Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Vietnam


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
VietkongVietkongSains PolitikPolitik PerbandinganGerakan komunis dari Vietnam Utara yang dibentuk pada tahun 1960. Gerakan ini bertujuan untuk menentang Vietnam Selatan dan tentera Amerika Syarikat bagi membentuk Komunis Vietnam pada zaman perang Vietnam tahun 1954-1975. Gelaran Vietkong diberi oleh penduduk Vietnam Selatan kepada gerakan komunis ini.
hat cai luonghat cai luongMuzikTiada

 Teater popular di Vietnam yang menggunakan dialek Vietnam pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Teater ini merupakan bentuk sinkretik kerana menggabungkan cerita, muzik serta alat muzik dari Vietnam dan China. Ceritanya mengutamakan kisah kehidupan seharian di Vietnam. Ensembel muzik merangkumi alat tali seperti dan kim, dan gao serta dan co. Kadangkala menggunakan alat muzik Barat seperti saksofon dan trompet. Teater popular seperti hat cai luong juga terdapat di negara lain dengan nama yang berbeza, iaitu zarzuela di Filipina, bangsawan di Malaysia dan stambul di Jawa.

dan doc huyen (Viet)dan doc huyenKesenianTiadaAlat tali yang dipetik berasal dari Vietnam.
agent orangeagen jinggaKejuruteraanTiadaHerbisid yang digunakan sebagai bahan untuk meluruhkan daun semasa peperangan di Vietnam.
protes rockrock protesMuzikTiada

 Muzik rock tahun 1960-an yang wujud akibat daripada bantahan peperangan Vietnam dan hak sivil orang kulit hitam. Contoh penyanyi muzik ini ialah Bob Dylan, Joan Baez dan Peter Paul and Mary.

plant introductionpengenalan tanamanPertanianAgronomi

Penanaman tumbuhan atau tanaman baru yang dibawa masuk dari luar negara. Contohnya, buah naga (Hylocereus polyrhizus) dibawa masuk dari Vietnam, dan pokok jarak (Jatropha curcas) berasal dari Mexico.

dieudieuMuzikTiada

 Sistem mod melodi dalam muzik Vietnam. Sistem mod ini sama dengan sistem tiao di China, cho di Jepun dan jo di Korea. Lihat juga cho, jo, tiao.

chochoMuzikTiada

 Sistem mod melodi dalam muzik Jepun. Sistem ini sama dengan sistem mod tiao di China, dieu di Vietnam dan jo di Korea. Contohnya, mod ritsu sama dengan mod chih tiao di China, chuy dieu di Vietnam, dan pyong-jo di Korea dari segi jeda pic.

Asian-African ConferencePersidangan Asia AfrikaSains PolitikHubungan AntarabangsaPersidangan yang pertama kali diadakan di Bandung pada tahun 1955 dan dihadiri oleh para pemimpin 29 buah negara Asia dan Afrika. Negara yang terlibat ialah Indonesia, Burma (Myanmar), Ceylon (Sri Lanka), India, Pakistan, Afghanistan, Kemboja, Jepun, Ethiopia, Filipina, Goldcoast (Ghana), Iran, Iraq, Jordan, Laos, Lubnan, Liberia, Libya, Mesir, Thailand, Nepal, China, Arab Saudi, Sudan, Syria, Turki, Vietnam Selatan dan Vietnam Utara. Persidangan ini diadakan untuk membincangkan masalah negara Asia dan Afrika serta mencari jalan penyelesaiannya. Persidangan ini telah mencapai kata sepakat untuk menjalinkan kerjasama dalam bidang ekonomi, kebudayaan dan politik. Persidangan tersebut telah menetapkan lima resolusi, iaitu saling menghormati integriti dan kedaulatan setiap wilayah, mengambil sikap tidak menceroboh, tidak campur tangan dalam urusan dalaman negeri lain, kesamaan dan saling mendapat faedah, dan hidup secara aman dan bebas. Persidangan ini menjadi titik tolak kepada kebangkitan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM).
proxyproksiSains PolitikPolitik PerbandinganIndividu, kelompok atau negara yang melaksanakan tugas bagi pihak lain. Proksi bertindak sebagai topeng terhadap penglibatan langsung pihak sebenar untuk mengaburi mata orang ramai seolah-olah pihak tersebut tidak terlibat dengan sesuatu perkara yang menimbulkan kontroversi. Contohnya, Amerika Syarikat dan Soviet Union sering terlibat dalam perang proksi semasa era perang dingin seperti yang berlaku dalam perang Vietnam apabila Amerika Syarikat membantu Vietnam Selatan manakala Soviet Union membantu Vietnam Utara.
1234

Kembali ke atas