Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep anggaran belanja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ab


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
adakah pantun sya ini betul jika slah boleh betulkan dan jelaskan terima kasih kerana sudi menjawabAssalamuaikum,

Saya telah membaca pantun tersebut. Tahniah kerana mencuba.  Berkenaan dengan pantun tersebut perlu diteliti lagi terutamanya dari segi skema rima akhir pantun 4 kerat yang sebaiknya ab;ab.  Pantun 2 kerat biasa menggunakan skema a;a. Walau bagaimanapun ada beberapa rangkap pantun yang mempunyai pembayang dan skema rima akhir yang baik
(ab;ab).
- Pembayang maksud sebaiknya menggunakan bahasa simbolik atau berkias yang berkaitan dengan unsur alam yang mampu  menggambarkan keperibadian bangsa Melayu yang suka menyatakan sesuatu maksud secara berselindung dan berkias untuk menyatakan maksud sebenar.
contoh: Petik manggis di waktu senja,
             Dimakan satu isinya putih;
             Antara manis dengan manja,
             Yang mana satu tuan pilih.

- kebanyakan contoh pantun tersebut masih terkeliru dengan syair (aa;aa) dan keseluruhan rangkap adalah isi, yang dengan jelas memperlihatkan makna tanpa berkias contohnya; 
    Sungguh lama kaki berjalan / terasa penat seluruh badan/ belajar dulu berkasih kemudian/ Barulah hidup luas ke depan.

Bagi pantun kanak-kanak pula setiap hampir semua baris dalam setiap rangkap lebih jelas kepada maksud, bukan pembayang.  ada  pantun tersebut jika dipisah-pisahkan menjadi pantun dua kerat.

sekian, terima kasih.



Sastera06.05.2012
Assalamualaikum Adakah pantun yang diakhiri dengan bunyi atau sukukata yang sama salah dalam konsep sebuah pantun. Seolah-olahnya seperti syair. Bagaimanakah untuk menentukan sebuah pantun itu dalam kategori baik.Memang dimaklumi pola pantun yang biasa kita temukan ialah ab, ab. Walau bagaimanapun,  ada  juga terdapat  pantun yang skema rima akhirnya menyamai rima syair iaitu aa,aa. Untuk menentukan  karya itu sebagai sebuah pantun boleh dilihat dari cirinya,  iaitu  ada baris  pembayang dan ada baris maksudnya. Contoh pantun yang skema rimanya aa, aa:

    Seri Mersing lagu Melayu,
        Mari dikarang zaman dahulu;
    Duduk termenung menongkat dagu,
        mengenang nasib dagang piatu.
Sastera19.04.2012
Aliya Ab Aziz AHA 4.17 PAGI Salam sejahtera, saya ada soalan.. perkataan tadabbur (mentadabburi al-quran) memang tak ada ke dalam kamus bahasa melayu? Saya cuba cari dalam web dbp tak jumpa.. Saya rasa ianya satu perkataan yang wajar dimasukkan dalam kamus bahasa melayu..Untuk makluman saudari, tiada maklumat dan contoh penggunaan kata tadabbur dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, melalui carian internet, perkataan TADABBUR membawa maksud Tadabbur adalah perenungan yang menyeluruh untuk mengetahui maksud dan makna dari suatu ungkapan di dalam al-Quran secara mendalam. Terima kasih atas cadangan tersebut. Cadangan saudari akan dikemukakan kepada Bahagian Perkamusan, DBP.Lain-lain11.06.2017
Nurul Shaza Ab Manaf 11.14 PAGI Assalamualaikum Saya ingin bertanya.. Dimanakah boleh saya rujuk, untuk dapatkan ejaan yang sebenar untuk nama-nama surah dalam Al-Quran ya? terima kasih..Puan boleh merujuk buku GAYA DEWAN EDISI KETIGA terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, (tahun 1995) - Lampiran 7 (Senarai Surah), halaman 251 - 255).Ejaan08.06.2017
‎Az Hanif Ab Halim mohon pencerahan, pengesahan atau syor lain bagi tajuk acara yang betul dan tepat: 1) MAJLIS MAKAN MALAM NEGERI atau 2) MAJLIS JAMUAN MALAM NEGERI KBerkenaan dengan soalan tuan tersebut, Majlis Makan Malam Negeri (makan malam terjemahan daripada bahasa Inggeris iaitu Dinner) adalah lebih sesuai. Sekiranya hendak memasukkan pilihan yang kedua tuan perlu menggugurkan Majlis dan dijadikan Jamuan Makan Malam Negeri. Namun begitu, kami mencadangkan pilihan yang terbaik ialah MAJLIS MAKAN MALAM NEGERI.Makna18.05.2017
As Salam ! Saya keliru dengan pola pantun yang sebenarnya. Kedapatan kini pantun ditulis dengan pola yang agak berbeza daripada pola pantun tradisional iaitu a,b,a,b. Ada pantun yang ditulis rima akhir barisnya a,a,a,a.Yang mana satukah yang betul? Terima kasih.Tuan,

Memang dimaklumi pola pantun yang biasa kita temukan ialah ab, ab. Walau bagaimanapun,  ada  juga terdapat  pantun yang skema rima akhirnya menyamai rima syair iaitu aa,aa. Untuk menentukan  karya itu sebagai sebuah pantun boleh dilihat dari cirinya,  iaitu  ada baris  pembayang dan ada baris maksudnya. Saya kemukakan satu contoh pantun yang skema rimanya aa, aa:

    Seri Mersing lagu Melayu,
        Mari dikarang zaman dahulu;
    Duduk termenung menongkat dagu,
        mengenang nasib dagang piatu.
Sastera03.04.2012
saya ingin dapatkan maklumat mengenai bahasa kebangsaan & budaya kebangsaan di malaysia......Maklumat terperinci tentang bahasa kebangsaan dan budaya masyarakat Malaysia boleh diperoleh melalui buku-buku rujukan yg boleh didapati di mana-mana perpustakaan atau kedai buku, cth buku Bahasa Kebangsaan, Ab. Rahman Ab Rashid (Longman), Kajian Budaya & Masyarakat di Malaysia, Mohd Taib Osman (DBP), Masyarakat & Kebudayaan Malaysia (DBP)Lain-lain20.08.2007
saya mahasiswa YIU ingin bertanya,bagaimanajaramembuwatpantaug

Untuk makluman saudara, pantun dibina/dibuat oleh lima(5) ciri yang paling asas, iaitu pembayang, maksud, rima akhir, jumlah perkataan, dan jumlah suku kata.Contohnya untuk pantun 4 kerat,

1.Pembayang ( baris pertama dan baris kedua). Contoh: Padi muda jangan dilurut/Kalau dilurut pecah batangnya,

2. Maksud( baris ketiga dan baris keempat). Contoh: Hati muda jangan diturut/Kalau diturut susah datangnya.

3. Rima akhir( Persamaan bunyi suku kata pada baris akhir pantun iaitu ab,ab)

4. Jumlah perkataan dalam sebaris. Umumnya pantun 4 kerat terdiri daripada 3 perkataan sebaris, 4 perkataan sebaris dan 5 perkataan sebaris.Contoh: Pisang emas bawa belayar/Masak sebiji di dalam peti/Hutang emas boleh dibayar/ Hutang budi dibawa mati.

5. Jumlah suku kata dalam baris pantun, antara 8-12 suku kata.

Lain-lain14.07.2010
Salam, Dari segi penulisan, untuk nama yang mempunyai ijazah doktor falsafah adalah ditulis dengan cara Dr atau DR contohnya Dr ROSLI AB RAHMAN ATAU DR ROSLI AB RAHMAN. Adalah DR hanya khusus untuk doktor perubatan sahaja? Tkasih.Salam,

Untuk pengetahuan, sama ada Doktor Falsafah ataupun Doktor Perubatan, singkatan bagi kedua-duanya ialah DR./Dr dan perlu diikuti dengan tanda noktah kerana singkatan. Jika nama keseluruhannya menggunakan huruf besar, DR. juga harus dieja dengan huruf besar. Jika huruf kecil, memadai dengan Dr. sahaja.
Tatabahasa22.11.2015
Assalamualaikum Saya ingin mendapatkan penjelesan terperinci perbezaan ciri-ciri antara pantun dengan syair. Sekian, terima kasihPuan,

Pantun dan syair ialah puisi Melayu tradisional yang masing-masing mempuanyai ciri-ciri tertentu.
 Ciri-ciri pantun antaranya
-Struktur pantun mempunyai  iaitu pembayang (sebagai kiasan) dan maksud (sebagai inti persoalan). Pembayang biasanya gambaran alam manakala maksud gambaran dan sifat dan sikap manusia.
- pantun ada pantun 2 kerat ( 2 baris serangkap),  4 kerat, 6 dan lapan. Tatapi yang popular digunakan 2 dan 4 kerat.
-jumlah kata 3 - 5 perkataan dan jumlah suku kata 8 - 12 suku kata.
-Skema rima di tengah atau hujung baris adalah berjajar berselangan, ab;ab, terdapat juga skema rima aa;aa.
-setiap rangkap mempunyai idea yang lengkap.
-penggunaan lambang yang sesuai dengan norma, nilai dan tanggapan masyarakat setempat.

syair,
- empat baris serangkap
- jumlah kata dan suku kata sama dengan suku kata pantun
-skema rima hujungnya sama aa;aa
-keempat-empat baris dalam rangkap ialah kesatuan idea, namun rangkap tidak dapat berdiri sendir dan diikuti rangkap seterusnya membawa satu kesatuan yang lengkap sebagai satu cerita atau pemerian peristiwa.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci tentang ciri-ciri pantun dan syair puan boleh merujuk buku-buku berkaitan puisi Melayu Tradisional yang ada di pasaran.  Contoh buku yang disarankan ialah Puisi Melayu Tradisional  karya Dr. Harun Mat Piah, terbitan DBP.

Sekian,
Zabidah Yahya.
Sastera17.04.2012
123

Kembali ke atas