Assalamualaikum. Saya ada kemusykilan mengenai penggunaan perkataan percetakan dan pencetakan. Syarikat Percetakan ABC atau Syarikat Pencetakan ABC? | Percetakan ialah tempat atau syarikat yang mencetak buku, manakala pencetakan ialah proses mencetak. Frasa yang betul ialah Syarikat Percetakan ABC. | Tatabahasa | 29.04.2013 |
Mesyuarat mengambil ingatan bahawa pihak Jabatan bercadang untuk mewujudkan dana bersama ABC Sdn. Bhad. atau Mesyuarat mengambil ingatan cadangan untuk mewujudkan dana bersama ABC Sdn. Bhd Yang mana satu betul ayat tersebut. | Mesyuarat mengambil ingatan cadangan untuk mewujudkan dana bersama ABC Sdn. Bhd. | Tatabahasa | 17.07.2012 |
Adakah huruf besar digunakan pada huruf “S” bagi dalam ejaan syarikat ABC Sdn Bhd? Dan huruf “K” dalam ejaan Kilang ABC Sdn Bhd? | Menurut buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 96 kata nama khas mendukung makna rujukan khusus pada suatu orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar, manakala kata nama am ditulis dengan huruf kecil. Perkataan “syarikat” ialah kata nama am. Oleh itu, huruf “s” ditulis dengan huruf kecil. Namun sekiranya nama perniagaan/organisasi itu ialah “Syarikat ABC Sdn. Bhd.” yang merujuk kepada kata nama khas, huruf “S” ditulis dengan huruf besar. Begitu juga dengan kilang ABC Sdn. Bhd. Perkataan “kilang” ialah kata nama am. Oleh itu, huruf “k” ditulis dengan huruf kecil. Namun sekiranya nama perniagaan/organisasi itu ialah “Kilang ABC Sdn. Bhd.” yang merujuk kepada kata nama khas, huruf “K” ditulis dengan huruf besar.
| Tatabahasa | 02.02.2024 |
Adakah huruf “s” pada ayat “syarikat ABC Sdn Bhd” dieja menggunakan huruf besar? Perkataan ini digunakan di tengah-tengah ayat. Adakah huruf “k” pada ayat “kilang ABC Sdn Bhd” dieja menggunakan huruf besar? Perkataan ini digunakan di tengah-tengah ayat. | Menurut buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 96 kata nama khas mendukung makna rujukan khusus pada suatu orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar walaupun kedudukannya di tengah-tengah ayat, manakala kata nama am ditulis dengan huruf kecil. Perkataan “syarikat” ialah kata nama am. Oleh itu, huruf “s” ditulis dengan huruf kecil. Namun sekiranya nama perniagaan/organisasi itu ialah “Syarikat ABC Sdn. Bhd.” yang merujuk kepada kata nama khas, huruf “S” ditulis dengan huruf besar. Begitu juga dengan kilang ABC Sdn. Bhd. Perkataan “kilang” ialah kata nama am. Oleh itu, huruf “k” ditulis dengan huruf kecil. Namun sekiranya nama perniagaan/organisasi itu ialah “Kilang ABC Sdn. Bhd.” yang merujuk kepada kata nama khas, huruf “K” ditulis dengan huruf besar.
| Tatabahasa | 02.02.2024 |
Soalan saya, ayat tanya manakah yang tepat untuk soalan berikut? Apakah terdapat keperluan untuk membangunkan model pengajaran ABC untuk murid sekolah? Atau Adakah Apakah terdapat keperluan untuk membangunkan model pengajaran ABC untuk murid sekolah? | Ayat tanya yang betul berdasarkan konsep dan konteks ayat yang bersesuaian ialah “Adakah terdapat keperluan untuk membangunkan model pengajaran ABC untuk murid sekolah?” atau “Apakah keperluan untuk membangunkan model pengajaran ABC untuk murid sekolah?”. | Tatabahasa | 19.03.2024 |
Selamat pagi. Boleh tahu padanan ayat yang sesuai dalam Bahasa Melayu untuk perkataan seperti berikut: 1. "Customize / Customization". Contoh ayat: Customize laporan mengikut keperluan / Report Customization 2. "Reconcile / Reconciliation. Contoh ayat: Reconcile transaksi daripada sistem ABC ke sistem BDE / ABC System Reconciliation / Opening Entry Reconciliation 3. Wujudkan perkataan "Progres" dalam bahasa melayu. Saya pernah nampak dalam satu laporan. Sub tajuk: Laporan dan Progres Pembangunan Sistem.. English sepatutnya Progress.. yang ditulis sebagi progres Terima kasih. | 1. Customize - Untuk makluman, dalam kamus Inggeris-Melayu Dewan, 'customize' bermaksud membuat mengikut tempahan atau pesanan. Dalam bidang Teknologi Maklumat, padanan bahasa Melayu untuk 'customized' ialah tersuai. Contoh: customized software - perisian tersuai. Dalam konteks ayat yang diberikan, 'customize' lebih bermaksud 'sesuaikan' - Sesuaikan laporan mengikut keperluan. Cutomization - istilah customization boleh dipadankan dengan "penyesuaian" dan bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. 2. Reconcile - dalam konteks ayat yang diberikan padanan yang sesuai ialah 'menyesuaikan'. Reconciliation - dalam konteks ayat yang diberikan padanan yang sesuai ialah 'penyesuaian'. 3. Perkataan 'progress' terjemahannya dalam bahasa Melayu ialah 'kemajuan' atau 'perkembangan' mengikut kesesuaian ayat. - Laporan dan Kemajuan Pembangunan Sistem | Makna | 04.08.2021 |
Contoh, YB Menteri bernama ABC menjawat jawatan berkenaan pada 2009-2013, kini jawatan berkenaan disandang YB bernama XYZ dari 2013 hingga kini.. Sekiranya pada tahun 2021 kita menulis sesuatu yang berlaku pada tahun 2010, perlukah ditambah 'mantan' pada YB Menteri bernama ABC berkenaan? Contoh ayat: Pada 12 Januari 2010, 'mantan' YB Menteri telah bersetuju supaya.... Mohon bimbingan dan pandangan tuan. | Ayat yang betul ialah Pada 12 Januari 2010, YB Menteri telah bersetuju supaya ... Perkataan "mantan" tidak perlu ditambah dalam ayat ini kerana pada tarikh yang dinyatakan, jawatan tersebut sedang disandang oleh YB Menteri yang dinyatakan. | Tatabahasa | 12.12.2021 |
Tuan, Adakah istilah 'PEMARUT' ais sesuai digunakan kepada sejenis mesin yang mengisar air batu (ais) untuk dijadikan air batu campur, ABC? jika istilah 'pemarut' ais ini tidak sesuai, apakah istilah yang betul bagi mesin membuat ABC ini? terima kasih | Perkataan yang sesuai ialah PENGISAR AIS | Makna | 20.01.2019 |
Salam sejahtera dan terima kasih kerana membantu. Manakah antara ayat berikut yang lebih gramatis/sedap didengar atau kedua-duanya pun boleh diterima? 1. Buku itu telah dibeli oleh saya di Syarikat ABC. 2. Buku itu telah saya beli di Syarikat ABC. 1. Manakah antara buku ini yang telah dibaca oleh anda? 2. Manakah antara buku ini yang telah anda baca? | Ayat yang gramatis adalah seperti yang berikut: - Buku itu telah saya beli di Syarikat ABC.
- Manakah antara buku ini yang telah anda baca?
| Tatabahasa | 25.03.2022 |
Adakah End User License Agreement atau EULA yang digunakan di setiap penggunaan aplikasi telefon pintar perlu diterjemah? Contoh ayat: Penggunaan perkhidmatan kami atau ABC ONLINE dikawal oleh panduan ini yang menjadi tambahan kepada EULA ABC ONLINE yang boleh dibaca di sini. | Frasa tersebut perlu diterjemahkan. Padanan terjemahan yang sesuai ialah Perjanjian Lesen Pengguna Akhir [End User License Agreement (EULA)] bergantung pada konteks dan penggunaan ayat. | Penyemakan dan penterjemahan | 05.02.2024 |