Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Yaman


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
YAMANNegara di Timur Tengah.GEOGRAFI DAN GEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
SANA

Sana (pend. 427 185) ialah ibu negara dan bandar

terbesar di Yaman. Letaknya di bahagian barat

negara itu di sebuah daerah gunung-ganang yang

subur. Untuk lokasi Sana, lihat peta dalam rencana

Yaman. Bandar ini merupakan pusat ekonomi,

politik, keagamaan, dan pendidikan di Yaman.

UMUM 
‘ALI ‘ABDULLAH, SALIH

`Ali `Abdullah, Salih (1363 H.– /1942 M. – )

ialah Presiden Republik Arab Yaman. Dia lahir di

Kampung Bait al-Ahmar, daerah Sanjan di San’a,

Yaman.

UMUM 
ADEN

Aden (pend. 318 000), bandar kedua terbesar di

Yaman selepas Sanaa. Aden terletak di sebuah

semenanjung kecil yang menganjur ke Teluk Aden.

Aden terkenal sebagai pelabuhan dan pusat

perdagangan semenjak zaman purba.

UMUM 
SALAHUDDIN AL-AYYUBIPengasas Empayar Ayyubiyyah yang memerintah Mesir, Syria, palestin, Utara Mesopotamia dan Yaman sekitar penghujung abad ke 6 H./12 M.AGAMATokoh
RIYAL

Riyal ialah nama mata wang utama di Arab Saudi,

Iran, Oman, Qatar dan Yaman.

UMUM 
SAN'ANIY, ABU BAKAR AL-

San’aniy, Abu Bakar al- (126–211 H. /744–827

M.), penghafaz hadith yang dihormati dan ulama

Yaman yang menerima hadith daripada Mu‘ammar,

Ibn Jurayj, al-Thawriy. Nama penuhnya ialah Abu

Bakar ‘Abd al-Razak ibn Hammam ibn Nafi‘ al-

Hamyari, al-San‘aniy. Imam Ahmad, Ibn Mu‘in, Ishaq

ibn Rahawayh, Ibn al-Madini dan para ulama lain

banyak mengambil hadith daripadanya. Dia seorang

imam dalam ilmu hadith dan seorang hafiz yang

berautoriti dalam bidang ini. Al-San‘aniy

meninggalkan buku-buku ilmiahnya, antaranya ialah

kitab al-Musannaf dan Tafsir al-Qur’an dan kedua-

duanya telah dicetak.

UMUM 
SEMENANJUNG TANAH ARAB

Semenanjung Tanah Arab, gurun yang

gersang yang terletak di barat daya Asia.

Sebahagian besar daripada gurun ini ialah negara

Arab Saudi dan bahagian lain terdiri daripada

negara Yaman, Oman, Emiriah Arab Bersatu, Qatar

dan Kuwait serta sebuah pulau yang dikenali

sebagai Bahrain yang terletak berhampiran dengan

pantai timur semenanjung ini. Semenanjung Tanah

Arab amat luas dan sebahagian besarnya diliputi

oleh tanah gersang yang sesetengah tempatnya

amat jarang menerima hujan. Suhu di bahagian

tengah semenanjung ini mencapai 54 ° C pada

musim panas. Walau bagaimanapun, Semenanjung

Tanah Arab merupakan satu kawasan ekonomi

terpenting kerana ia mengandungi sumber minyak

yang terbesar di dunia.

UMUM 
SHURAYH AL-KINDIY

Shurayh al-Kindiy (? – 78 H./? – 697 M.) ialah kadi

yang terkenal. Nama penuhnya ialah Shurayh ibn

al-Harith ibn Qays ibn al-Jahmiy al-Kindiy al-Kufiy.

Dia berasal dari daerah Mukhdaram di Yaman.

Sebahagian penulis menganggapnya daripada

kalangan para sahabat Rasulullah s.a.w. juga seorang

penyair. Dia dianggap sebagai perawi hadith yang

thiqah atau boleh dipercayai ketepatan riwayatnya.

Dia meriwayatkan hadith daripada ‘Umar, ‘Ali, Ibn

Mas‘ud, ‘Abd al-Rahman ibn Abi Bakar dan lain-lain

lagi. Mereka yang meriwayatkan hadith daripadanya

ialah Abu Wa’il Shaqiq ibn Salamah, ‘Amir al-Sha‘biy,

Qays ibn Abi Hazim, Muhammad ibn Sirin, Mujahid

ibn Jabir, Ibrahim al-Nakha‘iy dan lain-lain.

UMUM 
KERAJAAN SABA'

Kerajaan Saba’ ialah sebahagian daripada kerajaan Arab sebelum Islam. Ia terletak di selatan Semenanjung Arab dan terbentuk daripada kerajaan yang berasal dari kawasan Yaman.

AGAMAKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan
123

Kembali ke atas