Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Turki

Puisi
 

Anak kumbang terayap-rayap,
     Mari ditangkap anak Turki;
Hendak terbang tiada bersayap,
     Hendak hinggap tiada berkaki.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah penggunaan yang tepat untuk merujuk/menisbahkan sesuatu kepada Turkiye, misalnya orang Turki dan makanan Turki ataukah orang Turkiye dan makanan Turkiye ?Penggunaan perkataan “Turkiye” telah diisytiharkan merujuk kepada nama negara dan perkara yang berkaitan dengan negara tersebut, seperti makanan Turkiye, orang Turkiye dan lain-lain.Makna20.12.2023
1. Kejadian gempa bumi di Turki itu telah "mengorbankan banyak nyawa". 2. Kejadian gempa bumi di Turki itu telah "banyak mengorbankan nyawa". Ayatyang menggunakan "mengorbankan banyak nyawa/ banyak mengorbankan nyawa" betul?Ayat yang betul ialah 'Kejadian gempa bumi di Turki telah mengorbankan banyak nyawa'.  Banyak ialah kata bilangan yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama dan hadir sebelum frasa nama tersebut.Tatabahasa08.02.2011
boleh dapatkan kamus melayu turkiUntuk makluman saudara, buat masa ini DBP belum lagi menerbitkan Kamus Melayu - Turki. Harap maklum.Lain-lain07.06.2009
Adakah terjemahan bahasa Melayu bagi negara Türkiye masih dikekalkan sebagai Turki? Atau sudah diubah menjadi Türkiye?

Perubahan nama untuk negara Turki kepada Türkiye merupakan pertukaran rasmi yang telah diumumkan oleh Presiden negara tersebut Recep Tayyip Erdoğan pada bulan Disember 2021. Oleh itu nama dalam bahasa Melayu merujuk kepada negara tersebut yang terkini ialah Türkiye.

Ejaan08.02.2023
salamun alaikum saya abdullah dari Turki (saya tadi hantar mail ini ke PRPM tapi tidak sampai jadi tolong forward mail ini kepada PRPM) saya belajar bahasa melayu, saya banyak pakai web site PRPM ini. saya banyak berterima kasih atas khidmat kamus DBP. saya sejak 4 tahun pakai kamus online dbp, tetapi saya rasa dulu aturan kamus online lagi bagus daripada kamus online sekarang. saya cadangkan mengaturkan kamus cara begini: contohnya saya cari perkataan MAKAN pertama bagilah MAKAN di kamus dewan ke 4 (tetapi bagilah bahagian makan sahaja) lepas itu bagilah perkataan MAKAN di kamus pelajar ; lepas itu kamus inggiris melayu dan seterusnya. dan apabila habis semua kamus baru letakkan perkataan MAKAN yang ada di mana-mana bahagian kamus. minta maaf susahnya bagitahu sistem tersebut kerana saya masih tidak pandai bahasa malaysia. maklumat tentang saya boleh ditanya kepada puan Rosilawati Syarif (pegawai dbp) sekian, terima kasih

Terima kasih atas perhatian yang diberikan. Cadangan saudara kami ambil maklum dan akan dikemukakan kepada pihak yang bertanggungjawab menangani hal sistem ini. Kami sentiasa membuat penambahbaikan (jika difikirkan kewajarannya) bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan kami.

Lain-lain13.01.2011
Assalamualaikum dan selamat pagi. Contoh ayat: 1. Bahasa utamanya ialah bahasa Parsi, bahasa Arab, bahasa Ibrani, bahasa Assyria, bahasa Kurdis, dan bahasa Turki. 2. Wilayah tersebut mencakupi beberapa kelompok suku dan budaya termasuk suku Iran, suku Arab, suku Yunani, suku Yahudi dan lain-lain. 3. Dia telah menjalankan penyelidikan di Vietnam, di Indonesia, dan di Thailand. Adakah perkataan "bahasa", "suku", dan kata sendi nama "di" dalam ayat-ayat tersebut perlu diulang bagi setiap contoh atau boleh digugurkan bagi contoh yang kedua dan seterusnya?Waalaikumussalam
perkataan bahasa, suku dan kata sendi nama di tidak perlu diulang bagi contoh yang seterusnya.
Tatabahasa07.02.2017

Kembali ke atas