Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Uganda


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
OBOTE, APOLLO MILTON

Obote, Apollo Milton (1926– ) ialah

presiden Uganda dari tahun 1966 hingga tahun

1971, dan dari tahun 1980 hingga tahun 1985.

Obote lahir di daerah Lango, Uganda. Pada tahun

1958, Obote dipilih menganggotai badan

perundangan Uganda. Pada tahun 1960, Obote

menjadi ketua Kongres Rakyat Uganda, sebuah

parti politik baru. Obote telah membantu

menubuhkan parti politik ini. Dia telah mengetuai

pergerakan rakyat Uganda menuntut kemerdekaan

daripada British pada tahun 1962. Dia kemudiannya

menjadi perdana menteri pertama Uganda. Pada

tahun 1966, Obote telah mendapat kuasa penuh

kerajaan dan mengisytiharkan dirinya sebagai

presiden. Rakyat Uganda memilihnya sebagai

presiden pada tahun 1967.

UMUM 
MUSEVENI, YOWERI

Museveni, Yoweri (1944– ), ahli politik dan

ketua tentera Uganda, menjadi presiden Uganda

pada tahun 1986. Dia ialah ketua National

Resistance Movement (NRM) yang menggulingkan

kerajaan General Tito Okello pada bulan Januari

1986.

UMUM 
AMIN DADA, IDI

Amin Dada, Idi (1925?–2003) ialah pemerintah

Uganda dari tahun 1971 hingga 1979. Sebagai

seorang pegawai tentera, dia memegang kuasa

selepas mengetuai tenteranya untuk menggulingkan

kerajaan awam Uganda. Pemerintahannya berakhir

apabila rakyat Uganda menentangnya dan tentera

dari negara jiran Tanzania menggulingkan

kerajaannya. Amin kemudiannya melarikan diri dari

Uganda.

UMUM 
KAMPALA

Kampala (pend. 773 463) ialah ibu negara dan

bandar terbesar di Uganda. Ia terletak di utara Tasik

Victoria (lihat Uganda [peta]).

UMUM 
TASIK ALBERT

Tasik Albert, juga dikenal sebagai Albert

Nyanza, salah sebuah punca Sungai Nil. Tasik ini

terletak di antara Uganda dengan Zaire. Ia meliputi

kira-kira 4248 kilometer persegi. Panjangnya kira-kira

160 kilometer dan lebarnya kira-kira 32

kilometer. Air Tasik Albert datangnya dari Tasik

Edward di selatan melalui Sungai Semliki dan

mengalir keluar ke utara melalui Nil Albert. Tasik

Albert dinamakan sempena suami Ratu Victoria

dari Great Britain.

UMUM 
TASIK EDWARD

Tasik Edward ialah salah satu daripada punca

Sungai Nil. Ia terletak di lurah gelinciran bahagian

tengah Afrika di antara Uganda dengan Zaire.

Sebahagian besar tasik ini berada di wilayah Zaire.

Panjang Tasik Edward kira-kira 64 kilometer dan

lebarnya 51 kilometer dan meliputi keluasan 2150

kilometer persegi.

UMUM 
MOMBASA

Mombasa (pend. 442 369) ialah bandar kedua

terbesar di Kenya selepas Nairobi. Mombasa ialah

bandar pelabuhan yang sibuk di pantai timur Afrika

(lihat Kenya [peta]). Pelabuhan ini mengendalikan

hampir keseluruhan urusan perkapalan

antarabangsa Kenya, Uganda, Rwanda, Burundi,

dan timur Zaire yang terletak di pedalaman.

Bandar ini mempunyai kilang penapis minyak,

lapangan terbang antarabangsa, dan banyak

bahagian yang moden dengan bangunan kerajaan

yang besar dan mempunyai banyak hotel.

UMUM 
SHOEBILL

Shoebill ialah burung besar yang dipercayai oleh

banyak ahli sains berkaitan dengan burung botak.

Ia kadangkala dinamakan burung botak kepala

paus . Shoebill tinggal di paya di Afrika dari hulu

Sungai Nil hingga ke Uganda dan Congo. Burung

ini tingginya 1.2 meter. Ia berwarna kelabu abu dan

mendapat namanya daripada paruhnya yang besar.

Apabila diganggu, ia membuka dan menutup

paruhnya dengan cepat, mengeluarkan bunyi kuat

yang berdetar-detar.

UMUM 

Kembali ke atas