Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Zimbabwe


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MUGABE, ROBERT GABRIEL

Mugabe, Robert Gabriel (1924– ), menjadi

ketua kerajaan Zimbabwe (dahulunya Rhodesia)

pada tahun 1980. Dia mengetuai parti politik

terbesar di negara tersebut iaitu Barisan Kesatuan

Patriot Kebangsaan Afrika, Zimbabwe (Zimbabwe

African National Union-Patriotic Front (ZANU–PF)).

Pada akhir tahun 1970-an, Mugabe membantu dan

memimpin puak nasionalis kulit hitam berjuang

untuk menamatkan

pemerintahan minoriti

orang kulit putih. Hampir

keseluruhan penduduk

Zimbabwe adalah orang

kulit hitam, tetapi orang

kulit putih menguasai

kerajaan dari tahun 1890

hingga tahun 1979. Lihat

Zimbabwe (Sejarah).

UMUM 
ZIMBABWE

Zimbabwe, sebelum ini dikenali sebagai

Rhodesia, ialah negara yang dikelilingi tanah

daratan di selatan benua Afrika. Penara yang

tinggi merupakan ciri sebahagian besar negara

ini. Zimbabwe terletak di kawasan tropika, tetapi

mempunyai iklim yang nyaman disebabkan

ketinggiannya di atas aras laut.

UMUM 
MZILIKAZI

Mzilikazi (c. 1795–1868) ialah pengasas negara

Ndebele, yang kini dikenali sebagai Zimbabwe.

Dia ialah ketua puak Khumala yang tinggal

berdekatan hulu Sungai Mkuze di Zululand pada

awal tahun 1800-an. Ndebele mengasaskan

empayar yang kuat dengan menghancurkan dan

menyerapkan kebanyakan puak Sotho dan

kemudiannya puak Tswana. Mzilikazi telah

mengetuai pengikutnya menyeberangi Limpopo

dan ke bukit Matopo, di Zimbabwe, tempat

mereka membina perkampungan tetap di situ.

UMUM 
SMITH, IAN DOUGLAS

Smith, Ian Douglas (1919– ), menjadi Perdana

Menteri Rhodesia-yang kini dikenali sebagai

Zimbabwe – dari tahun 1964 hingga tahun 1978.

Setelah menjadi perdana menteri, Smith memohon

kemerdekaan Rhodesia daripada United Kingdom

(UK) di bawah perlembagaan yang membenarkan

segelintir minoriti kulit putih untuk terus

memerintah kaum kulit hitam dalam jangka masa

yang tidak pasti. Pihak United Kingdom tidak

bersetuju dan pada 11 November 1965, Smith

mengisytiharkan kemerdekaan Rhodesia tanpa

restu United Kingdom.

UMUM 
PROVINSI UTARA

Provinsi Utara ialah provinsi yang paling utara

di Afrika Selatan. Ia berkongsi sempadan negeri

dengan Botswana, Zimbabwe, dan Mozambique,

dan sempadan provinsi dengan North West,

Gauteng, dan Mpumalanga. Provinsi ini diasaskan

pada 27 April 1994 sebagai Transvaal Utara. Pada

tahun 1995, namanya bertukar menjadi Provinsi

Utara. Bandar dan pekan utama ialah Pietersburg,

Seshego, Namakgale, dan Mahwelereng.

UMUM 
PIETERSBURG

Pietersburg (pend. 25 500 ) ialah bandar ibu

Provinsi Utara di Afrika Selatan. Bandar ini terletak

kira-kira 250 kilometer ke timur laut Pretoria,

di jalan raya utama yang menghubungkan

Johannesburg dengan Zimbabwe. Untuk lokasi,

lihat Afrika Selatan (peta politik).

UMUM 
SOAMES, LORD

Soames, Lord (1920 –1987) ialah tokoh politik

Konservatif Inggeris yang memegang jawatan

sebagai presiden majlis bandaran dari tahun 1979

hingga tahun 1981. Pada tahun 1979 dan tahun 1980

dia memangku jawatan Gabenor Zimbabwe

semasa negara tersebut melalui tempoh peralihan

mendapat kemerdekaan yang sah. Soames

mendapat pendidikan di Eton College dan Royal

Military College, Sandhurst. Pada tahun 1950, dia

menjadi ahli parlimen dan memegang jawatan

kanan dalam kerajaan dari tahun 1958 hingga tahun

1964. Dia dilantik sebagai duta ke Perancis dari

tahun 1968 hingga tahun 1972. Soames ialah

Pesuruhjaya Kesatuan Eropah dari tahun 1973

hingga tahun 1977.

UMUM 
BULAWAYO

Bulawayo (pend. 413 800) ialah bandar kedua

terbesar dan pusat perindustrian utama di

Zimbabwe. Hanya Harare, iaitu ibu negara

Zimbabwe, yang lebih besar daripada Bulawayo.

UMUM 
SAINT JOHN AMBULANCE

Saint John Ambulance ialah sebuah

organisasi yang beroperasi untuk menjaga

kesihatan masyarakat. Ia mempunyai cawangan di

banyak tempat di dunia, termasuk Australia,

Kepulauan Caribbean, Hong Kong, India, Kenya,

Singapura, United Kingdom, Amerika Syarikat,

dan Zimbabwe.

UMUM 
SUNGAI LIMPOPO

Sungai Limpopo ialah sungai utama yang

mengalir sejauh 1600 kilometer di tenggara Afrika

(lihat Afrika Selatan [peta rupa bumi]). Sungai

Limpopo berpunca dari tanah tinggi dan

memisahkan Provinsi Utara di timur laut Afrika

Selatan dari Botswana dan Zimbabwe sebelum

menyeberangi Mozambique dan masuk ke Lautan

Hindi. Rudyard Kipling menggambarkan sungai

tersebut dalam ceritanya, “The Elephants Child”,

sebagai “Limpopo yang hebat, berwarna kelabu-hijau

dan berminyak”. Ia juga dikenali sebagai Sungai

Buaya. Jarak 97 kilometer yang terakhir di hilir sungai

ini ialah kawasan air yang mengalami pasang surut.

Ke hulu dari tempat ini, sungai tersebut berubah-ubah

daripada lelehan air yang sedikit pada musim

kering sehinggalah kepada banjir yang besar pada

musim hujan. Sungai Olifants ialah cabang utama

Sungai Limpopo.

UMUM 
12

Kembali ke atas