Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ab.do.men] | ابدومن

Definisi : (Bio) rongga di bahagian tengah badan vertebrat (yg berisi organ-organ (spt perut, usus, buah pinggang, dan hati). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ab.do.men] | ابدومن

Definisi : ist bahagian badan yg meliputi perut serta isi perut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata abdomen


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah maksud "abdominal thrust". Penggunaan dalam ayat: Abdominal thrusts can also be performed on oneself with the help of the objects near.Cadangan terjemahan bagi "abdominal thrust" ialah tekanan abdomen.Penyemakan dan penterjemahan04.07.2022
PENYEMAKAN respiratory irritation, nausea, abdominal pain, central nervous system(CNS) depression, slow or garbled speech, slow body movements, numbness of extremities, dulling of awareness kerengsaan pernafasan, muar, sakit perut, kemurungan sistem saraf pusat (CNS), pertuturan lambat dan keliru , pergerakan badan yang perlahan, kebas kaki, kesedaran yang lembap Tolong menyemak pentejemahan daripada english kepada bahasa malaysia seperti di atas. Terima kasih.Penggunaan yang betul ialah kerengsaan pernafasan, mual, sakit abdomen, kemurungan sistem saraf pusat (CNS), pertuturan lambat dan keliru, pergerakan badan yang perlahan, kekebasan kaki dan tangan, dan  kurang kesedaran.Penyemakan dan penterjemahan27.04.2018
Assalamualaikum, selamat sejahtera.., saya mempunyai pertanyaan berkaitan kata "jentu" (dalam KD) yang bermaksud "tangkai bunga yang terbesar pada bunga yang berkarang". Adakah kata ini seerti dengan istilah botani "peduncle" atau Melayunya "pedunkel" yang merujuk pada "tangkai yang menyokong sekuntum bunga atau jambak bunga"? Pedunkel ini mempunyai cabang kecil yang disebut "pedisel" atau "tampuk".Kata jentu tidak seerti dengan kata pedunkel. Merujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020; 895) dan Pangkalan Data Istilah DBP;

jentu kata nama
tangkai bunga yang terbesar atau yang utama pada gubahan bunga.

manakala,

pedunkel (peduncle)
Bidang: Biologi, Histologi dan Sitologi
1. Tangkai infloresens.
2. Jalur gentian putih yang bersambung dengan pelbagai bahagian otak.
3. Tangkai krinoid, brakiopod dan barnakel, atau protozoon yang tetap.
4. Penghubung toraks dengan abdomen artropod.

Penggunaan kedua-dua kata ini bergantung kepada makna dan konteksnya.
Makna29.05.2023

Kembali ke atas