Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : negara-negara yg berhampiran dgn Terusan Suez (spt Mesir, Jordan, Syria, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : negara-negara yg letaknya berdekatan dgn Terusan Suez (spt Arab Saudi, Jordan, Mesir, Syria). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TIMUR TENGAH

Timur Tengah ialah kawasan yang amat luas

meliputi sebahagian besar benua Afrika Utara, Barat

Daya Asia dan Tenggara Eropah. Para pengkaji tidak

sependapat dalam pemetaan yang tepat bagi

kawasan Timur Tengah ini. Walau bagaimanapun

mereka sekata bahawa kawasan ini merangkumi

negara-negara berikut: Cyprus, Mesir, Iran, Iraq,

Palestin , Jordan, Kuwait, Lubnan, Oman, Qatar,

Bahrain , Arab Saudi, Sudan, Syria, Turki, Emiriah

Arab Bersatu, dan Yaman. Keluasan keseluruhan

kawasannya kira-kira 9 694 000 kilometer persegi.

Penduduknya pula mencecah 262 juta orang.

UMUM 
PEMINJAMAN BAHASA TIMUR TENGAH

PEMINJAMAN BAHASA TIMUR TENGAH, penyerapan unsur bahasa yang berasal daripada bahasa-bahasa di Timur Tengah atau Asia Barat.  Unsur bahasa Timur Tengah yang meresap ke dalam bahasa Melayu datangnya daripada bahasa Arab, parsi dan Turki.  Proses peminjaman itu bermula dari zaman kedatangan Islam ke Asia Tenggara yang bermula pada abad ke-3 H.  tetapi mula berkembang pada abad ke-5 H (abad ke-11 M).

BAHASAKonsep
YAMANNegara di Timur Tengah.GEOGRAFI DAN GEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
NUER

Nuer ialah penduduk timur-tengah Afrika yang

memelihara lembu. Kira-kira 460 000 orang Nuer

tinggal di kawasan padang rumput dan paya hulu

Lembah Nil di selatan Sudan dan barat Ethiopia.

Mereka bertutur dalam bahasa yang dikenali

sebagai Nuer, dan dalam bahasa-bahasa Afrika, ia

tergolong dalam keluarga Nilotik. Orang Nuer

tergolong dalam kumpulan orang kulit hitam Afrika

yang dikenali sebagai Nilot dan berkait rapat

dengan orang Dinka (lihat Dinka ).

UMUM 
QATARNegara pengeluar minyak dan gas di Timur Tengah.GEOGRAFI DAN GEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
ARAB SAUDI

Arab Saudi ialah sebuah negara yang besar di

Timur Tengah yang juga salah sebuah negara

pengeluar petroleum yang utama di dunia.

Kebanyakan kawasan negara ini terdiri daripada

gurun yang luas yang dihuni oleh sejumlah kecil

penduduk dengan sedikit atau tiada tumbuh-

tumbuhan. Tetapi, di dasar bumi Arab Saudi terdapat

mendapan petroleum yang terbesar di dunia.

UMUM 
DRUZ

Druz ialah sekumpulan orang yang bertutur

dalam Bahasa Arab di Timur Tengah. Terdapat

lebih 500 000 orang Druz.

UMUM 
SANTA FE

Santa Fe (pend. 441 982) ialah pusat perniagaan

dan perkapalan di timur-tengah Argentina.

Letaknya di tebing barat Sungai Paraná di kuala

Sungai Salado (lihat Argentina [peta politik]).

Bandar ini ialah ibu provinsi Santa Fe.

Peneroka dari Asunción, yang kini Paraguay,

mengasaskan Santa Fe berhampiran dengan

tapaknya kini pada tahun 1573. Tetapi tapak Santa

Fe kini tidak diduduki secara tetap hingga tahun

1651.

UMUM 
MONGOLIA

Mongolia ialah sebuah negara yang terletak di

antara China dan Rusia di timur-tengah Asia.

Mongolia ialah sebuah negara berbukit bukau,

tanah tinggi rata dan banjaran gunung yang tinggi

meliputi kebanyakan permukaan negara itu. Gurun

Gobi yang sejuk memenuhi kebanyakan bahagian

tenggara Mongolia. Suhunya biasanya terlalu sejuk

atau terlalu panas dan hujan turun sangat sedikit

semasa ribut musim panas yang jarang berlaku.

UMUM 
ASTARTE

Astarte ialah nama Yunani untuk salah satu

dewi yang paling penting di Timur Tengah

purba. Astarte dipuja di Syria dan di Mesir serta

di tanah jajahan Phoenicia di barat

Mediterranean.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas