Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Uninstall


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah panggilan "Uninstall" dalam bahasa Melayu? Uninstall adalah berasal dari perkataan install tetapi ini adalah untuk membuka aplikasi yang telah dipasang (Install). Panggilan bagi uninstall tidak terdapat dalam DBP. Apakah panggilan "Snooze" dalam bahase Melayu? snooze ialah tetapan penggera pada telefon bimbit. Akan berbunyi dalam waktu yang ditetapkan berulang kali. Terima kasih.Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk uninstall dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, berdasarkan penerangan yang diberikan, istilah yang kami cadangkan ialah nyahpasang. Istilah snooze akan kami kemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk mendapatkan padanan bahasa Melayu yang sesuai.Istilah20.01.2012
Saya ingin bertanya apakah maksud "Root" untuk istilah IT. Contoh ayatnya dalam bahasa Inggeris adalah seperti berikut: "Root permission is required to uninstall applications in the phone device." Terima kasih.Dalam data rujukan kami, istilah bahasa Melayu bagi "root" ialah akar seperti penggunaan istilah "root directory" dipadankan sebagai "direktori akar". Selain itu, terdapat istilah "root server" yang dipadankan sebagai  "pelayan punca" dalam bahasa Melayu yang digunakan dalam bidang sistem maklumat.Istilah09.11.2013

Kembali ke atas