Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Zambia


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ZAMBIA

Zambia ialah negara di selatan tengah Afrika.

Negara ini ialah salah satu pengeluar tembaga

yang terbesar di dunia. Zambia mengeksport

tembaga ke banyak bahagian dunia dan

memperoleh pendapatan yang banyak daripada

eksportnya itu.

UMUM 
KAUNDA, KENNETH DAVID

Kaunda, Kenneth David (1924– ), presiden

Zambia dari tahun 1964 hingga tahun 1991. Pada

tahun 1964, dia mengetuai gerakan yang akhirnya

membawa kepada kemerdekaan Zambia daripada

United Kingdom. Dia kemudiannya dipilih sebagai

presiden.

UMUM 
TASIK BANGWEULU

Tasik Bangweulu ialah sebuah lekukan cetek

kira-kira 80 kilometer panjang dan 48 kilometer

lebarnya, di bahagian utara Zambia (Rhodesia

Utara). Untuk lokasinya, lihat Zambia (peta).

UMUM 
SUNGAI ZAMBEZI

Sungai Zambezi ialah sungai yang keempat

terpanjang di Afrika selepas Sungai Nil, Sungai

Congo, dan Sungai Niger. Sungai Zambezi

berpunca di Zambia, berhampiran sempadan Zaire

dengan Angola. Sungai tersebut mengikut aliran

yang berliku-liku sejauh 2736 kilometer,

memisahkan Zambia daripada Zimbabwe dan

merentasi Mozambique dan mengalir masuk ke

Terusan Mozambique [lihat Afrika (peta)]. Sungai

Zambezi mempunyai banyak cabang dan

menyalirkan kawasan lebih daripada 1 300 000

kilometer persegi.

UMUM 
AIR TERJUN VICTORIA

Air Terjun Victoria ialah air terjun yang

ditemui oleh penjelajah Inggeris, David

Livingstone di selatan Afrika pada tahun 1855.

David Livingstone menamakan air terjun itu

sebagai penghormatan kepada Ratu Victoria. Air

Terjun Victoria terletak di antara Zambia dengan

Zimbabwe, kira-kira di pertengahan di antara muara

dengan hulu Sungai Zambezi.

UMUM 
TASIK TANGANYIKA

Tasik Tanganyika, di timur tengah Afrika,

merupakan tasik air tawar terpanjang di dunia dan

yang kedua paling dalam. Hanya Tasik Baikal, di

Rusia, yang lebih dalam. Tasik ini disempadani oleh

Burundi dan Tanzania di sebelah timur dan oleh

Zaire dan Zambia di sebelah barat. Panjangnya Tasik

Tanganyika ialah 680 kilometer dan, di tempat yang

paling dalam ialah 1435 meter.

UMUM 

Kembali ke atas