Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ab.so.lu.tis.me] | ابسولوتيسمى

Definisi : prinsip yg menekankan bahawa pemerintah (raja, pemimpin dsb) mestilah mempunyai kuasa yg mutlak atau tidak ter­batas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata absolutisme


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
absolutismabsolutismeSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
absolutismabsolutismeSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman yang merujuk kepada amalan pemerintahan sesebuah kerajaan yang bersifat mutlak. Sifat ini berkaitan dengan tingkah laku kerajaan yang mempertahankan status kedaulatan sesebuah negara termasuklah proses penggubalan, pelaksanaan dan pentafsiran undang-undang serta hubungan luar. Fahaman ini dikemukakan oleh ahli falsafah politik yang terkenal iaitu Jean Bodin dan Thomas Hobbes yang mengatakan bahawa sesebuah kerajaan mesti mempunyai darjah kemutlakan tertentu supaya dapat menjalankan tugas tanpa sebarang gangguan serta dikawal oleh undang-undang dan perlembagaan. Fahaman ini berbeza dengan konsep kuasa mutlak. Sinonim faham kemutlakan.
absolutismfaham kemutlakanSains PolitikPolitik PerbandinganLihat absolutisme.

Kembali ke atas