Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Umayyah


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SAFWAN IBN UMAYYAH

Safwan ibn Umayyah ( ?– 36 H./?– 656 M. ) ialah

salah seorang daripada kalangan sahabat nabi. Nama

penuhnya Safwan ibn Umayyah ibn Khalaf

al-Jumhiy al-Qurashiy. Dia dari golongan ketua-ketua

dan pembesar-pembesar Quraisy yang dilembutkan

hati mereka oleh Allah untuk menerima Islam. Dia

memberi 100 ekor unta kepada Rasulullah s.a.w

dalam Perang Hunayn yang berlaku pada tahun

kelapan Hijrah. Rasulullah s.a.w. meminjam senjata

daripadanya pada hari Perang Hunayn yang pada

ketika itu dia belum lagi memeluk Islam. Safwan ibn

Umayyah terlibat dalam Perang Yarmuk di Syria pada

tahun ke-13 H. Dia meninggal dunia di Makkah.

UMUM 
BANI UMAYYAH

Bani Umayyah adalah keluarga pemerintah sistem khalifah Islam dari tahun 41-132H (661-750 M).

AGAMABangsa/Suku/Kaum
MU‘AWIYAH IBN YAZID

Mu‘awiyah ibn Yazid (41 H.–64 H./661 M.–684

M.), khalifah Bani Umayyah di Syam, cucu kepada

pengasas Kerajaan Bani Umayyah, iaitu Mu‘awiyah

ibn Abu Sufyan. Nama penuhnya Mu‘awiyah ibn

Yazid ibn Mu‘awiyah ibn Abu Sufyan juga dikenali

sebagai Mu‘awiyah al-Thani (Mu‘awiyah Kedua). Dia

dilantik sebagai khalifah selepas kematian bapanya

akan tetapi dia melepaskan jawatan tersebut

selepas 40 hari atau-kira-kira tiga bulan memegang

tampuk pemerintahan. Mu‘awiyah telah

menyerahkan urusan melantik khalifah yang baru

kepada kaum muslimin sendiri dan menyarankan

agar mereka melantik penggantinya yang tersebut

dalam bentuk syura atau kemuafakatan suara. Dia

telah mengasingkan diri di rumahnya dengan

beribadat kepada Allah S.W.T. sehinggalah dia

meninggal dunia ketika berusia 23 tahun. Oleh

sebab usianya yang masih muda, Mu‘awiyah tidak

sempat meninggalkan zuriat

UMUM 
MARWAN IBN AL-HAKAM

Marwan ibn al-Hakam (2 H.–65 H./623 M.–

685 M.), khalifah Bani Umayyah. Nama penuhnya

ialah Marwan ibn al-Hakam ibn Abu al-Ash ibn

Umayyah. Dia menjadi khalifah pertama yang

dilantik dalam kalangan Bani al-Hakam ibn Abi al-Ash.

UMUM 
MU‘AWIYAH IBN ABU SUFYAN

Mu‘awiyah ibn Abu Sufyan (20 S.H. – 60 S.H./

603 M.– 680 M.), pengasas Kerajaan Bani Umayyah

di Syam. Nama penuhnya ialah Mu‘ayah ibn Abu

Sufyan, Sakhar ibn Harb ibn Umayyah, al-

Qurashiy, dari Bani ‘Abd Shams ibn ‘Abd Manaf.

Dia lahir di Makkah dan memeluk Islam pada hari

Pembukaan Makkah. Mu‘awiyah terkenal dalam

bidang penulisan dan ilmu kira-kira, dan

sehubungan dengan itu Rasulullah pernah

melantiknya sebagai penulis Baginda.

UMUM 
HIND BINT ABU UMAYYAH UMUM 
MUSA IBN NUSAYR

Musa ibn Nusayr (19 H.– 97 H./640 M.– 715 M.),

ahli politik, penakluk berbangsa Arab pada zaman

pemerintahan kerajaan Umayyah. Nama penuhnya

ialah Musa ibn Nusayr ibn Abdul Rahman ibn Zayd.

Gelarannya ialah Abu Abdul Rahman Pembuka

Andalus dan juga al-Lakhamiy. Dikatakan juga

gelarannya ialah al-Umawiy kerana kesetiaannya

kepada Bani Umayyah. Berasal dari Wadi al-Qura,

Hijaz. Bapanya Nusayr adalah salah seorang

pengawal peribadi Mu’awiyah. Musa telah dididik

dengan cara hidup yang lasak dan kental. Dia telah

menerima pelbagai tugas semenjak usia mudanya

lagi dan dapat melaksanakannya dengan jaya.

UMUM 
AKHTAL, AL-

Akhtal, al- (19 H.–92 H./ 640 M.–710 M.), penyair

pada zaman ‘Umayyah dan seorang daripada tiga

orang pejuang syair berbentuk celaan selain Jarir

dan al-Farazdak.

UMUM 
MARWAN IBN MUHAMMAD

Marwan ibn Muhammad (72 H.–132 H./

692 M.–750 M.), khalifah Bani Umayyah yang

terakhir. Nama penuhnya ialah Marwan ibn

Muhammad ibn Marwan ibn al-Hakam al-Umawiy.

UMUM 
MUHAMMAD IBN ‘ABD AL-RAHMAN

Muhammad ibn ‘Abd al-Rahman

(207 H.–273 H.), salah seorang pemerintah kerajaan

Umayyah di Andalus. Nama penuhnya ialah

Muhammad ibn ‘Abd al-Rahman ibn al-Hakam ibn

Hashim al-Umawiy. Muhammad ibn ‘Abd al-Rahman

lahir di Cordova dan meninggal dunia di sana juga.

Pada tahun 238 H./802 M., Muhammad mengambil

alih pemerintahan selepas kematian bapanya. Dia

suka berbuat baik kepada rakyat jelata, cerdik, adil

dan amat dikasihi oleh penduduk negara-negara

merdeka pada zamannya sehinggakan musuhnya

Bani Midrar Basjalmasah dan Muhammad ibn Aflah

sering mengadakan perundingan dengannya. Dia

banyak melakukan serangan ke atas negara

Perancis. Muhammad ibn ‘Abd al-Rahman dianggap

sebagai seorang ahli balaghah dan sastera.

UMUM 
123

Kembali ke atas