Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Underwrite


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah maksud 'diunderait'?Dalam pangkalan data istilah DBP, "underait" ialah padanan bahasa Melayu untuk perkataan bahasa Inggeris "underwrite". Padanan bahasa Melayu untuk "underwrite" ialah taja jamin. Dalam bidang Pentadbiran Perniagaan, maksud taja jamin ialah sistem yang menunjukkan bank pelaburan menerima terbitan baru yang diterbitkan oleh sesebuah syarikat untuk dijual kepada pelabur awam dengan menanggung risiko untuk menyerap mana-mana isu yang tidak dilanggani.Istilah26.11.2015
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bertanya apakah istilah bahasa Melayu yang betul untuk "banca", "bancassurance" dan "bancatakaful" (penjualan/pengedaran produk insurans/takaful oleh institusi perbankan)? Saya juga ingin bertanya adakah memang terdapat istilah bahasa Melayu "underait"? Saya ada menjumpai penggunaan istilah ini dalam dokumen-dokumen Bank Negara Malaysia. Saya juga pernah menjumpai istilah ini dalam carian di Khidmat Nasihat PRPM, tetapi carian "underait" tidak dapat dijumpai lagi sekarang. Terima kasih.Wassalam,

Untuk maklumat tuan/puan, masih belum terdapat istilah bahasa Melayu untuk perkataan "banca".
Untuk istilah "underwrite", dalam bahasa Melayu ditulis "underait".
Penyemakan dan penterjemahan22.07.2019

Kembali ke atas