Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : gelaran utk Ketua Negara Malaysia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : gelaran utk Ketua Negara Malaysia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ketua negara Malaysia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Yang di-Pertuan Agong


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
royal assentperkenaan dirajaUndang-undangTiadaPersetujuan yang diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Raja atau Yang Dipertua Negeri.
ParliamentParlimenUndang-undangTiada1. Badan perundangan yang terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat. 2. Pertemuan yang diadakan lima tahun sekali, setiap selepas pilihan raya baru.
during the pleasureselama diperkenankanUndang-undangTiadaSelama yang dipersetujui oleh Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja melayu atau Yang Dipertua Negeri.
Auditor GeneralJuruaudit NegaraPentadbiranPentadbiran Awam

Jawatan yang dipertanggungjawabkan untuk mentadbir, menguruskan hal-ehwal kewangan negara dan memeriksa semua kira-kira wang kerajaan. Jawatan ini dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja. Pemeriksaan akaun negara dijalankan untuk menentukan sama ada perbelanjaan wang kerajaan dibuat secara cermat dan teliti berdasarkan undang-undang negara. Juruaudit Negara perlu melaporkan satu penyata khas kewangan kepada Yang di-Pertuan Agong yang mengandungi segala teguran dan pandangan tentang akaun wang dan stor kerajaan. Penyata ini akan dibentangkan di Dewan Rakyat. Segala keterangan dan maklumat yang diperolehi oleh Juruaudit Negara yang berkaitan dengan tindakannya akan disimpan sebagai rahsia.

legislative bodybadan perundanganPentadbiranPentadbiran Awam

Institusi yang bertanggungjawab untuk membahas, menggubal atau meminda perlembagaan dan undang-undang negara; membincang dan meluluskan belanjawan negara; meluluskan cukai baru; membahaskan dasar dan berbagai keputusan penting yang melibatkan negara. Badan ini terdiri daripada tiga komponen utama iaitu Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Penggubalan rang undang-undang akan melalui Dewan Rakyat, Dewan Negara yang kemudiannya diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong. Badan ini dianggotai oleh wakil rakyat atau ahli parlimen. Institusi ini merupakan salah sebuah dari tiga institusi pemerintahan di samping eksekutif dan kehakiman.

Council of MinistersJemaah MenteriPentadbiranPentadbiran Awam

Badan pemerintahan, pembuat dasar tertinggi negara dan yang paling berkuasa untuk memberi arahan kepada jentera kerajaan di peringkat persekutuan dalam melaksanakan kuasa eksekutif yang dipegang oleh Yang di-Pertuan Agong. Badan ini diketuai oleh Perdana Menteri dan anggotanya terdiri daripada Menteri-Menteri Kabinet. Jemaah menteri dilantik daripada anggota Majlis Parlimen.

cabinet ministermenteri kabinetPentadbiranPentadbiran Awam

Individu yang dilantik dari kalangan ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara bagi menganggotai badan pemerintahan di peringkat persekutuan dan mengetuai sesebuah kementerian. Menteri ini dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. Beliau bertanggungjawab terhadap perjalanan dan pelaksanaan dasar-dasar kementeriannya. Pada masa yang sama, menteri kabinet turut mengambil bahagian dalam penggubalan dasar-dasar kerajaan. Kebanyakan menteri mempunyai portfolio tertentu tetapi terdapat juga menteri yang tidak mempunyai portfolio khusus seperti Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Anggota jemaah menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri membentuk kabinet di peringkat persekutuan.

code of conducttatakelakuanPentadbiranPentadbiran Awam

Sikap, tingkah laku, gelagat individu atau kumpulan individu yang dinyatakan dan termaktub dalam peraturan perkhidmatan awam. Semua anggota perkhidmatan awam diwajibkan mematuhi tatakelakuan sepanjang tempoh perkhidmatannya sepertimana yang diperuntukkan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Tatakelakuan ini merangkumi beberapa aspek penting dalam kehidupan seperti memberikan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong, negara dan kerajaan, pakaian, pemunyaan harta, peminjaman wang, penglibatan dalam politik, kehadiran ke pejabat, pelaksanaan tugas, rasuah dan lain-lain lagi. Pelanggaran tatakelakuan ini menyebabkan kakitangan perkhidmatan awam boleh dikenakan tindakan dan hukuman.

judicial powerkuasa kehakimanSains PolitikPolitik PerbandinganBidang kuasa yang dimiliki oleh bidang kehakiman yang setara dengan bidang kuasa badan legislatif dan eksekutif. Ia memiliki kuasa mengadili dan mentafsir undang-undang yang perlu dihormati. Kuasa kehakiman ini menjadi sumber rujukan sekiranya berlaku konflik dalam persaingan kuasa antara pihak bertentangan seperti antara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat atau pihak legislatif dengan eksekutif. Kuasa kehakiman ini bebas daripada sebarang pengaruh luar. Hanya ketua negara atau Yang di-Pertuan Agong (di Malaysia) dibenarkan meminda keputusan yang telah dibuat oleh badan kehakiman ini dengan syarat-syarat tertentu.
supremeterutamaSains PolitikPolitik PerbandinganKedudukan tertinggi dalam sesuatu hierarki sama ada dalam bentuk pangkat, gelaran dan darjah kualiti. Kedudukan tertinggi membawa autoriti yang paling berkuasa dan mendapat penghormatan dari orang bawahan. Kedudukan ini meletakkan individu, badan atau organisasi sebagai yang terunggul dan tidak ada individu atau badan lain yang dapat mengatasinya. Sebagai contoh, Yang di-Pertuan Agong memiliki kedudukan yang tertinggi dalam sistem pemerintahan dan perundangan di Malaysia. Sinonim badan tertinggi/tertinggi.
12

Kembali ke atas