Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
S O S

S O S ialah isyarat meminta pertolongan yang

diterima dari kapal yang berada dalam kecemasan.

Huruf ini tidak membawa makna tertentu dan

dipilih hanya kerana huruf ini merupakan huruf

paling mudah dihantar melalui wayarles. Ia terdiri

daripada tiga titik, tiga sempang, dan tiga titik.

UMUM 
KESATUAN REPUBLIK SOSIALIS SOVIET (K.R.S.S.)

Kesatuan Republik Sosialis Soviet

(K.R.S.S.), juga dikenali sebagai Kesatuan Soviet,

ialah negara Komunis pertama dan paling kuat di

dunia. Negara ini wujud dari tahun 1922 hingga

tahun 1991. Pada tahun 1991, Parti Komunis hilang

kuasa, dan Kesatuan Soviet berpecah menjadi

beberapa buah negara merdeka.

UMUM 
NABI ZULKIFLI A.S.

Nabi Zulkifli a.s.ialah salah seorang nabi

daripada nabi-nabi Allah. Nabi Zulkifli a.s. ialah

anak kepada Nabi Ayyub a.s. Nama asalnya ialah

Bashar. Allah SWT mengutusnya selepas Nabi

Ayyub a.s. Nabi Ayyub a.s. menamakan anaknya

Zulkifli kerana menanggung beban hasil

ketaatannya kepada Allah SWT dan dapat

mengatasinya. Nabi Zulkifli a.s. tinggal di Syam.

Nabi Zulkifli a.s. telah menjamin kaumnya demi

untuk menyempurnakan kehendak mereka dan

memerintah mereka dengan adil. Nabi Zulkifli a.s.

bukanlah nama yang disebut dalam hadith Nabi.

Orang Damsyik mendakwa makamnya terletak di

gunung Qasiyun di Damsyik. Al-Qur''an tidak

banyak menyebut namanya seperti nabi-nabi lain.

Manakala dakwah, risalah dan kaum Nabi Zulkifli

a.s. tidak dibentangkan sama ada secara ringkas

mahupun secara lengkap. Oleh itu, dinasihatkan

agar bentuk dakwah yang disampaikannya tidak

dikaji secara mendalam.

UMUM 
NABI YAHYA A.S.

Nabi Yahya a.s. ialah salah seorang nabi utusan

Allah dan juga anak Nabi Zakaria a.s. Baginda

daripada keturunan Nabi Allah Sulayman a.s., anak

Nabi Allah Daud a.s. Keturunan ini berasal daripada

puak Yahuza ibn Ya‘kub iaitu salah satu puak

daripada kalangan Bani Israel. Nabi Yahya a.s. lahir

tiga bulan lebih awal sebelum kelahiran Nabi Isa a.s.

Nabi Yahya a.s. turut menemani Nabi Isa a.s. dalam

mengembangkan dakwah.

UMUM 
NABI NUH A.S.

Nabi Nuh a.s. ialah nabi kedua selepas Nabi

Adam a.s. seperti yang disebut di dalam al-Qur'an.

Nabi yang pertama selepas Nabi Adam a.s. ialah

datuk Nabi Nuh a.s., Nabi Idris a.s. Nabi Nuh a.s.

adalah rasul pertama sebagaimana yang terdapat

dalam hadith tentang syafaatnya yang diriwayatkan

oleh Muslim daripada Abu Hurayrah r.a. yang

bermaksud: “Wahai Nuh, engkau ialah rasul yang

pertama diutus ke bumi ...”.

UMUM 
NABI ILIAS A.S.

Nabi Ilias a.s. ialah salah seorang daripada nabi

berketurunan Bani Israel. Nabi Ilias a.s. berasal

daripada zuriat Nabi Harun a.s. dan salasilah

keturunannya bertemu dengan keturunan Nabi

Ibrahim a.s. Allah SWT mengutuskan Nabi Ilias a.s.

kepada penduduk Ba‘labak iaitu kawasan barat

bandar Hims ketika kerajaan Bani Israel berpecah

selepas kewafatan Nabi Sulayman a.s. Kerajaan ini

berpecah disebabkan oleh perselisihan raja-raja

mereka kerana berebut kuasa, kekufuran dan

kesesatan yang meluas di kalangan mereka.

Mereka menyembah berhala bernama Ba‘la. Nabi

Ilias a.s. menyeru mereka supaya menjauhi amalan

menyembah berhala dan beralih kepada

menyembah Allah SWT sahaja, tetapi mereka

tidak menerimanya.

UMUM 
NABI ISHAQ A.S.

Nabi Ishaq a.s. Nama baginda ialah Ishaq ibn

Ibrahim a.s. Ibu baginda bernama Sarah. Nabi Ishaq

a.s. adalah anak kedua Nabi Ibrahim a.s. Berita

gembira tentang kelahirannya dibawa oleh malaikat.

Allah SWT berfirman mengenai Nabi Ibrahim a.s.

yang bermaksud: “Maka apabila dia berhijrah

meninggalkan mereka dan apa yang mereka

sembah selain daripada Allah SWT, Kami kurniakan

kepadanya, Ishaq (anaknya) dan Ya’kub (cucunya)

dan kedua-duanya Kami jadikan berpangkat Nabi”.

                                                   (Surah Maryam 19:49)

UMUM 
PYTHAGORAS

Pythagoras (580? S.M.–? S.M.) ialah ahli falsafah

dan matematik Yunani. Pythagoras terkenal

dengan formula teorem Pythagoras , tetapi hukum

teorem tersebut telah diketahui dahulu (lihat

Teorem Pythagoras ).

UMUM 
PTOLEMY I

Ptolemy I (367? S.M.–283? S.M.) mengasaskan

sebuah keluarga pemerintah yang memerintah

Mesir dari tahun 323 S.M. hingga 30 S.M. Keluarga

ini dikenali sebagai Ptolemy. Ptolemy I, yang

menggunakan gelaran raja Mesir kira-kira pada

tahun 305 S.M., memerintah hingga tahun 285 S.M.

UMUM 
NABI ISMAIL A.S.

Nabi Ismail a.s. ialah seorang nabi dan rasul,

anak kepada Nabi Ibrahim a.s. dan ibu baginda Hajar

berasal dari Mesir. Sarah, isteri pertama Nabi

Ibrahim a.s. tidak dapat melahirkan zuriat pada

waktu itu dan telah dihadiahkan seorang hamba

perempuan oleh Raja Mesir untuk berkhidmat

kepadanya. Dengan alasan tidak dapat melahirkan

anak, Sarah telah memberikan hamba tersebut iaitu

Hajar, kepada suaminya Nabi Ibrahim a.s. dengan

harapan dapat melahirkan seorang anak yang dapat

menggembirakan mereka. Akhirnya mereka

dikurniakan seorang anak dengan kelahiran Nabi

Ismail a.s. Setelah itu, perasaan cemburu mula

timbul di hati Sarah lalu dia merayu suaminya

membawa anak tersebut bersama-sama ibunya ke

suatu tempat yang jauh daripada pandangan

matanya. Hikmah Allah SWT sememangnya

menghendaki perkara tersebut berlaku, lalu Nabi

Ibrahim a.s. memperkenankan permintaan isterinya.

Allah SWT mewahyukan kepada Nabi Ibrahim a.s.

untuk membawa Nabi Ismail a.s. bersama-sama

ibunya dan menempatkan kedua-duanya di suatu

wadi yang tidak ditumbuhi sebarang tumbuhan. Ini

merupakan satu ujian kepada Nabi Ibrahim a.s., iaitu

perpisahan dengan anaknya yang sangat dicintai.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas