ~, kami sampai lewat di panggung itu; 2. hall, room used for lectures etc, dewan: lecture ~, dewan kuliah; 3. also operating theatre bilik bedah; 4. theatrical activities generally, bidang teater: she has been working in the ~ for years, sudah bertahun-tahun dia bekerja dlm bidang teater; 5. art of presentation, performance of plays, (seni) teater: a book about ancient Greek ~, buku ttg teater Yunani kuno; 6. arena, kancah, medan: the Middle East remains the ~ of war, Timur Tengah terus menjadi kancah peperangan; 7. (US & Austral) cinema, panggung wayang, pawagam.

Makna07.09.2009
Aminur Ariffan salam tahun ne tak ada kembara bahasa lagi ke?Kembara Bahasa 2013 telahpun berlangsung dari 9 Oktober hingga 12 Oktober yang lalu meliputi empat zon (utara, selatan, timur dan tengah).Lain-lain15.11.2013
Pendekatan motivasi dalam meningkatkan kehidupan beragama Islam dalam kalangan remaja Islam di maktab Zon Tengah perlu dikaji. Soalan saya, perkataan Zon Tengah wajar ditulis dengan huruf besar? Arau memadai dengan menulis zon tengah?Ditulis dengan hurf kecil, kecuali penggunaan perkataan tersebut merujuk kepada nama khas seperti  Maktab Koperasi Malaysia Zon Timur.
Lain-lain28.02.2018
saya ingin kepastian mengenai persamaan bahasa melayu dan jawa...adakah leksikal item yang sama antara bahasa melayu dan jawa..dan bagaimana phonetik nya...terima kasih

Bahasa Melayu ialah sejenis bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga bahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayah Indonesia, Malaysia, dan persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun lagi. Bahasa Jawa ialah bahasa pertuturan yang digunakan penduduk suku bangsa Jawa terutama di sesetengah bahagian Banten, Jawa Barat, Tengah">Jawa Tengah & Timur">Jawa Timur di Indonesia. Satu persamaan yang nyata antara kedua-dua bahasa tersebut ialah penuturnya daripada kalangan orang Melayu dan pada sebahagian kata ada persamaan fonem dan leksikalnya. Hal ini perlu diperhalusi terlebih dahulu dalam buku/makalah yang memaparkan kajian perbandingan antara kedua-dua bahasa tersebut. Sila rujuk buku/makalah yang berkaitan, terima kasih. 

Lain-lain20.02.2009
12

Kembali ke atas