Assalamualaikum. Ayat mana yang betul: (i) Senarai huruf dalam abjad Jawi, atau (ii) Senarai huruf-huruf dalam abjad Jawi? Terima kasih. | Ayat yang betul ialah "Senarai huruf dalam abjad Jawi". | Tatabahasa | 04.01.2014 |
1. Nama-nama bandar di seluruh dunia ada yang menggunakan abjad yang bukan latin seperti [Muñiz] untuk terjemahan kepada Bahasa Melayu apakah abjad itu ditukar kepada latin atau dikekalkan 2. Ada tak apa-apa panduan untuk buat terjemahaan nama-nama bandar di seluruh dunia kepada Bahasa Melayu sebagai contoh constantinople > konstantaniah bagaiaman terjemahan [constantinople > konstantaniah] dibuat, ada tak peraturan khas untuk buat terjemahan sebegini | Salam sejahtera, Nama-nama tempat dikategorikan sebagai Kata Nama Khas. Kata Nama Khas merujuk kepada orang, tempat, benda yang khusus. Perkataan ini tidak boleh diubah ejaannya walaupun bukan dalam bahasa Melayu. Oleh itu, Ejaan yang asal perlu dikekalkan agar tidak membawa maksud yang berbeza. Layari www.prpm.dbp.gov.my untuk mengetahui lebih lanjut tentang penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul. Sekian, terima kasih. | Pengembangan | 03.03.2020 |
Bagaimanakah kita menulis tajuk di mana abjad pertama ditulis sebagai huruf besar, bagi tajuk berikut: Adakah betul ditulis begini: - "Pengurus Perkhidmatan Perniagaan dan Pentadbiran yang Tidak diKelaskan di Mana-mana". - "Pengeset dan Pengendali Peralatan Untuk Mesin Kerja Logam" -"Operator Loji Bergera Bagi Ladang dan Perhutanan" - "Ketua Stesen Kereta Api" atau "Ketua Stesen Kereta api" atau "Ketua Stesen Keretapi"? Soalan ke-2: -aktiviti atau aktiviti-aktiviti -jabatan atau jabatan-jabatan -agensi atau agensi-agensi -perkara atau perkara-perkara -kementerian atau kementerian-kementerian -majlis atau majlis-majlis -mekanisma atau mekanisme -organisma atau organisme bagi terjemahan daripada perkataan English organism | 1. Penggunaan huruf besar pada abjad pertama betul, kecuali bagi kata hubung seperti "di", "dan", "untuk" dan lain-lain. Ketua Stesen Kereta Api 2. Ejaan yang betul mekanisme dan organisma. Soalan yang lain tidak jelas. | Tatabahasa | 14.09.2015 |
Adakah projek himpunan kata sastera melayu lama masih diteruskan oleh DBP? Saya hanya dapat mencapai abjad A, B dan S sahaja dalam laman web DBP. | Untuk makluman tuan, projek tersebut sudah tidak diteruskan oleh Bahagian Penyelidikan Sastera DBP. Tuan boleh menghubungi bahagian tersebut untuk maklumat lanjut. | Sastera | 30.10.2018 |
pelajar menengah sekolah perlu tahu beberapa kata masukan? | Kata masukan ialah entri yang disusun mengikut urutan abjad yang disertai takrif dan maklumat lain seperti kelas kata, etimologi dsb. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk maklumat lanjut. | Istilah | 24.08.2009 |
Assalamualaikum... Jika saya ingin menyusun sebuah kamus dari sudut yang berbeza dengan kamus dewan (Kamus Dewan susun ikut abjad tapi sya nak susun ikut rima akhir) tetapi sumber entri masih daripada Kamus Dewan, adakah saya perlu meminta izin daripada DBP? Tidak semua entri dalam kamus Dewan yang diambil, cuma entri-entri yang bekaitan sahaja. | Jika mahu menggunakan bahan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), perlu mendapat izin daripada DBP terlebih dahulu. Sila hantar surat permohonan untuk menggunakan bahan itu kepada Ketua Pengarah DBP. | Lain-lain | 10.03.2013 |
konkordans | Menurut Kamus Dewan, konkordans ditakrifkan sebagai senarai kata dlm korpus (buku, majalah, dsb) yg disusun mengikut abjad yg menyatakan kedudukan sesuatu kata, dan cara penggunaannya dlm bahagian korpus yg berkenaan. | Makna | 27.09.2007 |
maksud perkataan "daftar" atau "pendaftaran" | Daftar ialah susunan (nama, barang, dll) yg ditulis menurut urutan angka atau abjad, atau senarai, manakala pendaftaran ialah perihal memasukkan (mencatatkan) dlm daftar | Makna | 02.09.2007 |
MAKSUD DAFTAR | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, daftar ialah susunan (nama, barang, dll) yg ditulis menurut urutan angka atau abjad, senarai. Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 14.04.2009 |
Masukan ejaan untuk perkataan "Ta" yg menunjuk ke Huruf Jawi/Arab tO طاء salah, sepatutnya طاء dan bukannya تاء juga. https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=ta | Terdapat ralat dalam paparan di PRPM. Pihak kami akan membaiki paparan ejaan Jawi bagi kata ta (tho) ini. Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020:2199), ta1 تاء kata nama 1 huruf ketiga dalam abjad Jawi yang ditulis dgn simbol ت 2 huruf ketiga dalam abjad Arab yang mempunyai nilai 400; ta maftuhah ta; ta marbutah huruf keempat dalam abjad Jawi yang ditulis dengan simbol ة , yang menjadi ha simpul apabila wakaf dan ta apabila wasal. ta2 طاء kata nama 1 huruf ke-18 dalam abjad Jawi yang ditulis dengan simbol ط 2 huruf ke-16 abjad Arab yang mempunyai nilai sembilan. Ejaan Jawi ini adalah berpandukan Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu, Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi dan Kamus Dewan Perdana terbitan DBP yang terkini. | Ejaan | 26.02.2024 |