Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata abd


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
عب‘ain-baAgama IslamHadithSingkatan bagi Abd al-Razzāq al-Ṣan’āniy yang menunjukkan Ḥadīth tersebut diriwayatkannya di dalam kitab al-Jāmi’.
عبد‘ain-ba-dalAgama IslamHadithSingkatan bagi Abd Ibn Humaid yang menunjukkan Ḥadīth tersebut diriwayatkannya di dalam kitab Musnad Ibn Humaid.
combinationgabunganMatematikTiadaPemilihan sebilangan benda daripada satu set benda tanpa mengambil kira tertib. Misalnya, gabungan yang mungkin bagi 3 benda daripada 4 benda a, b, c, dan d yang berlainan ialah abc, abd, acd, dan bcd. Terdapat empat cara pemilihan. Bandingkan pilih atur.
festschriftterbitan dedikasiKesusasteraanTiadaKumpulan esei atau makalah hasil sumbangan sejumlah penulis. Kumpulan esei ini ditulis sebagai tanda penghormatan kepada seorang guru, kawan, sejarawan, teman sekerja dan sebagainya. Terbitan dedikasi diterbitkan untuk meraikan peristiwa penting seperti persaraan atau hari jadi untuk seseorang tokoh atau individu, sama ada individu tersebut masih hidup atau sudah meninggal dunia. Terbitan dedikasi mula diperkenalkan di universiti di Jerman pada kurun ke-19. Terbitan dedikasi yang pertama telah dihadiahkan kepada sarjana klasik terkemuka Friedrich Ritschl pada tahun 1867. Walau bagaimanapun, kumpulan esei yang diselenggarakan untuk ahli sejarawan tersohor Theodor Mommsen berjudul Commentationes Philologicae (1877) lebih terkenal. Contoh terbitan dedikasi dalam sastera Melayu ialah Sekalung Kenangan diselenggarakan oleh Nik Safiah Karim untuk Ismail Hussein, dan Sumbangsih Tizkari buat Masuri S.N. suntingan Muhammad Bukhari Lubis dan Mohamaed Pitchay Gani Mohamed Abdul Aziz untuk Allahyarham Masuri S.N. Contoh dalam sastera Arab ialah Ila Taha Husayn Fi �Ida Miladih al-Sab�in disunting oleh �Abd al-Rahman Badawi, al-Kitab al-Tidhkari Muhyi al-Din fi al-Dhikra al-Mi�awiyah disunting oleh Ibrahim Bayyumi Madkur, Durakht-i Ma�rifat: Jashn-nama-yi Ustad Duktur �Abd al-Husayn Zarrinkub disunting oleh �Ali Asghar Muhammad Khani, Yad-nama-yi Jalal al-i Ahmad disunting oleh �Ali Dahbashi dan Fuad Koprulu Armagani disunting oleh Osman Turan. Terbitan dedikasi berasal daripada perkataan Jerman festschrift yang bermaksud �tulisan perayaan�. Lihat juga sumbangsih tizkari.
occasional poemspuisi peristiwaKesusasteraanTiadaPuisi yang dicipta untuk merakamkan sesuatu peristiwa seperti hari jadi, perkahwinan, sejarah, kemenangan, dan kematian. Puisi peristiwa dianggap puisi ringan namun kadangkala serius. Contohnya, dalam sajak berjudul Easter 1916� oleh Yeats dan �Lycidas� oleh Milton. Contoh lain ditemui dalam sajak berjudul �Keranda 152� oleh Usman Awang, dan �Jerkah Setinggan 72� oleh A. Samad Said. Dalam sastera Arab, puisi peristiwa ditemui dalam sajak �Projek Berkaki Ayam� oleh �Abd al-Hamid al-Dib, manakala dalam sastera Parsi, puisi ini terdapat pada sajak �Kemangkatan Sultan Mahmud� oleh Shavvaf.
sirahsirahKesusasteraanTiadaPerjalanan, sunah, keadaan atau hal sesuatu. Sirah juga bermaksud perjalanan atau riwayat hidup seseorang. Sirah pertama kali digunakan dalam perbincangan khusus sebuah buku karangan Ibn Hisham. Dalam penulisan awalnya, sirah digunakan untuk menceritakan riwayat hidup atau biografi Nabi Muhammad SAW, dan peristiwa penting yang ada hubung kait dengan Baginda. Namun lahirnya buku berjudul Sirah Muawiyah wa Bani Umayyah karya Awanah bin Abd al-Hakam memperlihatkan bahawa sirah tidak hanya dikhususkan kepada riwayat hidup Nabi Muhammad SAW, bahkan turut melibatkan riwayat hidup tokoh lain. Contoh karya sirah ialah Sirah Nabi Muhammad SAW oleh Mahayudin Haji Yahya. Dalam bahasa Arab, sirah bermaksud �perjalanan�.
al-mu‘allaqahal-mu‘allaqahKesusasteraanTiada

Puisi bertintakan emas yang digantung di dinding Kaabah pada zaman Jahiliah. Tujuh orang penyair al-mu‘allaqah yang terkenal ialah Imru’ al-Qays, Zuhayr ibn Abi Sulma, al-Nabighah al-Dhubyani, al-A‘sha, Lubayd ibn Abi Rabi‘ah, ‘Amr ibn Kulthum dan Tarafah ibn al-‘Abd. Sesetengah pengkaji menyatakan bahawa jumlah penyair al-mu‘allaqah ialah 10 orang, ditambah tiga orang penyair, iaitu al-‘Absi, `Ubayy al-Abras, dan al-Harith ibn al-Hilizzah. Al-mu‘allaqah dikenali juga sebagai al-mudhahhabat.

pseudonymnama samaranKesusasteraanTiadaNama yang digunakan oleh seseorang penulis dalam karyanya untuk maksud dan sebab-sebab tertentu. Penulis tidak mahu menggunakan nama sebenar dan memilih suatu nama yang lain sebagai gantinya. Nama samaran yang digunakan mungkin hampir atau berbeza sepenuhnya dengan namanya yang sebenar. Terdapat penulis yang menggunakan singkatan nama sebenarnya sebagai nama nama samaran. Contohnya, nama Keris Mas bagi Sasterawan Negara (SN) Kamaluddin Muhammad, Tongkat Warrant bagi SN Usman Awang, Sri Delima bagi Adibah Amin, dan Alis Murni bagi penyair Ali Ahmad. Nama samaran bagi Prof. Dr. �A�ishah �Abd. Al-Rahman ialah bint al-Shati� dalam kesusasteraan Arab. Nama samaran dikenali juga sebagai nama pena.
terasulterasulKesusasteraanTiadaKitab panduan untuk menulis surat kiraman Melayu. Kitab ini menyediakan prinsip asas seni surat-menyurat Melayu, khususnya surat rasmi istana. Kitab terasul dianggap sebagai esoterik kerana sifat kerahsiaannya. Terasul tidak disebarkan dalam kalangan orang awam. Terasul hanya digunakan oleh jurutulis di balai pustaka istana sebagai panduan menulis surat yang betul. Hampir setiap negeri memiliki kitab terasulnya sendiri. Contohnya, terasul Kedah, Terengganu, Palembang, Riau, dan Borneo. Salah satu contoh kitab terasul yang terawal ditulis pada abad ke-18 oleh jurutulis, Abd. Kadir ibn al-Khatib di Palembang. Contoh terasul yang mutakhir terdapat dalam kitab Bustan al-Katibin yang ditulis di Riau oleh Raja Ali Haji pada tahun 1857. Terasul juga merujuk kepada cara penggunaan, pengamalan, dan penurunan adat dalam situasi yang sebenar. Contohnya, penggunaan terasul dalam majlis perbincangan beradat seperti upacara pertunangan. Terasul dikenali juga sebagai teromba. Lihat juga teromba.
psychological novelnovel psikologiKesusasteraanTiadaNovel yang menekankan aspek kerohanian, emosi dan mental serta analisis perwatakan. Plot atau aksi dalam novel ini sekadar menjalankan cerita. Penulisan novel ini dipengaruhi oleh pandangan Sigmund Freud dan Carl Jung yang memfokuskan kehidupan �dalaman� watak yang selalunya individu bermasalah dan unik dengan keadaan mental dan emosi yang bergolak. Tumpuan cerita lebih kepada motivasi psikologi bagi setiap aksi watak. Perkara yang ditekankan bukanlah apa yang berlaku tetapi mengapakah perkara itu berlaku. Minat terhadap psikologi watak dalam sejarah kesusasteraan Barat dapat dilihat dalam karya Geoffrey Chaucer yang berjudul Troilus and Criseyde, iaitu lirik yang bercirikan novel psikologi. Novel psikologi moden hanya muncul pad abad ke-19 melalui karya George Eliot, Elizabeth Gaskell, George Meredith dan Joseph Conrad. Henry James dianggap pakar dalam penulisan novel psikologi dan karyanya seperti The Portrait of a Lady, The Wings of the Dove, The Ambassadors dan The Golden Bowl telah menetapkan standard psikologi untuk penulis lain. Novel psikologi mencapai kemuncak perkembangannya pada abad ke-20 apabila penulis menggunakan monolog dalaman dan aliran kesedaran yang menunjukkan cara minda subsedar suatu watak berfungsi. Contoh penulis sastea Barat yang terkenal ialah James Joyce (A Portrait of the Artist as a Young Man, Ulysses), Virginia Woold (Mrs. Dalloway, To the Lighthouse), dan Willian Faulkner (The Sound and the Fury). Contoh dalam kesusasteraan Arab ialah Ibrahim al-Khatib oleh Ibrahim Abd al-Qadir al-Mazini, dan Awda tal-Ruh dan Yawmiyat Na�ib fi al- Aryaf oleh Tawfiq al-Hakim. Contoh tempatan ialah novel Juara oleh S. Othman Kelantan. Lihat juga kritikan psikoanalitik.
12

Kembali ke atas