Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Uganda


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
land locked statenegara tanpa lautSains PolitikHubungan AntarabangsaNegara yang tidak mempunyai pantai atau pinggir laut. Antara negara yang bersifat demikian ialah Afghanistan, Austria, Bhutan, Bolivia, Botswana, Chad, Czechoslovakia, Hungary, Laos, Luxembourg, Nepal, Mali, Switzerland, Uganda, Zambia dan Zimbabwe. Semasa Konvensyen Undang-Undang Laut (1982), usaha telah dilakukan untuk memberikan beberapa hak maritim kepada negara tanpa pantai termasuklah yang berkaitan dengan sumber dasar laut. Hak maritim ini termaktub dalam doktrin warisan sejagat. Negara tanpa pantai biasanya mudah terdedah dengan teknik perang ekonomi yang dilancarkan oleh negara jiran yang mempunyai pantai disebabkan kedudukan geografinya. Keadaan ini disebabkan negara jiran berupaya mengawal atau menyekat sebarang barangan atau perkhidmatan yang melalui pelabuhannya daripada sampai ke negara tanpa pantai tersebut.
democratic despotismdemokrasi fahaman kuku besiSains PolitikPolitik PerbandinganSistem demokrasi yang dilaksanakan secara kejam oleh pihak pemerintah. Sistem ini berselindung di sebalik nama demokrasi yang menonjolkan dasar melindungi kepentingan rakyat namun pada hakikatnya ia bersifat pemerintahan mutlak, zalim dan tidak berperikemanusiaan. Dalam sistem ini, hak rakyat ditindas dan tidak dipedulikan. Sebarang penentangan atau kritikan terhadap pemerintah akan dihukum bunuh, penjara atau buang negara. Demokrasi ini sering dikaitkan dengan amalan politik negara bekas fahaman sosialis di Eropah Timur pada suatu ketika dahulu dan di negara Afrika. Contohnya, Uganda di bawah pentadbiran Idi Amin dianggap sebagai demokrasi fahaman kuku besi. Sinonim demokrasi kuku besi.
absolute powerkuasa mutlakSains PolitikPolitik PerbandinganSatu bentuk kuasa yang hanya dikuasai oleh seseorang, sekelompok atau organisasi tertentu tanpa sebarang kuasa menyemak, amalan pembahagian kuasa atau perkongsian kuasa. Pemerintahan ini dikuasai oleh seorang diktator, raja atau sebuah parti yang terpusat kuasanya. Segala keputusan politik ditentukan oleh pemerintah sama ada semasa menggubal, melaksanakan, mentafsir undang-undang dan menentukan dasar luar dan pentadbiran negara. Walau bagaimanapun, konsep kuasa mutlak harus dibezakan dengan konsep kuasa mutlak kerajaan. Kuasa mutlak kerajaan merujuk kepada kerajaan yang memiliki kuasa mutlak dalam menentukan keputusan yang terbaik untuk kebaikan negara. Contoh kuasa mutlak dapat diIihat semasa pemerintahan ldi Amin di Uganda pada dekad 1970-an yang bersifat diktator.

Kembali ke atas