Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata abd


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Penamaan atau label sesuatu bangunan adakah memerlukan ditulis "Bangunan Pentadbiran Umar Abd Aziz" atau "Umar Abd Aziz" sahaja? Begitu juga dengan bilik kuliah atau bilik mesyuarat adakah perlu ditulis labelnya "Bilik Mesyuarat (atau Bilik Syura) Abu Bakar" atau cukup "Abu Bakar" sahaja? Terima kasih. Wassalam.Keterangan nama perlu ada dalam setiap penamaan seperti contoh yang tuan berikan Bangunan Pentadbiran Umar ABd. Aziz, Bangunan Pentadbiran (keterangan nama) dan Umar Abd. Aziz (nama bangunan) dan begitu jugalah dalam penamaan yang lain.Tatabahasa30.01.2013
Ibnu Abd Halim Nov 8th, 4:52pm Assalam Ibnu Abd Halim Nov 8th, 4:52pm Boleh saya ty Ibnu Abd Halim Nov 8th, 4:52pm Buku sejarah islam di india masih ada keTerima kasih tuan. Tuan boleh membaca maklumat berikut dan pastinya tuan akan mendapat maklumat berguna kepada persoalan yang diajukan. Moga maklumat ini membantu pihak tuan. Buku terbitan DBP boleh dibeli di Kedai Buku DBP atau mana-mana kedai buku di seluruh Negara. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. selain itu, semua majalah dan buku-buku terbitan DBP boleh dibeli secara dalam talian pada laman yang berikut : • bukudbp.com • lazada.com.my • 11street.com • Facebook : dbpniaga • alamdbp.myshopify.com , dan buku-buku terbitan DBP boleh diperoleh di Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. Menjelang setahun DBP mengambil alih fungsi pemasaran yang diswastakan, terbitan terpilih DBP sudah berada di MPH, Pasar Raya Besar Mydin, Kedai Buku 1Malaysia, myNews.com, BORDERS, Times, Popular, Kinokuniya dan Tesco. DBP juga telah dan akan melantik wakil-wakil penjual di seluruh negara. Di samping itu, DBP juga mempunyai Kedai Buku Bergerak yang dikenali sebagai Ujana Buku DBP selain tiga buah Kedai Buku DBP. Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman http://niaga.dbp.my atau hubungi telefon 0341012328 atau e-mel pp@dbp.gov.my Terima kasihLain-lain08.11.2015
Ainor Abd Aziz Aug 4th, 3:47pm Boleh tak sy nak tau tema bbk utk thn 2015?Terima kasih Tema Bulan Bahasa Kebangsaan 2015 ialah 1Bahasa 1Bangsa 1NegaraLain-lain04.08.2015
Norpuadi Abd Sep 8th, 7:47am salam. maaf bertanya...buku PENTEORIAN SOSIOLOGI DAN PENDIDIKAN ada atau tidak di DBP? jika ada saya mahu miliki.Wsalam. Saudara boleh bertanya di Kedai Buku Koperasi DBP melalui talian 04-21479636/21479680. Terima kasih.Lain-lain07.09.2014
Fakhrul Abd Rahman Aug 25th, 11:21pm Assalamualaikum. Di sini saya ingin bertanyakan satu soalan walaupun saya sendiri tidak pasti jika ini tempat yang sesuai bagi pertanyaan ini. Saya sedia maklum bahawa terdapat beberapa program bagi melibatkan murid-murid sekolah dalam aktiviti bahasa dan kesusasteraan seperti perkampungan penulis misalnya. Akan tetapi bagi golongan seperti saya ini iaitu golongan yang baru sahaja keluar dari institusi pendidikan dan memasuki alam pekerjaan, saya dapati tiada saluran yang boleh membawa saya hampir kepada aktiviti-aktiviti bahasa ini. Saya amat hargai sekiranya tuan dapat menunjukkan jika ada apa-apa saluran berbentuk persatuan atau aktiviti yang boleh saya sertai. Saya dahului kesediaan tuan membaca pesanan ini dengan sejambangan terima kasih.Waalaikumsalam WM WBT. Saudara boleh mengikuti kursus penulisan yang dianjurkan oleh Akademi DBP (boleh melayari laman web DBP). Selain itu, Saudara boleh menghubungi Persatuan Penulis Nasional (PENA) melalui e-mel penamalaysia@gmail.com atau talian telefon 03-21425824.Lain-lain25.08.2014
Rafiqah Abd Jaffar Assalamualaikum, saya ingin bertanya mengenai makalah yang saya email kepada Cik Norzuzilawati dan Cik Sitinoorisa tetapi masih belum menerima sebarang maklum balas. Saya ingin berkongsi makalah yang telah saya perolehi gred A di bawah penyeliaan Prof Sohaimi Abdul Aziz serta Dr Jelani Harun. Sekian terima kasih.Untuk maklumat lanjut, puan boleh menghubungi Puan Norzuzilawati binti Sulaiman melalui talian 03-2147 9271/e-mel norzuzilawati@dbp.gov.my dan Puan Siti Noorisa binti Abduk Khlil melalui talian 03-2147 9273.Lain-lain06.06.2014
saya abd ganing, baru mengajar bahasa Melayu, dan ada beberapa soalan daripada pelajar yang saya kurang pasti, iaitu penggunaan "saja" dan "sahaja". adakah kedua-dua perkataan ini boleh digunakan dalam setuasi rasmi atau dalam penulisan karangan? satu lagi,, adakah ayat ini ayat tunggal, "Ali seorang pelajar yang baik" menepati pola ayat dasar FN+FA. sebab yang mengelirukan ialah ada kata hubung relatif "yang" dalam ayat tersebut. email saya: anak_bapa26@yahoo.com terimah kasih..

1. Kedua-dua perkataan sahaja dan saja membawa maksud yang sama. Bagaimanapun, untuk yang rasmi hendaklah menggunakan perkataan sahaja. Saja hanya untuk bahasa percakapan. Untuk merujuk sebarang maksud perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi keempat.

2. "Ali seorang pelajar yang baik" tergolong dalam ayat tunggal kerana mengandungi subjek dan predikat. Ayat tunggal selain terdiri daripada ayat penyata, juga boleh terdiri daripada jenis ayat tanya, ayat perintah, ayat seruan dan sebagainya. Untuk keterangan lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 439.  

Tatabahasa21.04.2010
Nur Adilla Abd Rahim Assalamualaikum, Saya hendak bertanya. Adakah DBP boleh menguruskan penjualan buku/ ada dana untuk menyokong penjualan buku-buku DBP di luar negara? Ada beberapa universiti yang ingin meletakkan buku bahasa Melayu di librari kampus dan mengharapkan agar DBP dapat memberikan kerjasama. Contohnya, di University of Manchester, di samping komuniti Nusantara yang besar di Manchester itu sendiri, sudah ada kelab rasmi Bahasa Melayu [MALECS] di bawah payung kokurikulum universiti tersebut. MALECS sedang cuba untuk menempatkan buku berbahasa Melayu di kampus. Jika DBP boleh memberikan kerjasama, usaha memartabatkan Bahasa Melayu ini tentu lebih dipermudah. Harap dibalas ya Takkan Bahasa Melayu hilang di dunia! Assalamualaikum.Salam. Saudara boleh ajukan pertanyaan tersebut dalam laman Khidmat Nasihat DBP. Soalan tersebut akan dijawab oleh Pemudah Cara DBP: http://sbmb.dbp.gov.my/kndbp/nb_halaman_utama.aspx Halaman Utama sbmb.dbp.gov.myLain-lain04.11.2013
Afif Abd RahmanView Profile THURS 15:29 Afif Abd Rahman Afif Assalamualaikum. Saya nak tanya, adakah maksud D/A di dalam satu alamat ialah "Di alamat" ? Saya ingin merujuk kepada contoh alamat ini: Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Johor, D/A Hospital Permai Lama, Jalan Persiaran Permai Bagaimanakah cara penggunaan D/A? Harap dapat membantu. Terima kasih.Wassalam, Tuan, singkatan tersebut merujuk "Di alamat". Sekiranya ditulis dalam penulisan, singkatan yang betul ialah "d.a." sama seperti "salinan kepada" s.k.Lain-lain03.11.2016
Luqman Abd HamidView Profile Actions 12:56 Luqman Abd Hamid Luqman assalamualaikum , saya luqman seorang peminat budaya melayu.. bolehkah tuan masukan email saya dlm mailing list untuk sebaran program DBP? saya sering terlepas wacana wacana yg menarik misalnya wacana pagi ini ..Waalaikumussalam, Pertama sekali, kami mengucapkan terima kasih atas sokongan dan minat tuan dalam program-program yang dianjurkan pihak kami. Untuk makluman tuan, tuan boleh mengikuti Facebook Rasmi kami, Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini program-program yang akan kami anjurkan misalnya program "Wacana Naskhah Kesultanan Melayu" yang tuan maksudkan. Terima kasih.Lain-lain27.10.2016
12345678910...

Kembali ke atas