Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Vietnam


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERANG VIETNAM

Perang Vietnam ialah konflik besar yang

berlaku di Asia Tenggara. Perang itu bermula

daripada perang saudara untuk menentukan

kerajaan Vietnam. Ia akhirnya menjadi konflik

antarabangsa yang besar, melibatkan Amerika

Syarikat dalam peperangan yang paling lama

pernah disertai oleh rakyat Amerika. Ia bermula

pada tahun 1957 dan berakhir pada tahun 1975.

Vietnam , sebuah negara kecil di Asia Tenggara,

telah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu

Vietnam Utara yang diperintah oleh kerajaan

komunis dan Vietnam Selatan yang diperintah

oleh kerajaan bukan komunis. Vietnam Utara dan

pemberontak Vietnam Selatan yang dilatih oleh

pihak komunis bertempur bersama-sama untuk

menguasai Vietnam Selatan. Tentera Amerika

Syarikat dan Vietnam Selatan cuba menghalang

mereka tetapi gagal.

UMUM 
VIETNAMSalah sebuah negara di Asia Tenggara.GEOGRAFI DAN GEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
NGUYEN VAN THIEU

Nguyen Van Thieu (1923–2001), menjadi

presiden Vietnam Selatan pada tahun 1967, semasa

Perang Vietnam. Pada bulan April 1975 – di bawah

tekanan kuat penentang politik bukan Komunis –

Thieu meletakkan jawatan dalam percubaan untuk

menggalakkan perbincangan gencatan senjata

antara Komunis dengan kerajaan Vietnam Selatan.

Tetapi Perang Vietnam berakhir kira-kira seminggu

kemudian dengan pihak Komunis mengambil alih

Vietnam Selatan.

UMUM 
PERSETIAAN GENEVA

Persetiaan Geneva ialah suatu siri daripada

empat perjanjian antarabangsa yang ditandatangani

pada 20 dan 21 Julai 1954. Perjanjian ini menamatkan

peperangan lebih daripada 7 tahun di bekas tanah

jajahan Perancis, di Indochina. Dalam peperangan

tersebut, kuasa tentera Kemboja, Perancis, Laos, dan

negara Vietnam telah memerangi pasukan tentera

Vietminh. Vietminh ialah gerakan nasionalis yang

dikuasai oleh komunis dan dipimpin oleh Ho Chi

Minh, pemerintah Republik Demokrasi Vietnam.

Kerajaan Vietnam berpusat di Selatan Vietnam.

Kerajaan Republik Demokrasi Vietnam berpangkalan

di Utara Vietnam.

UMUM 
NGO DINH DIEM

Ngo Dinh Diem (1901–1963), presiden Vietnam

Selatan yang pertama. Dia berkhidmat sejak tahun

1955 sehingga sekumpulan pegawai tentera

merampas kuasa kerajaan dan membunuhnya pada

tahun 1963.

UMUM 
PERTEMPURAN DIEN BIEN PHU

Pertempuran Dien Bien Phu, berlaku antara

komunis Vietnam, juga dikenali sebagai Vietminh ,

dengan Perancis pada tahun 1954. Ini merupakan

pertempuran muktamad dalam Perang Indochina

(1946–1954). Perancis tewas, dan melepaskan tanah

jajahannya di Indochina.

UMUM 
KEMBOJA

Kemboja ialah negara di Asia Tenggara yang

bersempadan dengan Thailand, Laos, dan Vietnam.

Negara ini juga dikenali sebagai Kampuchea. Nama

ini ialah satu variasi ejaan Kemboja. Pada tahun 1989,

kerajaan negara ini mengisytiharkan bahawa nama

itu ditukar daripada Kampuchea kepada Cambodia.

UMUM 
DA NANG

Da Nang (pend. 492 194) merupakan salah sebuah

bandar yang terbesar di Vietnam. Da Nang juga

dikenali sebagai Tourane.

UMUM 
AGEN OREN

Agen Oren (Agent Orange) ialah nama kod tentera

bagi racun rumpai yang digunakan oleh Amerika

Syarikat semasa Perang Vietnam.

UMUM 
PERSIDANGAN AFRO-ASIA

PERSIDANGAN AFRO-ASIA, persidangan pertama negara-negara Asia dan Afrika.  Persidangan ini diadakan di Bandung, Indonesia pada 18 hingga 24 April 1955.  Sebanyak 29 buah negara Asia dan Afrika mewakili persidangan ini, Asia diwakili oleh Afghanistan, Arab Saudi, Burma, Kemboja, Ceylon, China, India, Indonesia, Iran, Jepun, Jordan, Laos, Lebanon, Nepal, Pakistan, Filipina, Syria, Thailand, Turki, Vietnam Utara, Vietnam Selatan dan Yaman.  Negara-negara Afrika yang hadir ialah Ethiopia, Gold Coast, Liberia, Libya, Mesir dan Sudan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa
123

Kembali ke atas