Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ʕa.bi.din]/[a.bi.din] | عابدين

Definisi : Ar jamak bagi abid. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata abidin


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
YM RAJA ZAINAL ABIDIN BIN RAJA ABDUL AZIZ SOALANNYA: ADAKAH BETUL DILETAKKAN PERKATAAN HAJI DI AWAL cth: HAJI YM ZAINAL ABIDIN BIN RAJA ABDUL AZIZ atau PERKATAAN YM DULU BARU PERKATAAN HAJI cth: YM RAJA HAJI ZAINAL ABIDIN BIN RAJA ABDUL AZIZ.Yang betul ialah gelaran seperti YM/YB/Haji (Maklumat lanjut tentang gelaran, sapaan dan sebagainya boleh rujuk buku Protokol di Malaysia: Amalan dan Tradisi) dan diikuti dengan nama, contohnya: YM HAJI RAJA ZAINAL ABIDIN BIN RAJA ABDUL AZIZ.Lain-lain29.04.2009
Salzlizawani Zainal Abidin SAB 6.32 PAGI Assalamualaikum DBP. saya nak tanya. Buku teks sekolah yang lama masih disimpan ke? Sy berminat nak beli kalau adaWaalaikumussalam. Perihal buku teks sekolah, tuan boleh menghubungi Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP melalui talian 03-41012409 / 2476 . Sekian. Terima kasih.Lain-lain12.08.2017
Fuadah Zainal Abidin TUES 11:18 Assalamualaikum saya mencari siri BAWAL terbitan D terbitan DBP di mana saya boleh dapatkan siri tersebut?Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com.Lain-lain24.01.2017
معاذ عابيدين Muaz Abidin WED 1:26AM Assalamualaikum Saya Muhammad Muaz Abidin b Mustaffar pelajar pergigian di UIAM Kuantan Saya ingin mencadangkan agar DBP dapat menerbitkan semula buku terjemahan Bagaimana Membaca Buku yang pernah diterjemah oleh Rustam A. Sani , karya Mortimer J. Adler Usaha DBP untuk menerbitkan semula buku ini amat saya hargaiTerima kasih atas cadangan yang diberikan dan kami panjangkan cadangan tersebut kepada pihak yang berkepentingan di DBP.Lain-lain14.12.2015
Zainal Abidin ada jual buku teks tak? mana saya blh beli secara onlineTerima kasih saudara Zainal Abidin. Moga saudara dan keluarga dilingdungi Allah. Ada. Boleh layari laman seswang ini http://prpm.dbp.gov.my/ pada pautan e-NiagaLain-lain20.01.2014
perbezaan bahasa melayu: - bahasa kebangsaan - bahasa rasmi - bahasa perpaduan

Sila rujuk bahan ini:

Bahasa Melayu, pendidikan dan perpaduan kebangsaan | Abidin Abdul Wahid">Zainal Abidin Abdul Wahid | Dewan Bahasa

Bahasa: satu cara mengukur perpaduan kebangsaan | Khemlani-David, Maya | Jurnal Dewan Bahasa

Lain-lain01.06.2008
Ejaan nama Zainal Abidin bin Ahmad: (1) Z‘aba (koma di atas sebelum huruf a, berhujung tajam di atas seperti tanda penyingkat = ain), (2) Za’ba (koma di atas selepas huruf a, berhujung tajam ke bawah = hamzah), (3) Za‘ba (koma di atas, berhujung tajam ke atas seperti koma terbalik, selepas huruf a = ain). Ejaan yang manakah diiktiraf oleh KNDBP? Terima kasih.Ejaan yang banyak terakam dalam pangkalan data kami ialah Za'ba.Ejaan11.06.2012
sumbangan Za'aba atau nama penuh beliau Zainal Abidin Ahmad dalam ilmu linguistik Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Pendeta Za'ba dalam Kenangan dan Pelita Bahasa Melayu, Edisi Baharu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.  Lain-lain15.12.2009
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Boleh saya tahu siapakah pembaca sasaran secara terperinci bagi buku: a) Pelita Bahasa Melayu Penggal I-III oleh Zainal Abidin Ahmad penerbitan tahun 2000 dan b) Practical Malay Grammar oleh Shellabear tahun 1904. Hal ini dalam membantu penulisan sebagai pelajar Universiti Sains Malaysia Harap pihak tuan/puan dapat membantu saya, sekian terima kasih
Salam tuan,

Sasaran pembaca

Golongan sasar pembaca bagi kedua-dua buku tersebut ialah golongan pencinta bahasa. Namun begitu, sesiapa yang berminat untuk mendalami aspek bahasa dan linguistik boleh membacanya untuk menambahkan ilmu. 

Sekiranya pihak tuan ingin mendapatkan maklumat lanjut berhubung dengan kajian tersebut, bolehlah mendapatkan bahan rujukan daripada Pusat Dokumentasi Melayu (PDM), melalui sistem Katalog awam dalam talian (KAWAT) atau melalui laman web: http://pustakav2.dbp.gov.my/


Pegawai Pustakawan yang boleh dirujuk:

a. Dr. Wan Khairoslinda Wan Khairi: linda@dbp.gov .my

b. Mohd Salman bin Zainol : salman@dbp.gov.my.

Terima kasih atas keprihatinan dan kerjasama.



Lain-lain03.01.2022
1.bolehkah sekiranya saya ingin meminjam bahan-bahan rujukan dan bagaimanakah caranya untuk saya berbuat demikian? 2..bolehkah saya mendapatkan maklumat dan bahan-bahan berkaitan ( Zainal Abidin Safarwan) ?Saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP dan mendaftar sebagai ahli Rakan Dewan dengan kadar bayaran sebanyak RM20.00 selama setahun. Dan saudara boleh menggunakan kemudahan KAWAT DBP untuk mencari bahan yang diperlukan. Waktu operasi Pusat Dokumentasi Melayu ialah dari hari Isnin hingga Jumaat mulai pukul 8.45 - 4.45 petang. Kecuali hari Jumaat ditutup pada waktu tengahari mulai pukul 12.15 hingga 2.45 petang. Sekian, terima kasih.Lain-lain07.02.2009
123

Kembali ke atas