Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata abdullah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Abdullah Zawawi Wahab Jul 7th, 1:14pm salam..sy staff majlis perbandaran kota bharu..sy d tugaskan bahagian tulisan jawi..jd kalau bole sy nak th dgn siapa sy bole berhubung jika saya ada kemusykilan tulisan jawi..melayu kpd jawi ok...yg pening english kpd jawiTuan boleh menyemak tulisan Jawi melalui laman web kami www.prpm.dbp.gov.my atau jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi Khidmat Nasihat Bahasa melalui talian 03-21479400/9500/9600. Tuan juga boleh mengemukakan pertanyaan melalui domain Khidmat Nasihat DBP di laman web kami.Lain-lain07.07.2015
Assalamualaikum tuan, saya mohon bertanya bagaimana hendak menulis sekiranya nama seseorang ada dua (ada -@) contohnya : Zahari bin Abdullah @ Rafie. Adakah ditulis rapat atau seperti di atas. Terima kasih.Ejaan yang betul ialah Zahari bin Abdullah@Rafie">Abdullah@Rafie.Tatabahasa22.04.2016
Syafiq Abdullah 9HB JULAI 12.01 PTG Salam. Saya ada satu persoalan mengenai "sebatang kara" yang bermaksud tinggal seorang diri tiada sanak saudara. Persoalannya adalah apakah itu "kara"? Merujuk kepada apa. Sekian, terima kasih.Waalaikumussalam. “Sebatang kara” tergolong dalam peribahasa. Peribahasa ialah warisan nenek moyang orang Melayu. Orang Melayu dahulu kala mencipta peribahasa melalui pemerhatian mereka terhadap keadaan atau persekitaran kehidupan mereka. Sekian. Terima kasih.Makna09.07.2017
Syafiq Abdullah AHA 12.01 PTG Salam. Saya ada satu persoalan mengenai "sebatang kara" yang bermaksud tinggal seorang diri tiada sanak saudara. Persoalannya adalah apakah itu "kara"? Merujuk kepada apa. Sekian, terima kasih.Sila manfaatkan laman web kami www.prpm.dbp.gov.my untuk mendapatkan makna dan contoh penggunaan sesuatu perkataan.Makna09.07.2017
Zainab Abdullah Assalam admin ... mohon bantuan dan pengesahan pihak DBP berkenaan penggunaan singkatan 'pdp' seperti surat yg dilampirkan yang saya terima pagi ini melalui kumpulan whatsapp. Banyak kekeliruan timbul dalam kalangan guru yg mendpt penerangan berkaitan singkatan tersebut. Ada yg memaklumkan mereka mendpt penjelasan singkatan sebenar yg diterima pakai oleh pihak DBP ialah 'P&P. Terima kasih. SILA RUJUK SURAT YANG DIKELUARKAN OLEH DBP, no rujukan fail - DBP/323/600-2/3/17 K.4 (67) bertarikh 22 September 2016.Penjelasan kami adalah seperti isi kandungan surat berkenaan. Apabila ada keperluan menggunakan singkatan antara prinsip pembentukan singkatan termasuklah pemilihan huruf awal perkataan. Contohnya, huruf P, d dan P ialah huruf pertama bagi setiap perkataan dalam frasa “Pengajaran dan Pembelajaran”. Berasaskan prinsip inilah singkatan yang betul ialah “PdP”, sementelah singkatan ini telah mantap penggunaannya. Adapun bentuk yang lain, seperti “P&P” ialah bentuk yang tidak menepati rumus pembentukan singkatan kerana dalam teks bahasa Melayu, simbol tidak digunakan dalam frasa ataupun ayat.Ejaan27.09.2016
Saya Abdullah suriya ingin bertanya apa ayat semberna dengan ayat tidak sembernaSemberna? Tiada perkataan semberna dalam bahasa Melayu. Boleh tuan jelaskan?Lain-lain18.11.2015
saya Abdullah Suriya pelajar bahasa Melayu mahu tanya apakah 16 pola pengkecalian dalam bahasa melayu serta contohTiada maklumat yang berkaitan dalam data kami.Lain-lain23.11.2015
Saya Abdullah suriya belajar di Universiti Fatoni belajar jurusan Bahasa Melayu ingin bertanya apakah ayat selesai dan ayat tidak selesai.Tidak ada ayat selesai atau ayat tidak selesai dalam sumber rujukan kami. Selesai boleh juga bermaksud sempurna, jika yang tuan maksudkan ayat yang sempurna ialah ayat yang mempunyai subjek dan predikat.Makna17.11.2015
Saya Abdullah Suriya belajar universiti Fatoni jurusan bahasa Melayu ingin bertanya tatabahasa apakah ayat aktif.Menurut Tatabahasa Dewan, Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif san ayat aktif tak transitif. Contoh ayat: Ali menendang bola (aktif transitif) Murid-murid sekolah itu sedang belajar (aktif tak transitif)Tatabahasa15.11.2015
Saya abdullah suriya sedang pelajar bahasa melayu dasar ingin pertanya tentang tatabahasa,apakah ayat telis dan ayat atelisUntuk makluman, perkataan telis dan atelis tidak ada dalam pangkalan data DBP.Makna11.11.2015
12345678910...

Kembali ke atas