Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata WP


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
(1) WP Labuan atau W.P Labuan atau W.P. Labuan ? (2) Mengapakah Internet dieja dengan huruf besar? Kata nama khas atau akronim? (3) pertandingan karaoke atau pertandingan nyanyian karaoke?1. Penggunaan yang betul ialah WP Labuan
2. Ditulis dengan huruf besar kerana merupakan nama khas.
3. Penggunaan yang betul ialah Pertandingan Nyanyian
Tatabahasa01.10.2019
Jika panggilan hormat untuk ketua tentera ialah Yang Amat Mulia, apakah panggilan hormat untuk Ketua Polis Negara. Adakah Yang Amat Berbahagia atau Yang Amat Setia?Untuk makluman, DBP tidak mempunyai data berkenaan hal tersebut. Mohon rujuk laman web ini wp-content/uploads/2.pdf">(http://www.mosti.gov.my/wp-content/uploads/2.pdf) untuk lebih jelas.Lain-lain27.10.2015
Apakah perbezaan antara istilah berikut: - disebarluaskan; dan - dilebarluaskan? Apakah istilah yang paling sesuai bagi ayat berikut sama ada 'disebarluaskan' atau 'dilebarluaskan': " Berbanding DPN 2006, Kajian DPN2 telah disebarluaskan ke Negeri Sabah dan WP Labuan. " Terima kasih.Perkataan yang tepat ialah disebarluaskan. Kata dasarnya ialah sebar luas yang bermaksud me­nye­barkan sesuatu secara meluas; menyebarkan sesuatu dengan berbagai-bagai cara sehingga diketahui di serata tempat.Makna24.05.2016
Assalamualaikum. Situasi : terdapat auditorium bernama Auditorium Perdana akan diberi nama baru dengan nama tokoh. Apakah perkataan yg sesuai, 'Majlis Penjenamaan Semula' atau 'Majlis Penamaan Semula'. Atau mungkin ada cadangan perkataan lain yg lebih molek dari pihak DBP. Terima kasih."Majlis Penjenamaan Semula" sesuai digunakan. Sila betulkan teks (WP KUALA LUMPUR) dan masukkan tarikh majlis tersebut.  Tatabahasa30.09.2021

Kembali ke atas