virelai | virelai | Muzik | Tiada | Bentuk muzik dan puisi Perancis pada abad ke-14 dan abad ke-15. ABBA merupakan ciri struktur muzik yang utama. Virelai merupakan salah satu daripada formes fixes abad ke-14 dan abad ke-15. |
paraphrase | parafrasa | Muzik | Tiada | 1. Karya polifoni abad ke-14 hingga abad ke-16 yang mengandungi petikan melodi yang dipinjam dan diubah suai daripada melodi sedia ada seperti canta. Contohnya, Missa Pange Lingua oleh Josquin de Prez (sekitar tahun 1450-an hinggatahun 1521). 2. Karya instrumental yang melibatkan teknik bermain vir-tuoso pada Zaman Romantik yang berasaskan melodi popular yang sedia ada seperti melodi daripada sebuah opera atau karya lain. Contohnya, Totentanz: Paraphrase uber das Dies irae (1849) untuk piano dan orkestra oleh Liszt. |
air | air | Muzik | Tiada | Lagu Perancis pada abad ke-17 dan abad ke- 18. Air merupakan karya instrumental yang amat popular pada Zaman Barok. Air juga digunakan pada gerakan kedua dalam karya yang mengandungi beberapa gerakan muzik. Air biasanya dalam tempo andante atau adagio dan melodinya agak berlirik. Con-tohnya, Air on the G String daripada Orchestral Suite, No. 3, D major, BWV 1068 oleh J.S. Bach. |
chorale variations | koral variasi | Muzik | Tiada | Variasi organ abad ke-16 hingga abad ke-17 yang berasaskan melodi koral Protestan Jerman. Melodi koral digubah sebagai cantus firmus bagi beberapa siri variasi. Gaya ini diperkembang oleh Sweelinck (1562-1621), seorang komposer Belanda. |
phrygian bonnet | bonet frigian | Kesenian | Tiada | Topi sama sendat daripada belulang, berbentuk runjung dan puncaknya dibiar melempai ke bawah. Pakaian orang Yunani dari abad ke-9 hingga abad ke-12. Dipopularkan semula pada abad ke-18. |
phrygian cap | kep frigian | Kesenian | Tiada | Topi sama sendat daripada belulang, berbentuk runjung dan puncaknya dibiar melempai ke bawah. Pakaian orang Yunani dari abad ke-9 hingga abad ke-12, dipopularkan semula pada abad ke-18. |
bassadanza | bassadanza | Muzik | Tiada | Tarian popular di istana Perancis pada abad ke-15 dan abad ke-16 biasanya bermeter dupel atau tripel. Bassadanza juga berkemungkinan dalam gabungan meter dupel dan tripel.Bassadanza dalam tempo tripel dikenali sebagai branle gay.Temponya perlahan dan mungkin diikuti tarian lain yang bertempo laju. Bassadanza melibatkan improvisasi berdasarkan muzik lain yang sudah wujud atau pada lapis tenor. Contohnya, Danseries a 4 Parties, Second Livre Basse Danse, No. I oleh Attaingnant (lebih kurang tahun 1494-1551). |
bractiates | pin braktiat | Kesenian | Tiada | Pin yang digunakan untuk mengancing pakaian, pada abad ke-6 hingga abad ke-8. |
bangsawan | bangsawan | Muzik | Tiada | Opera Melayu yang merupakan teater baru pada abad ke-19 dan abad ke-20. Bangsawan terdiri daripada cerita, muzik instrumental, nyanyian solo dan berkumpulan serta selingan yang dikenali sebagai extra-turn, Cerita atau watak adalah tentang golongan bangsawan. Bangsawan dipersembahkan di pentas prosenium dengan iringan orkestra Melayu yang terdiri daripada alat muzik Barat, India dan Melayu. Dalam bangsawan, cerita Melayu, Arab, Cina, Barat dan India dipentaskan. Manakala tarian dan muzik pula menggabungkan ciri Barat, Melayu, Arab, Cina dan India. Teater ini mempunyai ciri persamaan dengan opera lain yang terdapat di Asia Tenggara seperti stambul dan ketoprak dari Jawa Tengah, ludruk dari Jawa Timur, zarzuela dari Filipina, likay dari Thailand dan hat cat luong dari Vietnam. |
sack | pakaian sak | Kesenian | Tiada | 1. Jaket kecil bayi yang dikancing dengan reben pada akhir, abad ke-19 dan awal abad ke-20.,2. Gaun longgar untuk pakaian harian yang dipakai oleh wanita pada abad ke-16. 3. Pakaian yang popular di Perancis pada awal abad ke-18 hingga tahun 1755 yang bercirikan dua lisu setentang pada bahagian belakang yang dijahit dari garis leher belakang ke bahu dan dilepaskan mengembang ke kelepet. |