Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata abbas


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Maaf, saya masih keliru dengan tanda baca bagi ayat berikut: Ibn Abbas berkata, "Ketika turun ayat itu, nabi memanggil Ali dan Muaz. Katanya, 'Sesungguhnya telah turun ayat ini kepadaku, 'Wahai Nabi, Allah mengutusmu sebagai saksi kepada umatmu.' '' Ada yang kata, ada empat penutup kata pada hujung ayat kerana ada dua dialog dalam dialog, dan satu dialog biasa. Tanda bacanya akan jadi begini: Ibn Abbas berkata, "Ketika turun ayat itu, nabi memanggil Ali dan Muaz. Katanya, 'Sesungguhnya telah turun ayat ini kepadaku, 'Wahai Nabi, Allah mengutusmu sebagai saksi kepada umatmu.'' '' Mohon pencerahan pihak tuan/puan yang bijaksana.Merujuk buku Gaya Dewan (halaman 77), tanda petik tunggal digunakan dalam ungkapan yang telah diapit dengan tanda petik. Contoh: Ibn Abbas berkata, "Ketika turun ayat itu, nabi memanggil Ali dan Muaz. Katanya, 'Sesungguhnya telah turun ayat ini kepadaku, 'Wahai Nabi, Allah mengutusmu sebagai saksi kepada umatmu'."Ejaan20.09.2011
Maaf, saya masih keliru dengan tanda baca bagi ayat berikut: Bagaimana menulis tanda baca dialog dalam dialog yang ada dialog juga. Contoh: Ibn Abbas berkata, "Ketika turun ayat itu, nabi memanggil Ali dan Muaz. Katanya, 'Sesungguhnya telah turun ayat ini kepadaku, 'Wahai Nabi, Allah mengutusmu sebagai saksi kepada umatmu.' '' Ada yang kata, ada empat penutup kata pada hujung ayat kerana ada dua dialog dalam dialog, dan satu dialog biasa. Tanda bacanya akan jadi begini: Bagaimana menulis tanda baca dialog dalam dialog yang ada dialog juga. Contoh: Ibn Abbas berkata, "Ketika turun ayat itu, nabi memanggil Ali dan Muaz. Katanya, 'Sesungguhnya telah turun ayat ini kepadaku, 'Wahai Nabi, Allah mengutusmu sebagai saksi kepada umatmu.'' '' Mohon pencerahan pihak tuan/puan yang bijaksana.Merujuk buku Gaya Dewan (halaman 77), tanda petik tunggal digunakan dalam ungkapan yang telah diapit dengan tanda petik. Contoh: Ibn Abbas berkata, "Ketika turun ayat itu, nabi memanggil Ali dan Muaz. Katanya, 'Sesungguhnya telah turun ayat ini kepadaku, 'Wahai Nabi, Allah mengutusmu sebagai saksi kepada umatmu'."Ejaan20.09.2011
Assalammualaikum, Saya ingin bertanya tentang penggunaan a.s / r.a dalam tajuk buku atau sub tajuk, perlukah menggunakan huruf besar?Atau huruf kecil? Contoh: 'Nabi Adam A.S' atau 'Ibn Abbas R.A' Sekian, terima kasih.Waalaikumsalam,
Penggunaan yang betul ialah "Nabi Adam a.s." dan "Ibn Abbas r.a."
Lain-lain30.12.2014
Bagaimana menulis tanda baca dialog dalam dialog yang ada dialog juga. Contoh: Ibn Abbas berkata, "Ketika turun ayat itu, nabi memanggil Ali dan Muaz. Katanya, 'Sesungguhnya telah turun ayat ini kepadaku, 'Wahai Nabi, Allah mengutusmu sebagai saksi kepada umatmu.' ''

Tanda petik tunggal (' ') digunakan dalam ungkapan atau ayat yang sudah diapit tanda petik (" ") seperti yang digunakan dalam ayat contoh tersebut.

Ejaan13.09.2011
Anak saya akan menyertai pertunjukan fesyen pakaian pengantin, jadi bolehkah pihak tuan memberi maklumat atau penerangan secara jelas tentang pakaian tersebut ( dari segi sejarah pemakaian dan aksesorinya)?Puan boleh merujuk buku seperti di bawah : 1. Pakaian Melayu sepanjang zaman Abbas Alias Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2003. 2. Pakaian cara Melayu Siti Zainon Ismail Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2006. 3. koleksi pakaianku Mohammad Jalal Ahmad Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2001. 4. Adat perkahwinan dan tatarias pengantin Melayu Tengku Luckman Sinar, SH 2001Lain-lain18.10.2007
apakah sistem bahasa dan fungsi bhasa

Sila rujuk bahan ini :

1.Bahasa sebagai satu sistem oleh Abd Hamid Mahmood. Pelita bahasa : 1 Ogos 1992

2.Sistem ejaan rumi bahasa MElayu oleh Wan Abu Bakar Wan abbas . Pelia Bahasa : Jun 1996

3. Fungsi Dinamik Bahasa Melayu oleh Asiah Idris. Jurnal Dewan bahasa : MKei 1995

 

 

 

 

 

Sistem Ejaan Rumi Bahasa MelayuWan Abu Bakar Wan Abas; Hashimah HarunPelita Bahasa01/06/1996

Bahasa sebagai satu sistemAbdul Hamid MahmoodPelita Bahasa01/08/1992

Lain-lain25.01.2008
Assalamualaikum, Saya ingin bertanyakan kerasionalan penggunaan huruf besar/kecil bagi perkataan "iblis". Dalam DBP memang dinyatakan penggunaan huruf kecil. Namun, jika dilihat pada ayat al-Quran dan ahli syariah, secara peribadinya saya merasakan PENGGUNAAN HURUF BESAR LEBIH TEPAT. Contoh 1: Ertinya: “Iblis berkata, ‘Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat).’ (14) Allah berfirman, ‘Sesungguhnya, engkau daripada golongan yang diberi tempoh (ke suatu masa yang tertentu).’ (15) Kemudian, iblis berkata, ‘Oleh sebab Engkau (wahai Tuhan) telah menyebabkan aku tersesat, (maka) sesungguhnya aku akan berusaha menghalangi mereka (daripada menjalani) jalan-Mu yang lurus. (16) Kemudian, aku benar-benar akan mendatangi mereka dari arah hadapan atau belakang mahupun dari arah kanan atau kiri mereka. Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur. (17)’” (Surah al-A‘raf 7: 14-17) Contoh 2: Menurut Ibn ‘Abbas, iblis dinamakan ‘Azazil dalam kalangan malaikat. Dia ialah malaikat yang tinggi darjatnya, paling kuat beribadat dan memiliki empat sayap. Namun setelah dilaknat, dia dikenali sebagai iblis. Ayat-ayat tersebut menunjukkan iblis sebagai individu jin bukannya sekumpulan jin/syaitan jahat. Jadi, mungkinkah sewajarnya ejaan iblis itu dieja dengan huruf besar (Iblis)? Sekian, terima kasih.Iblis dikategorikan sebagai kata umum sama seperti malaikat. Iblis dieja dengan huruf besar sekiranya disandarkan dengan jenis iblis seperti Iblis Zalanbur, begitupun lazimnya disebut Zalanbur sahaja. Malaikat juga dieja dengan huruf kecil, namun nama malaikat ditulis dengan huruf besar seperti Izrail.Tatabahasa08.08.2020

Kembali ke atas