Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep Asia-Afrika. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aa


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum Adakah pantun yang diakhiri dengan bunyi atau sukukata yang sama salah dalam konsep sebuah pantun. Seolah-olahnya seperti syair. Bagaimanakah untuk menentukan sebuah pantun itu dalam kategori baik.Memang dimaklumi pola pantun yang biasa kita temukan ialah ab, ab. Walau bagaimanapun,  ada  juga terdapat  pantun yang skema rima akhirnya menyamai rima syair iaitu aa,aa. Untuk menentukan  karya itu sebagai sebuah pantun boleh dilihat dari cirinya,  iaitu  ada baris  pembayang dan ada baris maksudnya. Contoh pantun yang skema rimanya aa, aa:

    Seri Mersing lagu Melayu,
        Mari dikarang zaman dahulu;
    Duduk termenung menongkat dagu,
        mengenang nasib dagang piatu.
Sastera19.04.2012
aaTidak ada soalan yang dikemukakan, sila hubungi kami semula.Lain-lain05.07.2012
As Salam ! Saya keliru dengan pola pantun yang sebenarnya. Kedapatan kini pantun ditulis dengan pola yang agak berbeza daripada pola pantun tradisional iaitu a,b,a,b. Ada pantun yang ditulis rima akhir barisnya a,a,a,a.Yang mana satukah yang betul? Terima kasih.Tuan,

Memang dimaklumi pola pantun yang biasa kita temukan ialah ab, ab. Walau bagaimanapun,  ada  juga terdapat  pantun yang skema rima akhirnya menyamai rima syair iaitu aa,aa. Untuk menentukan  karya itu sebagai sebuah pantun boleh dilihat dari cirinya,  iaitu  ada baris  pembayang dan ada baris maksudnya. Saya kemukakan satu contoh pantun yang skema rimanya aa, aa:

    Seri Mersing lagu Melayu,
        Mari dikarang zaman dahulu;
    Duduk termenung menongkat dagu,
        mengenang nasib dagang piatu.
Sastera03.04.2012
Assalamualaikum Saya ingin mendapatkan penjelesan terperinci perbezaan ciri-ciri antara pantun dengan syair. Sekian, terima kasihPuan,

Pantun dan syair ialah puisi Melayu tradisional yang masing-masing mempuanyai ciri-ciri tertentu.
 Ciri-ciri pantun antaranya
-Struktur pantun mempunyai  iaitu pembayang (sebagai kiasan) dan maksud (sebagai inti persoalan). Pembayang biasanya gambaran alam manakala maksud gambaran dan sifat dan sikap manusia.
- pantun ada pantun 2 kerat ( 2 baris serangkap),  4 kerat, 6 dan lapan. Tatapi yang popular digunakan 2 dan 4 kerat.
-jumlah kata 3 - 5 perkataan dan jumlah suku kata 8 - 12 suku kata.
-Skema rima di tengah atau hujung baris adalah berjajar berselangan, ab;ab, terdapat juga skema rima aa;aa.
-setiap rangkap mempunyai idea yang lengkap.
-penggunaan lambang yang sesuai dengan norma, nilai dan tanggapan masyarakat setempat.

syair,
- empat baris serangkap
- jumlah kata dan suku kata sama dengan suku kata pantun
-skema rima hujungnya sama aa;aa
-keempat-empat baris dalam rangkap ialah kesatuan idea, namun rangkap tidak dapat berdiri sendir dan diikuti rangkap seterusnya membawa satu kesatuan yang lengkap sebagai satu cerita atau pemerian peristiwa.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci tentang ciri-ciri pantun dan syair puan boleh merujuk buku-buku berkaitan puisi Melayu Tradisional yang ada di pasaran.  Contoh buku yang disarankan ialah Puisi Melayu Tradisional  karya Dr. Harun Mat Piah, terbitan DBP.

Sekian,
Zabidah Yahya.
Sastera17.04.2012
adakah pantun sya ini betul jika slah boleh betulkan dan jelaskan terima kasih kerana sudi menjawabAssalamuaikum,

Saya telah membaca pantun tersebut. Tahniah kerana mencuba.  Berkenaan dengan pantun tersebut perlu diteliti lagi terutamanya dari segi skema rima akhir pantun 4 kerat yang sebaiknya ab;ab.  Pantun 2 kerat biasa menggunakan skema a;a. Walau bagaimanapun ada beberapa rangkap pantun yang mempunyai pembayang dan skema rima akhir yang baik
(ab;ab).
- Pembayang maksud sebaiknya menggunakan bahasa simbolik atau berkias yang berkaitan dengan unsur alam yang mampu  menggambarkan keperibadian bangsa Melayu yang suka menyatakan sesuatu maksud secara berselindung dan berkias untuk menyatakan maksud sebenar.
contoh: Petik manggis di waktu senja,
             Dimakan satu isinya putih;
             Antara manis dengan manja,
             Yang mana satu tuan pilih.

- kebanyakan contoh pantun tersebut masih terkeliru dengan syair (aa;aa) dan keseluruhan rangkap adalah isi, yang dengan jelas memperlihatkan makna tanpa berkias contohnya; 
    Sungguh lama kaki berjalan / terasa penat seluruh badan/ belajar dulu berkasih kemudian/ Barulah hidup luas ke depan.

Bagi pantun kanak-kanak pula setiap hampir semua baris dalam setiap rangkap lebih jelas kepada maksud, bukan pembayang.  ada  pantun tersebut jika dipisah-pisahkan menjadi pantun dua kerat.

sekian, terima kasih.



Sastera06.05.2012
MENUKAR AYAT AKTIF KEPADA PASIF-TEPAT ATAU TIDAK JAWAPAN DI BAWAH. ? AA-SITI MENYAPU HALAMAN RUMAHNYA JWP AYAT PASIF-HALAMAN RUMAH SITI DISAPUNYA..

Ayat aktif: Siti menyapu halaman rumahnya.

Ayat pasif: Halaman rumahnya disapu oleh Siti.
Tatabahasa17.10.2014
Rumus yang manakah yang betul untuk menukarkan ayat aktif dengan dua objek kepada ayat pasif? AA : Ibu membelikan saya sepasang kasut. Rumus 1 AP: Saya dibelikan oleh ibu sepasang kasut. Rumus 2 AP: Saya dibelikan sepasang kasut oleh ibu. Mohon bantuan, terima kasih.Rumus ayat pasif yang betul ialah 'Saya dibelikan sepasang kasut oleh ibu". Ayat pasif yang mempunyai dua objek, hanya objek tepat yang bertugas sebagai subjek.

Tatabahasa20.05.2014
Saya keliru tenteng istilah yang digunakan dalam peperiksaan SPM iaitu 1A,2A dan sebagainya. Contoh mendapat 12 2A. Manakah istilah yang lebih tepat dan betul mengikut laras Bahasa Malaysia 12 2A atau 12 A2. Mengikut fahaman saya, 12 2A bermakna mendapat 24 A ( 12 2A = 12 (AA) iaitu 24 A), manakala 12 A2 bermakna mendapat 12 A dalam Gred yang kedua. Ini bermakna 12 A1 lebih baik daripada 12 A2. Harap mendapat penjelasan. TQ.

Penggunaan yang betul ialah 12 A1 atau 12 A2. Ini bermaksud, calon memperoleh 12 A2 atau 12 A1 dalam peperiksaan.

Makna10.01.2008
kelaskan frasa berikut mengikut kategorinya, iaitu diftong, vokal berganding, digraf atau konsonan bergabung: susu cair, Hari Raya Aidilfitri, berbentuk kiub, setelah selesai, mendirikan khemah, taman rekreasi , mangkuk kecil, stesen bas. Sekian, terima kasih.Diftong ialah dua huruf vokal seperti ai, au, dan oi yang menghasilkan bunyi berangkap seperti pantai, pulau dan amboi. Vokal berganding pula ialah dua huruf vokal berurutan dalam satu perkataan seperti dalam kata pulau dan saat; dan vokal berganding tidak semestinya menghasilkan dua bunyi. Digraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny, dan sy. contohnya, nganga, nyamuk dan syarikat. Konsonan bergabung juga ialah digraf. Pengelasan perkataan yang tersenarai boleh dibuat mengikut huraian maksud yang telah diberikan. Perlu diingat contoh perkataan bagi setiap istilah lazimnya merujuk satu per satu perkataan, bukan frasa seperti yang tuan berikan.Tatabahasa07.10.2015

Kembali ke atas