Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Turki

Puisi
 

Anak kumbang terayap-rayap,
     Mari ditangkap anak Turki;
Hendak terbang tiada bersayap,
     Hendak hinggap tiada berkaki.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ORANG TURKI

Orang Turki ialah orang yang bertutur dalam

bahasa Turkik. Terdapat kira-kira 10 bahasa Turkik.

Bahasa utama ialah bahasa Turki. Hampir separuh

daripada kira-kira 90 juta orang Turki di dunia tinggal

di Turki. Yang lainnya tinggal di kawasan Asia Tengah,

di Azerbaijan, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Turkmenistan,

dan Uzbekistan. Terdapat juga komuniti besar orang

Turki di Afghanistan, China, Iran, Mongolia, dan

Rusia. Sesetengah orang Turki juga tinggal di negara

Balkan, di tenggara Eropah.

UMUM 
PERANG RUSIA-TURKI

Perang Rusia-Turki. Empayar Rusia dan

Empayar Uthmaniyyah (kini Turki) sentiasa tidak

bersefahaman selama 300 tahun selepas tahun

1600-an. Beberapa kali perang berlaku sepanjang

tempoh ini. Pada mulanya, Empayar Uthmaniyyah

yang menceroboh Rusia. Orang Turki campur

tangan di sempadan selatan Rusia dan menyokong

orang Tartar dari Krimea, iaitu seteru Rusia sejak

dahulu lagi. Sehingga akhir tahun 1600-an, Rusia

cuba mengelakkan perang terbuka dengan orang

Turki kerana empayar Uthmaniyyah lebih kuat

daripada Rusia. Walau bagaimanapun, apabila

empayar Uthmaniyyah semakin lemah, Rusia

bertambah kuat. Rusia mulai meluaskan kuasanya

ke kawasan Laut Hitam dan Balkan. Orang Turki

menguasai kedua-dua kawasan ini. Empayar

Uthmaniyyah kemudiannya mempertahankan

kedua-dua kawasan tersebut walaupun kadangkala

ia juga menyerang, terutamanya apabila mendapat

sokongan negara luar.

UMUM 
ANKARA

Ankara (pend. 2 559 500), ibu negara Turki. Ia

merupakan bandar kedua terbesar selepas

Istanbul. Ankara merupakan pusat pemerintahan

Turki. Bandar ini terletak di kawasan bukit-bukau di

bahagian barat-tengah Turki. Untuk lokasi Ankara,

lihat Turki ( peta politik).

UMUM 
ANTIOCH

Antioch (pend. 107 821), ialah bandar

perdagangan di Turki. Namanya dalam bahasa

Turki ialah Antakya. Antioch terletak di sepanjang

Sungai Orontes, kira-kira 10 kilometer dari Laut

Mediterranean (lihat Turki [peta politik]). Bandar ini

diasaskan pada tahun 300 S.M. oleh Seleucus,

pemerintah kawasan itu. Ia menjadi ibu negara

Syria pada tahun 900-an M. hingga 1000-an M.

Empayar Uthmaniyyah menawan Antioch pada

tahun 1516. Perancis menguasai bandar ini selepas

Empayar Uthmaniyyah dikalahkan dalam Perang

Dunia I (1914–1918). Pada tahun 1939, Antioch

menjadi sebahagian daripada Republik Turki.

UMUM 
SASTERA TURKIKesusasteraan yang diamalkan oleh masyarakat Turki.SASTERAKonsep
ATATÜRK, KEMAL

Atatürk, Kemal (1881–1938) merupakan pengasas

dan presiden pertama Republik Turki. Dia menjadi

presiden dari tahun 1923 sehingga dia meninggal

dunia. Di bawah pimpinannya, Turki menerima pakai

pembaharuan-pembaharuan yang besar yang begitu

banyak mengubah keadaan politik, ekonomi, dan

masyarakat di negara Turki.

UMUM 
DEMIREL, SULEYMAN

Demirel, Suleyman (1924– ) ialah Presiden

Republik Turki. Dia lahir di Islamkawi dalam

daerah Isbirtah yang terletak di bahagian tengah

barat Turki. Suleyman menamatkan pengajian

di Universiti Kesenian Istanbul pada tahun 1949

tetapi berkhidmat sebagai jurutera sistem air.

UMUM 
ORANG TATAR

Orang Tatar ialah penduduk Eropah dan Asia

yang berbahasa Turkik. Kebanyakan orang Tatar

tinggal di bahagian tengah dan selatan Rusia, dan

di Bulgaria, China, Kazakhstan, Romania, Turki, dan

Uzbekistan. Orang Tatar ialah bangsa Turki, dan

mereka berkait rapat dengan orang Turki.

UMUM 
SALJUK

Saljuk ialah anggota keluarga yang memerintah

penduduk berbahasa Turki. Mereka menguasai

sebahagian besar daripada bahagian barat daya

Asia dari pertengahan tahun 1000-an hingga

pertengahan tahun 1200-an. Mereka berasal dari

sebagai Turkistan dan telah dinamakan Saljuk,

sempena nama pemimpin pertama mereka. Kaum

Saljuk juga merupakan salah satu daripada

penduduk pertama berketurunan Turki yang

memerintah Asia Kecil (kini Turki).

UMUM 
SALJUK, KERAJAAN

Saljuk, Kerajaan, sebuah kerajaan yang

diasaskan oleh Dinasti Turki-Islam yang

memerintah Iran, Iraq, Syria dan negara Asia Kecil

pada abad ke-12 dan ke 13 M. Kerajaan Saljuk

dinamakan bersempena nama Saljuk, ketua dinasti

bangsawan Turki, iaitu al-Ghuzza al-Turkamaniyyah

yang pernah berhijrah dan membuat petempatan

di Bukhara. Seorang cucu Saljuk, Tughrul Bek telah

dilantik memerintah Khurasan pada tahun 429 H./

1037 M. Sewaktu kekuasaan Bani Buwayh di

Baghdad semakin lemah, lebih-lebih lagi setelah

mereka melakukan banyak kezaliman, khalifah

Abbasiyyah di Baghdad meminta bantuan daripada

al-Qa’im ibn Amrillah Tughrul Bek untuk

menghapuskan golongan tersebut. Tughrul Bek

segera mara ke Baghdad dan berjaya menewaskan

mereka. Sebagai membalas jasanya, khalifah

Abbasiyyah menganugerahkan gelaran raja kepada

Tughrul Bek sambil memberi kuasa pentadbiran

pada tahun 447 H./1055 M.

UMUM 
12345678

Kembali ke atas