Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata abbas


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ABBAS IBN ABDUL MUTTALIB, AL - (56 S.H.–32 H./548 M.–653 M.), UMUM 
ABBAS BIN ABD AL-MUTTALIBtokohAGAMATokoh
ABBAS MOHAMAD, DATO'ABBAS  MOHAMAD, DATO’ (1909-  ), ulama dan ahli politik. Dia lahir di Kampung Bukit Puteri, Besut, Terengganu. Abbas mula belajar agama di Pondok Haji Muhamad,  Kuala Besut, pada tahun 1922 ketika berumur 13 tahun dan pada tahun berikutnya, dia pergi ke Makkah. SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
SAFFAH, ABU AL-ABBAS' AL

Saffah, Abu al-Abbas’ al (104–136 H./ 722–754

M.), khalifah pertama Kerajaan Abbasiyyah dan salah

seorang cerdik pandai Arab. Nama penuhnya ialah

Abdullah ibn Muhammad ibn Ali ibn Abdullah ibn al-

Abbas ibn Abdul Muttalib. Dia juga dikenali sebagai

al-Murtadha (orang yang diredai) dan al-Qa’im

(Penegak keadilan). Al-Saffah lahir dan dibesarkan di

al-Syirah (di antara Sham dengan Madinah). Ketika

Ibrahim al-Imam dibunuh, dia dan keluarganya

berpindah ke Kufah pada bulan Safar 132 H./750 M.

Mereka telah bersembunyi selama beberapa minggu

kemudian muncul dengan pengikutnya. Mereka

melantik al-Saffah sebagai khalifah pada 3 Rabiulawal

132 H./750 M., sebagai permulaan Kerajaan

Abbasiyyah. Antara pendukung Kerajaan Abbasiyyah

yang paling menonjol ialah Abu Muslim al-Khurasani.

Walau bagaimanapun, selepas pembunuhan

Marwan ibn Muhammad (khalifah Bani Umaiyyah di

Syam), Abu Muslim dilantik sebagai pemimpin

Khurasan sebagai mengenangkan jasanya.

UMUM 
ABDULLAH IBN AL-ABBAS

Abdullah ibn al-Abbas (3 S.H.–68 H./

619 M.–687 M.), anak saudara Rasulullah SAW yang

dilahirkan sebelum Hijrah dan tidak pernah

dicemari dengan unsur-unsur syirik. Nama

penuhnya ialah Abdullah ibn al-Abbas ibn Abd al-

Muttalib ibn Hisham, seorang sahabat besar yang

berasal dari Makkah.

UMUM 
ABU AL-‘ABBAS, AL-BUSAYRIY

Abu al-‘Abbas, al-Busayriy (762 H.–840 H./

1361 M.–1437 M.), ulama hadith dan penghafal

hadith. Nama penuhnya ialah Ahmad ibn Abu

Bakar ibn Ismail ibn Salim ibn Qaymaz ibn

‘Uthman al-Busayriy, al-Kinaniy, al-Shafi’iy, Abu al-

Abbas, Shihab al-Din.

UMUM 
PENERBIT ABBAS BANDUNG

PENERBIT ABBAS BANDUNG, penerbit buku sastera dan buku-buku lain di Melaka.  Penerbit Abbas Bandung merupakan salah satu institusi penerbit bumiputera yang pertama dan tunggal di Melaka selepas kemerdekaan.  Buku-buku sastera yang diterbitkan oleh Penerbit Abbas Bandung mendapat pasaran yang amat meluas sehingga Sabah, Sarawak dan Brunei.  Penerbit Abbas Bandung telah memberi sumbangan yang besar terhadap perkembangan kesusasteraan dan bahasa Melayu.  Antara pengarang Indonesia yang mendapat tempat di Penerbit Abbas Bandung ialah Hamka, Achdiat K. Mihardja dan Pramoedya Ananta Toer.

SASTERAPenerbitan
ABBAS MOHD. TAHAABBAS  MOHD. TAHA (1885-?  ), penulis dan penerbit Singapura. Dia lahir di Tanjung Pagar, Singapura. Bapanya dikatakan berasal dari Minangkabau tetapi menetap di Singapura. Sejak kecil lagi dia telah dihantar oleh bapanya ke Makkah untuk mempelajari agama Islam. SASTERAKonsep
ABDUL AZIZ ABBASABDUL AZIZ ABBAS (1941-  ), penulis, Dia lahir pada 1 April 1941 di Kampung Tanjung Bayan, Teluk Intan, Perak. Aziz pernah menggunakan nama samaran Adly Azamin. SASTERAKonsep
O.K.K. PANGERAN MOHAMAD ABBAS

O.K.K. PANGERAN MOHAMAD ABBAS  (  ?   -  ?  ), Ketua Anak Negeri. Dia adalah keturunan Melayu Brunei yang menjadi ketua tradisional di wilayah Dent, yang meliputi kawasan lembah Sungai Padas dan Semenanjung Klias di bahagian pantai barat negeri Sabah.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
123

Kembali ke atas