Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n United Kingdom. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata United Kingdom


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ANGGOTA BANGSAWAN UNITED KINGDOM

Anggota Bangsawan United Kingdom ialah

lelaki atau wanita yang mempunyai taraf

bangsawan, seperti taraf earl atau baron. Taraf

bangsawan tersebut memberikan pemiliknya hak

untuk dikenali sebagai “Lord” atau “Lady” dan bukan

“Mr.” atau “Mrs.”, gelaran yang digunakan oleh

rakyat biasa .

UMUM 
SMITH

Smith ialah nama keluarga dua bersaudara

Australia yang membuat penerbangan pertama

antara United Kingdom (UK) dengan Australia. Pada

tahun 1919, kerajaan persekutuan Australia

menawarkan hadiah kepada rakyat Australia yang

berjaya terbang dari United Kingdom ke Australia

dalam 30 hari. Kedua-dua bersaudara itu, bersamasama

James Bennett dan Wallace Shiers,

menerbangkan pesawat pengebom Vimy Vickers

dari United Kingdom ke Australia dalam masa 28

hari. Hanya mereka berdua berjaya melengkapkan

penerbangan dalam masa yang ditetapkan. Keduadua

bersaudara itu dikurniakan darjah kesateria

kerana kejayaan mereka.

UMUM 
ENGLAND

England ialah bahagian politik terbesar daripada

empat wilayah yang membentuk United Kingdom

of Great Britain dan Ireland Utara. Tiga buah

bahagian politik United Kingdom, yang biasanya

dikenali sebagai Great Britain ataupun Britain

sahaja, ialah Ireland Utara, Scotland dan Wales.

UMUM 
SISTEM BENUA

Sistem benua, merupakan usaha menahan

perdagangan United Kingdom dengan Negara-negara

Eropah yang lain pada awal tahun 1800-an.

Napoleon I Perancis menerimanya sebagai cara

perang ekonomi menentang United Kingdom.

Napoleon memulakan sistem ini melalui Dekri

Berlin pada 21 November 1806 yang

mengisytiharkan United Kingdom sebagai sebuah

negara yang dikenakan sekatan. Sekatan ini

diperluaskan melalui Dekri Milan 1807 kepada

kapal berkecuali yang berlabuh di United

Kingdom. Napoleon bertempur dalam Perang

Semenanjung dalam usaha sia-sianya

menguatkuasakan sistem itu. Namun tindakannya

itu membuktikan faktor utama yang menyebabkan

Rusia kehilangan sekutunya. Lihat Napoleon I

(Kejatuhan kuasanya).

UMUM 
ROYAL HOUSEHOLD OF THE UNITED KINGDOM

Royal Household of the United Kingdom

termasuk pegawai yang melaksanakan urusan

peribadi raja dan mengawasi semua cabang

kehidupan istana.

UMUMUmum
PENGAJIAN MELAYU DI UNITED KINGDOM

PENGAJIAN Melayu DI UNITED KINGDOM, pusat pengajian bahasa Melayu.  Kerajaan Inggeris, para pedagang Inggeris dan rajanya selama beberapa abad sudah mempunyai hubungan yang erat dengan dunia Melayu dan raja-rajanya.  Salah satu tanda nyata yang terkemuka daripada sifat hubungan itu ialah warkah daripada Sultan Aceh, Iskandar Muda Mahkota Alam kepada King James I yang ditulis pada tahun 1615.  Warkah-warkah dari Semenanjung Tanah Melayu yang tersimpan di England menunjukkan bahawa hubungan antara orang Melayu dengan orang Inggeris pada abad ke-18 lebih erat lagi.

BAHASAInstitusi/Organisasi
MAJOR, JOHN

Major, John (1943– ), menjadi perdana

menteri United Kingdom pada tahun 1990. Dia

memegang jawatan tersebut selepas anggota Parti

Konservatif di Parlimen memilihnya sebagai

pemimpin parti. Dia menggantikan Margaret

Thatcher sebagai perdana menteri dan juga

pemimpin parti tersebut. Major menjadi perdana

menteri United Kingdom yang termuda sejak

tahun 1894, iaitu ketika berumur 47 tahun. Di

bawah pimpinannya, United Kingdom memainkan

peranan yang penting dalam Perang Teluk Parsi

tahun 1991 (lihat Perang Teluk Parsi ).

UMUM 
KERABAT DIRAJA UNITED KINGDOM UMUM 
KERAJAAN SENDIRI DI UNITED KINGDOM (UK) UMUM 
PERSIDANGAN POTSDAM

Persidangan Potsdam ialah perjumpaan

terakhir di kalangan pemimpin Kesatuan Soviet,

United Kingdom dan Amerika Syarikat semasa

Perang Dunia II (1939–1945). Persidangan tersebut

diadakan di Potsdam, berhampiran Berlin, Jerman. Ia

bermula pada 17 Julai 1945, kira-kira dua bulan

selepas kekalahan pihak Jerman dalam peperangan

tersebut. Turut hadir di majlis pembukaan itu ialah

Presiden Amerika Syarikat, Harry S. Truman, Perdana

Menteri Britain, Winston Churchill, dan Perdana

Menteri Kesatuan Soviet, Joseph Stalin. Clement

Attlee menggantikan Winston Churchill sebagai

perdana menteri pada 26 Julai 1945, dan mewakili

United Kingdom dalam persidangan seterusnya yang

berakhir pada 2 Ogos 1945.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas